Selamat Datang ke Laman Rasmi Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia atau lebih dikenali sebagai GAMUS.
Penubuhan blog ini adalah untuk menyebarkan idealisme mahasiswa-mahasiswa UiTM dari seluruh pelusuk kampus di serata Malaysia, dari Kampus Perlis hingga ke Kampus Tawau, Sabah.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang kritis dalam menghasilkan artikel mengenai mahasiswa, universiti dan hal2 akademik hantarkan artikel anda kepada kami melalui emel: gamusofficial@gmail.com

Segala artikel di dalam blog ini adalah hak milik setiap individu dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan yang diutarakan.

Facebook GAMUS | Twitter GAMUS
MASUK

Friday 30 December 2011

Selamat Menyambut 2012.


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 dan selamat menjalani Peperiksaan Akhir untuk semua pelajar-pelajar ijazah di UiTM. Semoga berjaya kami ucapkan.

Monday 26 December 2011

Antara Adam Adli dan 'panglima ludah'

Negara gempar dengan insiden 17 Disember, di mana seorang aktivis telah menurunkan bendera Perdana Menteri tatkala ratusan mahasiswa turun ke jalan raya bagi menjunjung prinsip kebebasan akademik.

Berkali-kali sahabat saya yang lain bertanya tentang isu ini, dan ini pendapat saya:

Pertama sekali saya ingin merakam tahniah di atas kejayaan mahasiswa yang berjaya membawa tuntutan mereka ke tengah untuk diberi perhatian yang lebih apabila berjaya menyerahkan dua memorandum – kepada SUHAKAM dan satu lagi kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi sendiri. Kesudian Timbalan Menteri untuk turun dan bertemu mahasiswa juga harus dipuji dan dihargai. Saya secara peribadi mengagumi cara dan toleransi yang ditunjukkan beliau, selain peribadi beliau yang berakhlak, beretika dan sifar skandal.

Namun isu yang lebih penting di sini ialah tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera Perdana Menteri sewaktu acara klimaks kepada program itu. Solidariti Mahasiswa Malaysia seperti yang dijangka telah menyokong sepenuhnya tindakan Adam dalam hal ini berdasarkan beberapa hujah.

Saya juga merasakan tidak ada masalah dengan tindakan itu. Hal ini kerana, bendera yang diturunkan langsung tidak dipijak,dikoyak atau diconteng. Bendera yang hanya diturunkan selama beberapa minit itu juga akhirnya dinaikkan semula ke tempat asalnya. Kita boleh katakan tindakan Adam sebagai kurang ajar jika dia menurunkan bendera Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan dan imej negara kita. Dalam hal ini, Adam tidak berbuat demikian. Sebaliknya, Adam telah menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri dan bendera tersebut langsung tidak melambangkan imej negara kita. Maka, soal biadab atau kurang ajar langsung tidak wujud dalam polemik ini.


Teguran buat Adam

Sebagai teman mahasiswa, ingin saya ambil kesempatan ini untuk menegur Adam Adli dalam beberapa perkara. Pertama, jika ingin melakukan acara simbolik seperti menurunkan bendera, pastikan beliau membawa sendiri bendera yang ingin digunakan dalam acara simbolik tersebut. Adalah kurang manis sebagai orang luar yang datang ke PWTC untuk menceroboh bendera kepunyaan mereka.

Saya sertakan di sini satu analogi. Sewaktu kita berdemo menentang keganasan zionis dalam beberapa episod demonstrasi sebelum ini, kita telah mengekspreskan kemarahan kita dengan membakar bendera negara Israel dan sekutu mereka, Amerika Syarikat. Adakah para demonstran telah menurunkan bendera Amerika Syarikat yang terdapat di kedutaan mereka? Jawapannya tidak. Kita tidak menurunkan bendera yang ada di kedutaan Amerika Syarikat untuk acara simbolik membakar bendera sebaliknya membawa bendera Amerika Syarikat kepunyaan kita sendiri.

Itulah yang harus dilakukan Adam Adli agar tidak dilihat keterlaluan. Beliau perlu faham status PWTC yang merupakan ‘rumah’ UMNO. Apa yang dilakukan pada 17 Disember tempoh hari telah membuatkan beliau dilihat sebagai penceroboh dan bukannya orang yang menyatakan protes kepada kepimpinan sedia ada.


Teguran buat pihak panglima

Sejurus selepas Adam Adli menurunkan bendera itu dan menaikkan bendera kebebasan akademik, maka ada pihak yang ingin menjuarai isu ini dengan kononnya menyatakan kemarahan kepada mahasiswa.

Saya langsung tidak peduli jika mereka ingin berasa marah atau apa sekali pun. Tetapi tindakan mereka yang mengugut dengan kekerasan langsung tidak mencerminkan keperibadian Melayu yang kononnya menjadi wadah perjuangan mereka selama berdekad-dekad. Sebaliknya, perangai mereka berani saya sifatkan sebagai samseng murahan dan terdesak untuk mencari perhatian!

Apakah wajar untuk seseorang yang tidak jelas jasanya kepada Melayu mengiktiraf diri mereka sendiri sebagai ‘panglima’? Apakah wajar individu-individu sebegini berniat untuk meludah mahasiswa? Apakah mahasiswa ini hanya sekadar sampah-sampah picisan untuk diludah sesuka hati?

Jika benar Adam Adli telah melakukan sesuatu yang mereka kurang senang, tegurlah beliau dengan kaedah yang berhikmah. Hal ini tidak perlu saya ajarkan di sini memandangkan mereka lebih senior dan sepatutnya tahu cara untuk menegur Adam dan kami adik-adik mahasiswa dengan pendekatan yang baik dan rasional.

Tetapi sayang, golongan ‘panglima‘ ini lebih berminat menggunakan ‘ludah’ berbanding teguran yang membina dan bermanfaat.

Ingin saya tinggalkan satu soalan kepada mereka, di mana mereka tatkala warga luar berpesta menghina negara kita dan menbakar bendera negara kita suatu masa dulu? Adakah sifat kejantanan dan kepahlawanan panglima-panglima ini hanya berkesan pada mahasiswa sahaja?

Moga semua pihak beroleh pengajaran daripada peristiwa 17 Disember 2011. Moga semua berada dalam perlindungan, petunjuk dan rahmat Allah.

Syad Adzman
Mahasiswa UiTM

"GAMUS tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kes Adam Adli, di sini terdapat satu artikel untuk dikongsikan kepada semua dan ini adalah pandangan peribadi penulis, kepada sesiapa yang mahu berkongsi pandangan dan artikel anda, hantarkan ke Gamusofficial@gmail.com."

Sunday 25 December 2011

Kenyataan Akhbar oleh GAMUS #1



Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia (GAMUS) mengecam sebarang tindakan provokasi menyerang peribadi mana-mana pemimpin dengan kaedah menyebarkan risalah-risalah propaganda yang bertujuan menghina dan meburukan imej mana-mana pemimpin negara di dalam kampus amnya.

Disini GAMUS menegaskan tindakan ini merupakan satu penghinaan terhadap keintelektualan mahasiswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan nama baik universiti tetapi ia juga dikhuathiri mampu menganggu gugat perpaduan di kalangan mahasiswa UiTM.

Sejak kebelakangan ini, terdapat pihak yang cuba menyebarkan fitnah dan cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,Dato Saifuddin Abdullah kerana sokongan beliau terhadap hak-hak mahasiswa . Selain daripada itu risalah-risalah juga diedarkan untuk memintalkan fitnah dengan mengaitkan gerakan mahasiswa dengan gerakan subversif. Tindakan keterlaluan dan biadap ini dipercayai dilakukan di kalangan golongan yang mempunyai akses dan autoriti yang luas di dalam kampus.

GAMUS juga mengecam tindakan HEP yang menghantar pelajar untuk berdemo menuntut Dato’ Saifuddin meletakkan jawatan susulan insiden di PWTC dan sikap beliau yang toleransi dengan mahasiswa kerana ini jelas bercanggah dengan Akta174 yang sebelum ini dijulang oleh HEP, kemana perginya akta tersebut pada hari tersebut? Jelas ada pihak tertentu yang berasa terancam dengan populariti Dato’ Saifuddin dikalangan mahasiswa sehinggakan mereka begitu terdesak untuk mendesak beliau meletakkan jawatan. Merasakan tuntutan tersebut seakan tidak dilayan, ada sesetengah pihak yang cuba mempengaruhi pula pandangan mahasiswa UiTM dengan mengedarkan ‘flyers’ lucah berbaur fitnah terhadap Dato’ Saifuddin. Ini bukan sahaja tidak bermoral tapi merosakkan kredibiliti mahasiswa-mahasiswa UiTM yang lain.

GAMUS mengesa kegiatan menghasut mahasiswa ini dihentikan serta-merta kerana ia mampu menganggu-gugat keharmonian kampus dan menyemai perasaan benci dikalangan mahasiswa demi tujuan politik pihak-pihak tertentu. GAMUS dengan ini menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Dato Saifuddin Abdullah atas sikap keterbukaan beliau dalam menangani isu-isu mahasiswa dengan berhemah. GAMUS juga berharap agar Dato Saifudin Abdullah terus member sokongan kepada mahasiswa dalam menuntut hak kebebasan akademik.
Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia


Karikatur yang menjijikkan yang diedarkan pihak tak bertanggungjawab di Fakulti Perundangan, UiTM Shah Alam.

Kajian Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971


Adakah anda tau mengenai AUKU? mengapakah segolongan mahasiswa menentang akan Akta ini?

KERANA AUKU MEMBUNUH BAKAT MAHASISWA

Fakta Pertama:

Prof. Madya Dr.Sanusi Osman dalam kertas kerjanya, "Mengapa Akta Universiti dan Kolej Universiti ditentang". Dalam kertas kerja tersebut, beliau menyatakan "penglibatan dan peranan mahasiswa penting sebagai jurubicara rakyat, imej mereka tinggi dan pengaruh mereka juga meluas dalam masyarakat. Sungguhpun begitu, kelantangan kritikan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan, pendedahan di surat-surat khabar mengenai kecurangan dan pernyelewengan kerajaan, pendedahan terhadap pemimpin-pemimpin yang rasuah dan opurtunis yang disertai pula dengan demonstrasi di dalam dan di luar kampus menimbulkan perasaan kurang senang di kalangm elit yang memerintah".

Fakta Kedua:

Menurut Mohamad Suhaimi al-Maniri, “Dengan peruntukan ini mahasiswa tidak bebas lagi memperjuangkan konsep 'bersama rakyat' sepertimana yang dipelopori oleh rakan-rakan mereka sebelum akta berkuatkuasa. Mahasiswa selepas akta seolah-olah di'penjara' dikampus-kampus dengan kehidupan mereka yang tersendiri. Peruntukan 'ugutan' mental secara halus oleh pihak berkuasa boleh melemahkan pemimpin-pemimpin mahasiswa berbuat sesuatu kerana boleh ditafsirkan melanggar akta dan menjadikan mereka ragu-ragu dan bimbang sama ada apa yang dilakukannya bertentangan dengan akta ataupun tidak. Penderaan mental seperti ini sudah cukup untuk memberi kesan kepada aktiviti kemahasiswaan. Akibatnya kegiatan kemahasiswaan menjadi semakin suram dan tidak bermaya.”

Fakta Ketiga: Membentuk Budaya “Culture of Fear & Complesent Zone” Ke Atas Mahasiswa

Aksi Demontrasi Tasik Utara & Demontrasi Baling 1974 merupakan zaman keemasan mahasiswa. Namun, Pasca penggubalan AUKU 1975, pola gerakan mahasiswa semakin tidak bertaring. Buktinya, Peristiwa Memali 1985, mahasiswa tenggelam dalam menjuarai isu besar ini.

Sekiranya diteliti dengan jelas sebab-sebab penggubalan AUKU, jelas bahawa niat sebenar kewujudannya bukanlah untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran Universiti-universiti dan Kolej-kolej Universiti Awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya semata-mata.

Ada juga yang skeptikal bahawa kes AUKU ini tidak akan memberi implikasi kepada siswa secara keseluruhan terutama mereka yang menuntut di IPT yang menggunapakai akta 174 seperti UiTM. Setelah meneliti akta tersebut, seksyen 10(1) dan (3) akta 174 memperuntukkan:

(1) No person, while he is a student of an Institution, shall be a member of, or shall in any manner associate with, any society,political party, trade union or any other organization, body or group of persons whatsoever, whether or not it is established under any law, whether it is in the Institution or outside the Institution, and whether it is in Malaysia or outside Malaysia, except as may be provided by or under this Act, or except as may be approved in advance in writing by the Minister.

(3) No person, while he is a student of an Institution, shall express or do anything which may be construed as expressing support, sympathy or opposition to any political party or trade union or as expressing support or sympathy with any unlawful organization, body or group of persons.


Peruntukan ini, adalah in pari materia dengan peruntukan yang terkandung dalam seksyen 15 AUKU. Justeru jika seksyen 15 AUKU diisyitiharkan sebagai tidak sah, maka seksyen 10 Akta 174 juga perlu diisytiharkan sebagai tidak sah.

Umum mengetahui bahawa AUKU ini akan dipinda, Kajian pindaan AUKU sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Pindaan AUKU.

Marilah sertai soal selidik mengenai kajian ini agar pihak KPT dapat mengumpulkan pandangan anda terhadap AUKU secara umumnya. Semua maklumat adalah sulit dan responden tidak akan dikenal pasti. Masa, pandangan dan kejujuran anda untuk melengkapkan soal selidik ini sangat dihargai.


Sebarang maklumbalas atau pandangan mengenai AUKU juga boleh disalurkan melalui akaun facebook rasmi pindaan AUKU di www.facebook.com/aukuwg atau emelkan ke aukuwg@mohe.gov.my. Gunakan saluran yang betul, bertindak seperti Mahasiswa.

Saturday 24 December 2011

Prof. Sahol Hamid dilantik semula Naib Canselor UiTM selama 2 tahun



SHAH ALAM 24 Dis. — Datuk Prof. Sahol Hamid Abu Bakar dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jan tahun depan.

Pelantikan semula Prof. Sahol yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 21(1) Akta Universiti Teknologi MARA, demikian menurut kenyataan UiTM yang dikeluarkan hari ini.

Beliau pertama kalinya dilantik ke jawatan itu pada 1 Jan 2010 sehingga 31 Disember 2011.

Kami dari GAMUS mengucapkan tahniah atas perlantikan semula Datuk sebagai NC UiTM.

Thursday 22 December 2011

Buat mahasiswa yang sayangkan negara...

Buat mahasiswa yang sayangkan negara...
Oleh Muhammad Hafizan Bin Abdul Halim

Rentetan perjalanan negara yang dicapai oleh pemikiran mahasiswa telah membawanya kepada satu penterjemahan yang telus dan jujur. Dengan pendekatan yang lebih terbuka dan mereka sudah tidak lagi mahu menipu diri mereka hanya sekadar untuk menyedapkan mata yang melihat dan halwa telinga buat yang mendengar. Dengan rasa prihatin dalam diri, mereka bingkas bangun terlebih dahulu menyuarakan keperitan realiti kehidupan daripada menunggu realiti itu sendiri berkata-kata dengan bahana buat masyarakat dalam negara ini. 

            Tetapi dalam kelantangan menyuarakan realiti kehidupan yang sudah terbungkam buat sekian lama dalam diri berdarah muda ini, biarlah bijak menyusun langkah, tepat menghunus hujah dan bicara kata supaya tidak nanti " Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." 

            Bagi yang punya jalan mereka sendiri untuk menyuarakan realiti kehidupan, jangan sesekali dicemuh jalan itu. Mereka punya sebab tersendiri yang lebih meyakinkan diri mereka untuk berjalan dengan jalan yang mereka pilih. Dan jika kita punya jalan tersendiri, berusahalah bersungguh-sungguh dengan jalan itu. Hormatilah jalan yang mereka pilih. Jangan sesekali mencemuh perbezaan jalan yang dilalui. 

            Tidak dinafikan ada dikalangan mahasiswa yang hanya mampu menyuarakan idea dan pandangan mereka terhadap persoalan kenegaraan melalui alam maya sahaja. Dan bagi yang menzahirkan idea dan pandangan mereka di alam realiti, janganlah pula dilabel pelbagai macam label negatif hanya disebabkan kita tidak mampu berbuat demikian. Masing-masing berjuang dengan ruang kemampuan yang mereka ada dan yakini.

"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.."
 - Prof Ungku A. Aziz.

Cerita sebenar Mahasiswa berhimpun tunjuk sokongan kepada PM


Mahasiswa berhimpun tunjuk sokongan kepada PM

PUTRAJAYA: Lebih 500 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berhimpun secara aman di perkarangan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di sini untuk menunjukkan sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
"Himpunan Aman Sokong PM" anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) dan disokong badan-badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Najib melalui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kumpulan itu turut menyerahkan satu lagi memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dan mendesak beliau meletak jawatan kerana dikatakan melayan kerenah dan tuntutan ahli kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) Sabtu lalu.

Perhimpunan hari ini yang bermula kira-kira 2.30 petang itu menyaksikan kumpulan itu melaungkan "We Love PM" serta menyanyikan lagu "Rasa Sayang" yang ditujukan khas kepada Perdana Menteri. Selain itu, kain rentang dengan menulis "We Love Prime Minister" turut kelihatan.

Presiden ASPIRASI, Mohd Shahar Abdullah, menyerahkan memorandum tersebut kepada Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi A Malik manakala memorandum kepada Saifuddin diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan beliau, Mohd Nazri Noh.

Mohd Shahar berkata, Himpunan Aman Sokong PM hari ini adalah satu tanda sokongan padu dan keyakinan golongan muda terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.

"Kita sokong Perdana Menteri tidak berbelah bahagi dan sesiapa yang mengusik PM kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan untuk menentang mereka.

"Ini adalah suara mahasiswa dan anak-anak muda. Kami akan terus mempertahankan negara Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam memorandum itu, kumpulan itu menyatakan sokongan mahasiswa kepada Perdana Menteri dan berdukacita di atas insiden penurunan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menaikkan bendera kumpulan pelampau mahasiswa.

Kumpulan itu turut mengemukakan tujuh tuntutan termasuk mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan peraturan sedia ada kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertindak keterlaluan dengan menurunkan bendera Perdana Menteri dan menaikkan bendera SSM dan BEBAS.

Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO turut menyerahkan memorandum kepada Khaled Nordin untuk membantah tindakan mahasiswa menurunkan bendera Najib.

Dalam memorandum bantahan itu, Puteri UMNO mendesak kementerian itu bertindak tegas menangani isu mahasiswa dan tidak terlalu berlembut memenuhi tuntutan mereka.

EXCO Pergerakan Puteri UMNO merangkap Pegerusi Biro Pelajaran Pergerakan Puteri UMNO, Seriwani Sabtu, mengetuai EXCO Puteri UMNO menyerahkan memorandum tersebut kepada Khairi di pejabatnya kira-kira 4.30 petang tadi.

Sabtu lalu, 200 peserta SMM dan BEBAS yang membabitkan penuntut di institusi pengajian tinggi telah menyerahkan memorandum berhubung AUKU ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Kumpulan itu ke PWTC untuk menyerahkan memorandum sama kepada Saifuddin, sebelum seorang daripada mereka menurunkan bendera memaparkan gambar Najib dan menggantikannya dengan bendera SMM dan BEBAS. - BERNAMA


Himpunan ini telah diadakan pada 21 dec di hadapan bangunan KPTM di Putrajaya, pada awalnya kami mendapat info mengenai himpunan ini melalui twitter, ada yang memberitahu bahawa mereka telah dipaksa untuk menyertai, tertipu dan diwajibkan untuk turut serta.


Disini terdapat satu surat dari mahasiswa yang menyertai himpunan tersebut.

hermm to tell the truth, i was there tadi. tertipu kerana ditipu. macam hape lagi dok menjerit terlolong terpekik pekik depan bangunan kptm. sumpah aku rasa malu gile time dok berdemonstrasi tu. semua pekerja kat situ tengok kami lain macam.


ceritanya begini, mereka kata ada program BERSAMA PERDANA MENTERI, so aku dan peserta lain tak expect ape ape lah, kecuali ceramah saja. tup tup, sampai saje kat Putrajaya, mereka suruh kami berkumpul dan terus ke tempat demonstrasi, iaitu di hadapan bangunan KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA. aku TERKESIMA, TERKEJUT dan rasa TERHINA time tu. aku speechless jugak dekat 10 minit. i mean, wth ?!!, kate ade program BERSAMA PERDANA MENTERI, tetiba kena BERDEMONSTRASI bagai, siap bagi banner dgn kain WE LOVE PM. aku rasa bodoh ya amat time tu. aku rasa terhina, seolah olah macam kami pihak mahasiswa ni lembu, takde akal, dipergunakan mereka untuk kepentingan pihak tertentu.
dekat 2 jam jugak kami berdemonstrasi depan bangunan kptm tu, asyik ulang perkataan HIDUP NAJIB, UNDUR SAIFUDDIN. dekat situ, ade rombongan IPTA; UITM, USM, UM, UKM, UTM dan UPSI.


disebabkan rasa bengang dan tertipu, aku pun pergi la tanya student UTM yang ade kat situ, tahu ke ade demonstrasi kat sini ?.. and u know what, diorang bengang gile, diorang cakap pihak kampus diorang cakap, ade LAWATAN SEHARI KE Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. sumpah time tu, aku rasa bullshit gila. seolah olah macam macam kami ni bodoh gila.


apa yang aku boleh katakn berdasarkan apa yang berlaku kat aku dan mahasiswa lain d situ, sebenarnya kami sendiri tak tahu menahu ade demonstrasi, kami tertipu. dan jujur saya katakan, pada waktu saya tahu bahwa kami sebenrnya dipergunakan, saya rasa malu. yeah, malu nak mengaku sebahagian daripada student uitm. dah la, kena menyanyi lagu wawasan setia warga UiTM pulak tuh.


bukan lah emosi kebencian yang diangkat di sini wahai saudara saudari, cuma sekadar menyampah, terlalu menyampah dengan propaganda si penganjur. kalau hendak berdemonstrasi, katakan yang benar kepada kami, tidak perlu berdolak dalih, menyorokkan perkara sebenar daripada kami. mungkin pihak penganjur tersalah sangka mahasiswa seperti kami dengan lembu, yang bila mana dicucuk hidungnya boleh saja ikut ke sana sini. kalau begitu tanggapan mereka, tersalah percaturan lah mereka. :)

Wednesday 21 December 2011

Baucar Buku Bajet 2012


Bajet 2012 memperuntuk kan RM200 untuk setiap pelajar di IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6. Penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) dibawah Program Ijazah Sarhana Muda Perguruan (PISMP) TIDAK LAYAK menerima baucar kerana telah menerima elaun buku bernilai RM600. Begitu juga dengan Pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) TIDAK LAYAK kerana pelajar KPLI adalah dibawah pelatih praperkhidmatan.

Baucar akan diedarkan pada Januari 2012, syarat-syarat untuk mendapatkan Baucer ini adalah seperti berikut :

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. BukuInterlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

sekian.

*Kami masih lagi belum mendapat info adakah sama perjalanan proses baucar buku tersebut di UiTM atau melalui saluran yang lain, segala info akan dimaklumkan kemudian.

Saturday 17 December 2011

#Himpunan BEBAS


Para demonstran yang terdiri daripada mahasiswa/siswi yang mengadakan perhimpunan bertemakan 'BEBAS' hari ini berjaya menyerahkan memorandum mereka kepada pihak SUHAKAM sekitar pukul 2.45 petang tadi.

Memorandum tersebut yang mengandungi tuntutan para mahasiswa/siswi yang mahukan kebebasan akademik dan mendesak pemansuhan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti).

Pesuruhjaya SUHAKAM, Muhammad Shaani Abdullah bertindak sebagai wakil badan hak asasi manusia tersebut menerima memo yang diserahkan oleh perwakilan pelajar tersebut.

Perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang tindakan provokasi serta tiada daripada kekecohan yang dicetus oleh mahasiswa yang berkumpul.

Himpunan 'BEBAS' tersebut bermula sekitar 2 petang dari Masjid Jamek menuju ke SOGO bagi memberi laluan kepada pemimpin mereka untuk berucap sebelum berarak ke bangunan SUHAKAM.

Turut sama bersama bersolidariti dengan mahasiswa dalam perhimpunan tersebut ialah wakil pelajar dari Sabah serta para aktivis dan badan NGO yang menyokong perjuangan menuntut autonomi dan penghapusan AUKU di Universiti dan Kolej.

Friday 16 December 2011

Himpunan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Berakademik


Menuntut Pemansuhan AUKU & Kebebasan Berakademik.

Turut Menyokong :

1. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
2. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
3. Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
4. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
5. Students & Youth Democratic Movement (DEMA)
6. Pro Mahasiswa Nasional
7. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
8. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
9. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
10. Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) Unisel
11. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI
12. Sisters In Movement (SIM)
13. Gabungan Mahasiswa Insaniah (GMI)

Anjuran Gerakan Bebaskan Mahasiswa ( BEBAS )

P/S: Gabungan Mahasiswa UiTM Se-Malaysia (GAMUS) turut menyokong himpunan ini diadakan.

Apakah yang anda faham tentang Autonomi Universiti/mahasiswa dan kebebasan berakademik?

"otonomi mahasiswa ialah mereka boleh melakukan aktiviti yg mereka fikir baik kpd mahasiswa dan juga masyrkt..dan otonomi kpd universiti utk memantau dan menyokong aktvty yg baik..termasuk kebebsan akademik utk membncgkan polisi, dasar dan apa jua isu tanpa sekatan" - farhan

"kebebasan dimana pelajar mampu membincangkan apa2 topic dan idea tanpa dapat sekatan dri mana2 pihak.diamana mereka mampu bercakap,menulis dan menyampaikan apa2 idea.krana inilah yang akan mengangkat aras pemikiran pelajar,iaitu kemahiran berfikir secara kritikal.tanpa kebebasan ni sampai bila2 pelajar akan berada di takuk sama tanpa boleh menyuarakan pendapat." - syed



"Autonomi mahasiswa bagi aku maknanya students handle sendiri sebab kita sendiri tahu apa yang kita nak. Bila ada autonomi, pihak Admin/Pentadbiran tak boleh campurtangan bukan macam HEP sekarang. Students handle sendiri maknanya, semua students buat sendiri, kumpul duit beli bas buat event, semua sendiri" - rafiq

"autonomi universiti bagi aku adalah pihak pentadbiran tidak terikat dengan mana2 pihak, tetap neutral tanpa kawalan pihak kerajaan, bebas dalam menyuarakan pendirian universiti tanpa takut digam, universiti berdiri di kaki sendiri, pensyarah bebas dalam memberikan pandangan dan kritikan berdasarkan bidang masing2.

autonomi mahasiswa pula bagi aku adalah segala aktiviti pelajar tidak dikongkong oleh pihak hep, semuanya diuruskan oleh mahasiswa, pilihanraya kampus juga patut diuruskan oleh badan bebas atau pun mahasiswa sendiri, bukannya HEP yg uruskan, mahasiswa bebas bersuara tanpa kongkongan dan ancaman di atas platform akademik, sistem pilihanraya di uitm harus ditukar dari satu pihak, mpp uitm kebanyakkan semua nya pro-hep/pro-aspirasi, suara mahasiswa hanya didengar sebagai suara hati tanpa ada apa2 perubahan yg dapat dilihat, manifesto pilihanraya oleh calon mpp yg mengarut, dan mpp tu sendiri ada yg tiada kredibiliti sebagai seorang pemimpin, pro-m wajar dan patut ditubuhkan di uitm untuk balancing the situation." - khairul
Hadir Beramai-Ramai !!!

Thursday 15 December 2011

Sidang Mahasiswa di #OccupyDataran


#OCCUPYDATARAN #21 (EDISI KHAS MAHASISWA)
Tarikh: Sabtu, 17 Disember 2011
Masa: 8:00 malam
Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

17 Disember ini, Occupy Dataran menjemput semua mahasiswa kolej dan universiti sekitar KL dan Lembah Pantai untuk turut serta dalam Sidang Mahasiswa, sebuah platform demokratik untuk mahasiswa mengetengahkan & membincangkan isu mahasiswa secara bebas & terbuka menggunakan kaedah konsensus & proses demokrasi partisipatif.

---------------------------------------------------------

JADUAL

8:00-9:30 malam "Sidang Mahasiswa"
9:30-11:00 malam "Sidang Rakyat KL" (KL People's Assembly)
"Sidang Mahasiswa" & "Sidang Rakyat KL" ialah platform terbuka, egalitarian dan demokratik untuk mahasiswa & rakyat biasa berkongsi idea, mengetengahkan masalah, mencari alternatif, mengusulkan penyelesaian & membuat keputusan tentang apa-apa isu secara kolektif melalui kaedah konsensus & proses demokrasi partisipatif.

---------------------------------------------------------

#OCCUPYDATARAN ialah sebuah inisiatif akar umbi baru yang bebas, independen & berautonomi oleh anak muda untuk 'reclaim' Dataran Merdeka sebagai sebuah ruang terbuka dan demokratik untuk rakyat biasa. #OCCUPYDATARAN tidak bersangkut-paut dengan mana-mana ideologi, parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO).

Sertai kami di Facebook http://www.facebook.com/occupydataran
atau ikuti perkembangan terbaru kami di Twitter http://twitter.com/occupydataran atau melalui hashtag #occupydataran.

Sila email occupydataran@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau hubungi 011-1112 3028 (nombor 8-digit) (telefon ini hanya aktif dari jam 7:00 malam Sabtu hingga 1:00 pagi Ahad).

Wednesday 14 December 2011

Jangan Jadikan UiTM Sekadar Tempat Longgokkan Pelajar Melayu


Sdr Editor!

Saya terpanggil untuk menulis di dalam ruangan ini bagi berkongsi pendapat mengenai situasi sebenar di Universiti Teknoligi Mara (UiTM) pada hari ini. Hal ini kerana ia amat penting demi kemaslahatan bangsa Melayu sendiri. Mengenai peranan UiTM, sememangnya tidak dapat dinafikan sebagai gedung untuk anak-anak bangsa Melayu mendapat pendidikan tinggi.

Memang tidak dapat disangkal peranan UiTM yang memperjuang dan memartabatkan kaum Melayu serta mengimbang kedudukan kaum Melayu di negara ini. UiTM juga boleh dilihat sebagai penyelamat maruah bangsa.

Sejarah telah membuktikan UiTM menghasilkan pelajar yang cemerlang terutama dalam banyak bidang malah terdapat rekod yang menunjukkan permintaan tinggi graduan UiTM dalam pasaran kerja.

Setelah mencapai status universiti, UiTM bergerak dengan pantas dan bersaing dengan Institusi Pengajian Tinggi yang lain. Kejayaan demi kejayaan diraih oleh universiti ini dalam menunjukkan kewibawaan sebagai universiti yang sedang menuju status berkelas dunia.

Namun, dalam usaha mengejar status Universiti berkelas dunia, UiTM juga sedang rancak untuk mencapai matlamat bagi menambah jumlah pelajar dengan sasaran 200 ribu orang pada 2010 yang lalu. Hal ini selepas para pemimpin politik begitu lantang memperkatakan mengenai agenda Melayu.

Hakikatnya, pada hari ini UiTM bolehlah dikatakan pusat longgokkan pelajar Melayu. Realitinya, sasaran untuk mencapai 200 ribu adalah tidak wajar sekiranya semua pihak ikhlas dalam memperjuangkan agenda Melayu.

Sebenarnya terlau banyak lompang yang perlu dibaiki oleh pihak UiTM sebelum menyahut cabaran tersebut.

Dalam menyahut sasaran tersebut, peluang kemasukkan ke UiTM menjadi sangat mudah, jangan terkejut jika keputusan SPM dan STPM yang teruk pun berpeluang memasuki UiTM malah graduan lepasan Diploma dengan keputusan "CGPA " yang memalukan pun boleh menyambung terus pengajian Ijazah.

Hal ini semua terjadi pada kemasukkan Disember yang lalu. Pihak pentadbiran tidak perulah menafikan perkara ini kepada umum kerana kami sebagai pelajar sememangnya peka apatah lagi perkara ini berlaku terhadap rakan-rakan kami sendiri.

Sebenarnya, kami sebagai pelajar di UiTM mempunyai masalah yang mana tidak diketahui umum. Bukan niat membuka pekung aib tempat pencarian ilmu sendiri tetapi perkara ini terpaksa didedahkan agar semua pihak dapat membantu kami sebagai pewaris bangsa.

Soalnya di sini kenapa Naib Canselor Universiti begitu beria-ia menyahut sasaran 200 ribu sedangkan kepincangan universiti tidak diperbaiki? Apa matlamat UiTM sebenar?

Di kampus Shah Alam kami sebagai pelajar masih kekurangan tenaga pengajar yang terlatih, sistem kelas yang tidak teratur, kemudahan kolej yang tidak mencukupi, suasana pembelajaran yang tidak kondusif malah beberapa Fakulti seperti Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Perancangan Ukur dan Seni Persembahan menggunakan 80% bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Tugasan para pelajar fakulti ini pun dibuat dalam bahasa Melayu. Inilah antara mengapa graduan UITM tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Namun,tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris bagi graduan-graduan dari fakulti seperti Komunikasi & Pengajian Media, Undang-Undang dan lain-lain adalah sangat baik dan memberangsangkan. Tetapi bagaimana dengan rakan-rakan di FSSR, FSP dan FSSPU? Mengapa perkara ini tidak diperbaiki?

Mendepani realiti baru dunia, arus sosial bergerak dengan pantas sekali, Universiti ini tidak lari dari menghadapi masalah sosial yang teruk tetapi disembuyikan secara baik oleh pihak Universiti antaranya bersekududukan menjadi satu amalan biasa, masalah golongan pondan yang bertindak ingin meliwat siswa begitu rancak di Kolej Jati, masalah ganja, kecurian dan pelbagai lagi.

Kenapakah masalah ini tidak diatasi dengan baik jika semua pihak ikhlas ingin membantu dan memperkukuhkan agenda Melayu? Ia akan menjadi pengaruh fatal kepada kerosakkan anak-anak Melayu.

Kami begitu hairan, mengapa setiap kali program yang dianjurkan oleh pihak Universiti banyak menjurus kepada hiburan dan keseronakkan. Kami juga dahagakan program-program yang mencapahkan paradigma dan berkonsepkan Islam.

Kami menyarankan agar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memperbanyakkan pusat-pusat kemahiran dan bukannya menjadikan UiTM sebagai tempat longgokkan anak bangsa Melayu.

Hal ini sangat penting demi kemaslahatan anak-anak Melayu di UiTM dan status universiti oleh UiTM sendiri. Kami bukan menidakkan hak rakan-rakan yang lain tetapi agenda Melayu bukan sekadar memberi peluang pendidikan tinggi semata-mata tetapi masih banyak lagi.

Implikasi daripada pembinaan pusat-pusat kemahiran ini akan membantu anak-anak bangsa dalam bidang kemahiran memandangkan bilangan pengganguran di kalangan siswazah adalah ramai.

Akhir kata, kami merayu kepada pihak UiTM agar melihat semula dasar ini. Jangan sampai "anak di rumah mati keperitan". Kami juga berharap agar pihak UiTM perlu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi bukannya asyik menabur janji dan sibuk memperkatakan kejayaan-kejayaan seperti yang sering dilakukan oleh Naib Canselor sedangkan masalah yang banyak disembunyikan.

Kami di sini ingin meminta maaf kepada semua pihak seandainya tulisan ini menimbulkan spekulasi yang tidak baik. Kami bersyukur kepada Allah (S.W.T), pihak Kerajaan dan UiTM kerana memberi peluang kepada kami untuk menimba ilmu di UiTM.

Kami di sini cuma berharap dapat menunutut ilmu dengan kondunsif dan kerberkatan memandagkan situasi pada hari ini adalah begitu lemas dan tidak selesa.

Semoga ada jalan yang terbaik terhadap memperkasakan anak-anak Melayu seperti kami demi melestarikan Melayu yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Mohd Zanzabil Arif dan rakan-rakan
Graduan prihatin UiTM Shah Alam

Tuesday 13 December 2011

Surat Untuk Warga UiTM


Sebagai seorang warga UiTM, saya melihat perkara ini secara terbuka. Walaupun saya tidak begitu campur tangan tentang isu-isu yang dikemukakan kerana saya tahu kuasa veto yang menentukan sesuatu perkara bukan di tangan saya, tapi saya lebih suka membaca dan menilai, sekurang-kurangnya saya memahami apa yang berlaku. Kecemerlangan dan rasa tanggungjawab bukanlah terletak di atas transkrip keputusan peperiksaan dan jawatan tertentu semata-mata, tetapi bagi saya, setiap warga UiTM yang mempunyai rasa kasih dan nilai yang tinggi pada institusi ini perlu campur tangan dengan cara yang terbaik dan mestilah selari dengan objektif sebenar iaitu untuk menyatukan semua dalam setiap lapisan warga UiTM. Sesungguhnya tindakan mereka yang gemar memainkan isu secara retorik semata-mata tetapi dalam diam hanya bertujuan memecahbelahkan institusi ini adalah sangat tidak wajar.

Berdasarkan pemerhatian saya, ada tiga kategori yang saya rasa peranan mereka perlu diperjelaskan disini tentang kelibat mereka dalam setiap isu yang dikemukakan. Mereka adalah pelajar-pelajar itu sendiri, kakitangan-kakitangan dan pihak-pihak luar. Kehadiran mereka ini sekaligus merungkai setiap permasalahan yang dihadapi dan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka dalam keadaan yang begitu sihat dan terkawal. Itu dahulunya yang saya lihat. Tetapi kini, berlakunya pertembungan rasa di antara mereka. Kesinambungan kerjasama antara mereka sebelum ini juga semakin berkurang. Maka timbulah isu-isu yang sememangnya tidak wajar dijadikan santapan bagi mereka yang berniat membaca bukan campur tangan sekaligus mempengaruhi fikrian mereka.

Kepada sahabat-sahabat UiTM yang dikasihi,

Saya juga pelajar seperti anda. Saya juga berada di tempat anda. Secara jujur saya akui, kadang kala memang kita berasa ditindas dengan kesalahan yang begitu kecil untuk dipertikaikan, kemudahan yang ada kalanya memang ada kurangnya dan sebagainya. Sebagai seorang pelajar, kita juga diberi hak untuk bersuara walaupun kedengarannya hanya sekecil-kecil suara hati sahaja. Saya lihat memang ada yang wajar dan tidak wajar. Tetapi di sini, saya sekadar ingin berkongsi kepada sahabat sekalian, UiTM sudah melakukan yang terbaik. Setiap peraturan dan tindakan yang diperuntukkan untuk kebaikan semua pihak. Janganlah begitu menyalahkan peraturan kerana satu ketika, peraturan daripada ibu bapalah yang mendidik kita dan meletakkan kita di UiTM sekarang ini, bukan begitu? Sesungguhnya setiap yang dicipta oleh manusia itu ada kelemahannya sendiri. Jika rasa kurang setuju dengan tindakan yang dikenakan, kita cuba guna saluran yang betul untuk mengutarakan rasa bukan mengeruhkan lagi keadaan. Seboleh-bolehnya kawal rasa dan bahasa semoga yang membaca dan melihat dari sudut pandangan mereka lebih berfikiran positif untuk menilai masalah yang kita hadapi. Sebaik-baik aduan adalah mereka yang mencerminkan keperibadian melaluinya. Indah bukan? Jadi sebagai pelajar UiTM yang hensem-hensem dan cantik-cantik belaka; merujuk kepada motivasi penghargaan dan kebaikan dalam pelajar itu sendiri, marilah kita bersatu menaikkan nama UiTM yang tercinta ini. Jatuh bangun sesebuah institusi itu terletak di tangan anak bangsa itu sendiri. Ayuh sahabat.

Kepada kakitangan-kaitangan UiTM yang dihormati,

Melihat kepada peranan anda dalam UiTM, apa yang saya boleh simpulkan, satu jasa yang sangat besar dan sangat bernilai dalam mendidik anak bangsa melalui setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan. Perjalanan UiTM sebagai institusi yang semakin menyinar di persada antarabangsa tidak lengkap tanpa sumbangan yang anda berikan. Syabas saya ucapkan. Tetapi melihat daripada sudut pandangan yang berbeza, kadang-kala keluar sedikit suara-suara kecil, bukan mempertikaikan tetapi cuma mengadu rasa tentang kekurangan perkhidmatan yang sepatutnya diberikan. Kepincangan dalam hal ini juga ada kalanya menyebabkan pelbagai aduan dan tuduhan dilemparkan. Saya yakin, anda, sebagai seorang kakitangan yang melihat perkara ini daripada sudut pandangan positif, menerimanya dengan hati terbuka dan saya berharap anda semua tidak terlalu memikirkan hal ini sehingga boleh menjejaskan prestasi anda. Jika betul ada kelemahan atau lompang mahupun kekurangan yang tak sepatutnya yang ada dalam gerak kerja anda, kita perbaiki. Tidak semua manusia sempurna. Sesungguhnya, jelas selama ini anda telah memberi perkhidmatan yang terbaik. Kita belajar daripada kekurangan dan teguran dan melihat ianya sebagai satu sambungan untuk melakukan lebih baik pada UiTM yang tercinta. Tanpa kakitangan UiTM yang begitu proaktif dan idealistik dalam setiap tugas seperti anda, siapalah UiTM, bukan begitu?

Kepada pihak-pihak luar yang dihargai,

Terima kasih diucapkan kerana begitu melihat kondisi UiTM sebagai satu institusi yang mampu melangkah lebih jauh. Terima kasih juga di atas setiap bantuan yang diberikan. Sesungguhnya kerjasama daripada pihak luar sangat dihargai dalam masa yang sama dapat membawa imej UiTM ke seluruh negara. Tetapi, sedikit dukacita tentang suara-suara sumbang dan campur tangan sesetengah pihak dalam institusi UiTM. Sedikit teguran, tidak perlulah datang dengan cara memulakan sesuatu isu yang tidak wajar dibincangkan. Ketepikan isu politik mahupun segala bentuk rencah yang kurang enak. Hormatilah institusi ini sebagai permulaannya satu ikatan bangsa yang begitu kukuh. Janganlah cemari fikiran dan minda kami warga UiTM dengan perkara yang tidak berasas. Sesungguhnya kita menerima kehadiran pihak luar dengan cara baik dan hati terbuka, begitu jugalah kebaikan yang akan ditinggalkan nanti ketika pulang oleh pihak anda.

Terima kasih kepada yang membaca. Minta maaf jika ada terkasar bahasa mahupun kekurangan. Saya hanya berkongsi rasa, bukan kerana nama, tetapi kerana keperluan yang sememangnya wajar dihulurkan. UiTM Di Hatiku.


FIKRI JUMIRAN

Tahniah untuk YDPA ke - 14 merangkap Canselor UiTM yang baru.


Tahniah diucapkan kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 oleh Majlis Raja-Raja. Pemilihan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong, berkuatkuasa 13 Disember depan bagi tempoh lima tahun menggantikan Tuanku Mizan Zainal Abidin yang akan tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13.

Perlantikan Seri Paduka adalah mengikut Seksyen 19A (2) Akta UiTM yang menyebut Yang di-Pertuan Agong secara langsung akan dilantik sebagai Canselor UiTM sepanjang tempoh pemerintahannya.

Dengan pemilihan tersebut, ini adalah kali kedua Sultan Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong selepas dipilih kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun yang berakhir pada 20 September 1975, dengan perlantikan Tuanku Sultan Abdul Halim sebagai YDPA, secara automatik Tuanku menjadi Canselor UiTM yang baru, semoga UiTM menjadi lebih terbuka dan bebas dalam berakademik di bawah naungan Tuanku Sultan Abdul Halim dan dapat bersaing dengan IPTA2 lain di Malaysia.

Sementara itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah dipilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Monday 12 December 2011

Manifesto Umum Mahasiswa


Universiti adalah milik Mahasiswa kerana mahasiswa adalah golongan Majoriti di dalamnya, bukannya Pensyarah mahupun golongan pentadbiran, lebih2 lagi di UiTM, perbezaan ketara dapat dilihat apabila membabitkan hal pilihanraya dalam kampus.

1. Mencadangkan kerusi umum yakni pelajar bertanding bukan atas kapasiti fakulti sahaja. Maknanya pengundi berhak memilih satu calon umum dan satu calon fakulti. Sekurang-kurangnya 25 kerusi umum yg perlu dipertandingkan. kerana selama ini UiTM dibeza-bezakan dengan fakulti dan kolej.

2. Mengadakan Perhimpunan atau Konvesyen Pelajar dua kali setahun untuk pelajar membincangkan masalah dengan MPP. Pensyarah tidak dibenarkan mengikuti. Hanya pelajar.

3. Pasukan Pilihanraya Kampus yang bebas dalam menguruskan pilihanraya kampus. Wakil SPR dan badan SUHAKAM pelu dijemput untuk menguruskan pilihanraya di UiTM.

4. Mewajibkan debat manifesto di kalangan calon yang bertanding di Speaker Corner atau di mana-mana tempat yang sesuai.

5. Laman web khas MPP wajar ditubuhkan supaya menjadi platform untuk pelajar mengetahui tentang isu-isu berkaitan universiti dan isu nasional. Selama ini web MPP hanya di dalam web universiti dan tidak ada sebarang pembaharuan.

6. Diskusi antara mahasiswa dan pensyarah sama ada di fakulti atau di peringkat universiti. Termasuk VC.

7. Koperasi mahasiswa perlu ditubuhkan.

8. Mewujudkan Kelab Perlembagaan serta mengadakan aktiviti di setiap fakulti.

9. Dialog Khas bersama Pengawal Keselamatan termasuk isu parking, saman serta layanan terhadap pelajar.

10. Parlimen Mahasiswa akan diwujudkan untuk membincangkan hal pelajar. Wakil-wakil kelab akan diajak berbincang dan membuat resolusi-resolusi yang akan diusulkan kepada Hal Ehwal Pelajar.

11. Menolak pengaruh GPMS, VOGUE dan PERKASA yang menjadikan UiTM sebagai pusat politik sempit.

12. Gerakan Pro M akan ditubuhkan serta merta.

oleh : TabloidMIM

Politik dan Mahasiswa

Politik dan Mahasiswa
Oleh Muhammad Hafizan Bin Abdul Halim

Buat sekian lama pemerhatian saya melalui keadaan semasa, pembacaan, serta terlibat sama dalam perbincangan umum, timbul satu persoalan dan mungkin juga satu luahan pendapat yang terbungkam di dada selama ini : Kenapa sebahagian daripada masyarakat sentiasa menganggap pemuda tidak boleh terlibat dengan sesuatu perkara yang berbaur politik, sedangkan di satu tempat lain pula dilaungkan pemuda generasi emas negara, pemuda tulang belakang negara dan seumpamanya yang memuji kekuatan yang ada pada golongan pemuda. Saya setuju pemuda yang tidak berkelayakan tidak boleh terlibat dengan politik kerana majoriti golongan pemuda merupakan pelajar yang masih menimba ilmu pengetahuan di setiap institusi pengajian. Tetapi lantaran kita menyedari bahawa generasi pemuda sekarang bakal menerajui tampuk kepimpinan pada masa hadapan. Oleh sebab itu, generasi pemuda perlu berada dalam satu ruang pra kepimpinan supaya lebih bersedia menggalas tanggungjawab yang sangat besar itu. 

            Jangan pula masyarakat yang sedia ada merasa lebih selesa dengan membiarkan generasi muda bergelumang dengan maksiat daripada menyentuh dan menjenguk hal-hal politik. Ini merupakan satu penyakit yang nyata. Jika kita semua terus berada dalam keselesaan ini tanpa mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, kelak kita akan ketandusan pemimpin yang berkaliber dan bijaksana yang mana datang daripada generasi pemuda itu sendiri. Jangan pula kelak kita menangis dan menyesal negara kita diambil orang yang tidak adil dan kejam sehingga agama Islam yang murni ini tergadai maruahnya. 

            Apabila membicarakan hal ini, saya merujuk kembali ucapan daripada Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi yang saya ambil daripada sebuah buku yang bertajuk Menjadi Belia Cemerlang yang ditulis oleh Mohd. Ismail Mustari. Beliau menyatakan, " Perlu segera disedari, bahawa pemuda kebangkitan Islam adalah generasi termahal dan paling berharga yang terdapat di negeri-negeri kaum Muslimin. Dalam khutbah Aidil Adha di Iskandariah, Mesir, beberapa tahun yang lalu, saya tegaskan kepada jemaah, " Sesungguhnya yang termahal di Mesir bukanlah kapas, minyak dan terusan Suez, tetapi para pemudanya." Pemuda mukmin yang lurus merupakan potensi termahal dalam masyarakat. Mereka adalah kekayaan masyarakat yang sebenarnya, mereka tabungan masa depan ummah. Oleh kerana itu, sewajarnya kita memberi perhatian yang besar kepadanya. jika anda meninggalkan mereka, maka dengan siapa lagi mereka mahu membangun dan memajukan ummah."

            Ya! Kita sering diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan unsur yang negatif yang dimainkan oleh pihak pembangkang ataupun pihak berhaluan kiri, tidak dinafikan usaha kita berkempen akan peringatan terhadap cabaran itu sangat hebat. Tetapi tidak pula hebat dalam usaha dalam menerangkan modul politik yang sebenar tanpa dipengaruhi ataupun cenderung terhadap mana-mana sentimen parti dan membiarkanmereka sendiri memilih. Sebab pada usia ini mereka sudah tahu memilih yang mana lebih baik untuk dipilih memimpin negara setelah menyedari keperluan bagi kepimpinan melalui penerangan yang sudah diterangkan dalam modul politik yang sebenar itu. Lalu, apa yang tinggal, masing-masing pemimpin pula berusaha menonjolkan keadilan dan kebijaksanaan pemikiran dalam tampuk kepimpinan yang mereka sedia galas sekarang. Itulah keseimbangan yang diharapkan wujud dalam ruang demokrasi yang sepatutnya, tambahan pula di sebuah negara yang majoritinya Melayu yang beragama Islam .

            Menjadi harapan semua pihak agar dapat bernaung dibawah kepimpinan yang bersifat adil dan saksama. Yang mana setiap perkara itu berada pada yang haq.

Sunday 11 December 2011

'Speaker Corner UiTM Kecoh" : 8 Disember 2011 (video)


Speaker’s Corner di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 8 Disember lalu bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau dipercayai dilakukan mahasiswa pro-aspirasi dan berlaku campur tangan pihak polis bantuan universiti itu sehingga lima aktivis mahasiswa ditangkap.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab dalam satu kenyataan berkata kejadian berlaku apabila datang sekumpulan mahasiswa membuat kecoh dan menarik aktivis UiTM, Khalid Ismath serta rakannya, Ehsan dari UniSEL. Manakala antara aktivis lain ditahan termasuk dua siswa Universiti Malaya, Nasrul Alam dan Haziq Abdullah serta Syukri sendiri. Kumpulan aspirasi ‘naik angin’ Menurut maklumat yang diperoleh, situasi itu (kekecohan) berlaku ketika pemidato pertama, Haziq sedang menyampaikan ucapannya.

Namun, akibat isinya yang dikatakan ‘pedas’ dan menempelak mahasiwa UiTM yang menjadi ‘pak turut’ HEP Universiti, mereka (kumpulan Aspirasi UiTM) dikatakan berang dan hilang sabar lalu berlaku tarik-menarik dan kekecohan. Melihat keadaan tersebut, beberapa anggota polis bantuan datang dan bertindak menahan aktivis SMM lalu membawa mereka ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.
Kesemua mereka dilepaskan tidak lama kemudian setelah keterangan diambil.

Kecewa UiTM tidak terbuka


Sementara itu, Ahmad Syukri dalam kenyataannya turut kecewa dengan apa yang berlaku.
“Saya kecewa kerana pihak universiti tidak bersikap terbuka dalam memberi peluang demokrasi mahasiswa. Ia sepatutnya seperti yang termaktub dalam pindaan Auku 2009 di mana menunjukkan kerajaan mengiktiraf hak perlembagaan untuk mahasiswa terlibat dalam politik seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah”, ujarnya yang juga ‘sedih’ berikutan tidak sempat menyampaikan pidato semalam. Diberitakan hanya seorang aktivis sempat berpidato sebelum dibawa ke balai polis bantuan.

Dalam komen terbaru di facebook rasmi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin, secara sinis turut mempersoalkan tangkapan dan gangguan yang dilakukan pihak tertentu. Pada amatan saya, terdapat mahasiswa berpidato. “Lepas tu ada orang datang ganggu. Maka berlaku sedikit kecoh. Maknanya, kalau tak diganggu, tak kecoh. Yang berpidato ditahan sekejap untuk disiasat. Yang mengganggu ada ditahan?”, soalnya yang menganggap pihak pentadbiran UiTM seakan-akan tidak serius dalam mewujudkan kembali pentas sudut pidato di universiti berkenaan.

UiTM Shah Alam keluar amaran, polis bantuan buat sepuluh sekatan

Selain itu, menurut sumber yang sahih, UiTM semalam diberitakan telah membuat sepuluh sekatan jalan di dalam kampus itu. Sekatan yang dibuat oleh polis bantuan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas berlaku seketika berikutan beberapa pemeriksaan dilakukan. Pihak pentadbiran UiTM Shah Alam sebelum itu dikhabarkan telah pun memberi amaran kepada pihak penganjur agar membatalkan hasrat ingin menganjurkan ‘Speaker Corner’ sehari sebelum program. Namun, amaran itu sedikit pun tidak diendahkan barisan aktivis mahasiswa yang telah menjemput ramai wakil pemidato untuk turut sama memanaskan pentas.
Dan hanya IPT dari sekitar Lembah Klang sahaja yang memberi respon untuk hadir. – GZDaily


disunting semula oleh Admin GAMUS.

Mengapa harus takut?


UiTM bermula daripada Dewan Latihan RIDA adalah hasil buah fikiran Dato’ Onn Jaafar selepas lawatan beliau ke Ceylon pada 1951. Kini sudah lebih 60 tahun, dewan latihan telah dinaik taraf sehingga kepada Universiti. Perkara utama yang membedakan UiTM dan universiti – universiti awam lain di Malaysia adalah; akta yang digunapakai – Akta Universiti Teknologi Mara 1976. Akta UiTM 1976 adalah akta yang membolehkan universiti ini beroperasi hari ke sehari. Menurut akta ini, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 tidak boleh digunapakai ke atas universiti ini seperti yang termaktub pada perenggan 3A dalam Bahagian II : Penubuhan Universiti. Di saat isu autonomi universiti, kebebasan akademik dan kebebasan bersuara menjadi isu perbincangan hangat, nyata pendukung – pendukung Akta UiTM melihat keadaan ini dengan keresahan.

Semalam, 8 Disember, Speaker’s Corner Dataran Cendekia di UiTM Shah Alam menyaksikan satu kebangkitan baru di kalangan mahasiswa apabila sekumpulan aktivis siswa berpidato dengan menyatakan sokongan terhadap cadangan pindaan AUKU oleh YAB Perdana Menteri, malangnya pidato yang sepatutnya menjadi sesi penerangan siswa, terhalang kerana provokasi dua tiga juak – juak pentadbiran universiti dan juga pengawal keselamatan bertaraf polis bantuan. Suasana menjadi tegang, apabila juak – juak ini, dengan kemeja – T Majlis Perwakilan Pelajar, dengan biadap dan penuh intimidasi menganggu perjalanan pidato. Akhirnya pidato dihentikan oleh polis bantuan dan aktivis siswa yang menyatakan sokongan pada pindaan AUKU ‘ditahan’. Seperti kebiasaan, juak provokator dibiar bebas. Semalam saja, jalan – jalan menuju medan pidato dipenuhi dengan sekatan jalan oleh polis bantuan. ‘Special Branch’ siap dengan kamera mereka sibuk merakam satu demi satu muka siswa yang hadir. Pendek kata, UiTM berada dalam keadaan ‘police state’.

Situasi semalam itu amat memalukan. Sebagai sebuah Univerisiti, yang mana telah diiktiraf wujudnya satu Sudut Pidato atau dikenali sebagai Speaker’s Corner, menghalang siswanya dari berbicara dan berpidato adalah satu contoh bentuk sekatan ke atas, bukan hanya kebebasan bersuara, tetapi juga kebebasan akademik. Adakah ini imej Universiti yang menggelar diri mereka sebagai Universiti bertaraf dunia, atau lebih popular ‘Benteng Terakhir Umat Melayu’? Universiti yang mendakwa melahirkan profesional dalam pelbagai bidang, tetapi pentadbiran ala gestapo atau komunis China! Apakah kesalahan mereka ini berbicara? Apa sangat yang ditakutkan oleh pentadbiran universiti?

Semalam juga menyaksikan ‘ketakutan’ pentadbiran Universiti terhadap keberanian siswa – siswa universiti ini mencabar ‘status quo’. Mengapa takut? Takut kerana mereka ini sebenarnya sudah hilang autonomi bukan hanya terhadap universiti, tetapi juga terhadap diri mereka sendiri. Jika diamati betul – betul, atas arahan siapa mereka bertindak? Untuk apa mereka laksanakan arahan itu? Apakah mereka faham dengan apa yang mereka lakukan? Bukan dengan tujuan untuk merendahkan sesiapa, tetapi apakah yang polis – polis bantuan (majoritinya tidak masuk universiti pun) pada malam itu faham akan tindakan mereka? Atau adakah mereka hanya bertindak mengikut arahan? Dan untuk apa? Apakah siswa – siswa semalam bersalah hanya kerana menerangkan satu isu yang cukup dekat dengan kehidupan mereka sebagai siswa?

Mahasiswa takut pada Dosen,
Dosen takut pada Rektor,
Rektor takut pada Menteri
Menteri takut pada Presiden,
Presiden takut pada Mahasiswa.

Seharusnya keberanian dan kesungguhan siswa ini mendepani isu – isu akademia, universiti dan siswa – diraikan. Keberanian mereka ini untuk menyedarkan komuniti di sekeliling mereka agar lebih peka dan responsif akan apa yang terjadi di sekeliling mereka. Tindakan yang semacam semalam itu sangat memalukan. Kebebasan bersuara, kebebasan akademik itu harus berjalan sejajar. Tidak ada yang harus membataskan ruang diskusi dan perdebatan di universiti. Warga akademik harus sedar, yang hanya membataskan kebebasan akademik, kebebasan bersuara itu hanyalah kebodohan dan kedangkalan hujah mereka sendiri.


Afif Bahardin
Graduan Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS)
Universiti Teknologi MARA.

Sumber : http://afifbahardin.wordpress.com

Pengajaran Daripada al-Jazari

Pengajaran Daripada al-Jazari 

Oleh Muhammad Hafizan Bin Abdul Halim

Dalam program Ilmuwan Islam terbitan TV3 yang diacarakan oleh Dr. Maszlee Malik. Ianya menceritakan tentang ilmuwan Islam yang terkenal dalam bidang kejuruteraan terutamanya mekanikal iaitu al-Jazari. Apabila al-Jazari mencipta alat mekanikal automatik untuk mengangkutkan air bagi tujuan pengairan, dia berwaspada dengan persepsi masyarakat ketika itu. Ini disebabkan pada ketika itu, sesiapa yang menggerakkan sesuatu peralatan tanpa menggunakan tenaga manusia dan binatang akan dianggapkan sebagai magik atau menggunakan sihir. Jadi bagi mengelakkan dia dituduh mengamalkan sihir, beliau telah meletakkan seekor keldai diatas alat mekanikal tersebut bagi menunjukkan alat tersebut berfungsi menggunakan kuasa binatang manakala bahagian bawahnya berfungsi secara automatik. 

            Di dalam program itu turut menyatakan bahawa tamadun Islam bertuah kerana al-Jazari yang meneroka teknologi tersebut. Ini kerana ilmu mekanik sebelum zamannya dikenali sebagai sains muslihat. Dan sesiapa yang yang mempunyai niat serong akan menggunakan ilmu tersebut bagi menjadikan diri mereka dipandang hebat. Selain itu, mereka akan menggunakannya untuk menunjukkan bahawa itu adalah magik dan lebih teruk lagi, mengatakan diri mereka Tuhan. Ini dibuktikan pada zaman Firaun. Ketika itu, pintu gerbang dibuka dengan menggunakan kuasa hidraulik dan berfungsi secara automatik. Lalu, Firaun menggunakannya untuk mengatakan dirinya adalah Tuhan dengan cara apabila dia menunjukkan jarinya ke arah pintu gerbang, ianya akan terbuka dengan sendiri. Itu membuatkan sesiapa yang melihatnya akan mengatakan bahawa Firaun mempunyai kuasa yang hebat dan mengakui dia sebagai Tuhan. Berlainan dengan al-Jazari. Beliau merupakan seorang ilmuwan Islam yang beriman. Segala kemahiran dan ilmu kejuteraan tersebut digunakan untuk masyarakat ketika itu bagi mengairi saliran air. Dan ilmu ini apabila semakin diterokai, semakin membuatkan dirinya sedar sebagai seorang hamba kepada Maha Pencipta.

            Selepas menyorot kembali sejarah kehidupan dan hasil inovasi al-Jazari. Ianya membuat saya berfikirkan akan perbandingan zamannya dengan zaman sekarang. Menyedari kembali akan semua itu, kecanggihan teknologi sepatutnya dikuasai oleh manusia yang beriman. Jika ianya dikuasai oleh manusia yang mempunyai pelbagai sifat buruk, ianya akan membuatkan kecanggihan teknologi dan manfaat darinya akan kabur dan pelbagai persepsi negatif akan diberikan kepada teknologi tersebut. Seperti kebanyakkan teknologi yang kita ada sekarang. Antara teknologi yang paling jelas yang boleh dibuat contoh adalah teknologi nuklear. Lihat sahaja apabila teknologi nuklear dikuasai oleh Amerika. Sungguhpun mereka menjadikannya sebagai kuasa untuk menjana tenaga bagi dimanfaatkan oleh masyarakat dinegara itu tetapi ianya lebih banyak dijadikan bom. Dan digunakan untuk menghancurkan negara-negara yang mereka musuhi. Walaupun Iran menuju kearah untuk membina kemudahan loji tenaga nuklear di negaranya bagi dimanfaatkan sepenuh untuk kegunaan kearah kebaikan seperti menjana elektrik. Tetapi persepsi masyarakat dunia yang sudah tertanam dalam pemikiran mereka bahawa nuklear itu merupakan suatu yang buruk dek kerana tangan-tangan yang menguasai teknologi itu menggunakannya kearah kemusnahan. Dengan mudahnya dunia menerima provokasi daripada Amerika yang menuduh Iran mahu mambangunkan teknologi pemusnah daripada teknologi nuklear tersebut. Lalu, Iran yang berniat mahu menggunakannya bagi tujuan yang baik pun  turut disalah anggap oleh masyarakat dunia dengan pelbagai tuduhan yang mengatakan Iran mahu membangunkan teknologi pemusnah secara besar-besaran. Walaupun Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah menyatakan berulang kali bahawa teknologi nuklear tersebut dibangunkan untuk dimanfaatkan oleh negara Iran bagi menjana tenaga elektrik.

            Apa yang saya cuba huraikan di sini bukanlah satu kesimpulan yang ringkas tanpa memahaminya dengan baik. Tetapi ianya merupakan satu pengajaran yang jelas daripada apa yang berlaku kepada al-Jazari dalam usahanya untuk meneroka dan melestarikan kembali satu teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh umat manusia bagi tujuan kebaikan. Oleh sebab itu, perlunya pada zaman sekarang orang yang beriman dan mampu menguasai pelbagai cabang teknologi. Supaya dapatlah dimurnikan kembali pelbagai teknologi yang disalahguna untuk tujuan keburukan yang memudaratkan umat manusia dan juga alam sekitar. 

            Keadaan ini merujuk kembali akan kesejahteraan dan kemurniaan yang dituntut dalam ajaran Islam dan ianya hanya dapat dizahirkan oleh umat Islam yang beriman sahaja. Umat Islam yang mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan dan sentiasa berusaha kearahnya. Oleh sebab itu, kedatangan Islam adalah untuk membebaskan umat manusia daripada cengkaman kuasa teknologi yang telah disalahgunakan oleh sebahagian kelompok manusia yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat keatas manusia yang lain.

            Sesungguhnya golongan profesional dalam bidang-bidang penting perlu diberi kefahaman yang sebenar akan tuntutan Islam supaya wujud pemurniaan dalam  bidang keilmuan lantas membawa kepada pemurniaan bidang teknologi yang akan berkembang kelak bagi generasi seterusnya. Besar sungguh tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh mahasiswa Islam. Satu pengajaran penting buat mahasiswa Islam seluruh dunia. Terharu rasanya kerana saya sendiri mempunyai bahagian yang perlu dilaksanakan dalam tuntutan tanggungjawab itu.

            Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT yang menyedarkan saya akan tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk umat manusia sekeliannya melalui program Ilmuwan Islam yang saya tonton pada jam 6.30 petang Jumaat, 11 November 2011. TV3 sememangnya akan menjadi pendorong inspirasi, pengislahkan pemikiran masyarakat dan memcambahkan pelbagai idea perubahan yang lebih baik jika pengisian programnya lebih berkonsepkan ilmu pengetahuan dan perbincangan sejarah kegemilangan Islam.

" Generalisation "

" Generalisation "
Oleh Muhammad Hafizan Bin Abdul Halim

Istilah ini saya peroleh daripada ucapan Timbalan Rektor HEP UiTM, Kampus Seri Iskandar iaitu Prof. Madya Mohd Fisal bin Ishak yang berucap dalam Majlis Beramah mesra Bahagian Keselamatan Bersama Pelajar anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Beliau merujuk akan sikap sebahagian pelajar yang secara terus menyalahkan pihak Bahagian Keselamatan apabila menghadapi masalah dengan Pengawal Keselamatan sehingga memburukkan semua pihak yang berada dalam bahagian tersebut. 

            Pengkhususan dalam beberapa perkara yang dibincangkan amatlah perlu bagi mengelakkan ianya bersifat umum lantas melibatkan semua pihak. Dalam erti kata lain sesuatu lontaran pendapat ataupun kritikan perlu diperhalusi dengan sebaik mungkin dengan menyatakan pengkhususan pihak yang terlibat bagi mengelakkan pihak lain turut terkena tempiasnya. Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sedangkan dalam al-Quran sendiri pun mengkhususkan dan memperincikan setiap perkara mengikut ukuran ataupun klasifikasinya, Perkara ini saya merujuk buku Adab Dialog Dalam Islam, tulisan Dr. Muhammad Sayyid Tantawi yang menyatakan dalam mukasurat 57, perenggan ketiga : "Kita dapati Allah SWT tidak menafikan kesyukuran, keimanan, jihad dan kebajikan daripada seluruh manusia, tetapi ia dikaitkan dengan bilangan yang sedikit sahaja, iaitu mereka yang beriman dan bersyukur serta berjhad dengan ikhlas". Dalam erti kata lain, dalam al-Quran itu sendiri dikhususkan hukum dan peringatan dengan menggunakan ayat seperti "sebahagian","sedikit" dan "kebanyakkan". 

            Dari sini kita dapat lihat, al-Quran mengajak manusia supaya berfikir secara teliti dan berhati-hari dalam sebarang urusan terutamanya perkara yang melibatkan orang lain dengan mengkaji dan menganalisis terlebih dahulu. Ini perlu bagi menyuarakan sesuatu pendapat secara tepat dan jelas. Jika tidak, ianya akan menyusahkan pihak yang tidak terlibat dalam sesuatu masalah itu. Keadaan ini secara jelas saya merujuk kepada mahasiswa sekarang apabila menghadapi sebarang masalah ataupun kesulitan, kebanyakkannya akan secara terus menuding jari kepada semua orang dalam sesuatu pihak itu tanpa mengkhususkannya dengan baik. Secara tidak langsung, ia bukannya dapat menyelesaikan masalah tetapi memburuk lagi keadaan dan sesebuah pihak yang dituduh itu.

            Menjadi satu keperluan yang penting bagi mahasiswa untuk merenung kembali penulisan ini dalam usaha membuang sejauh mungkin permikiran sebegini supaya kita dapat menjadi mahasiswa yang tepat dan jelas dalam menyuarakan sesuatu masalah kepada pihak yang bertanggungjawab. Sebagai mahasiswa Islam, marilah kita melihat kembali pendekatan yang al-Quran bawa dalam membimbing manusia kearah jalan yang benar, supaya tidak terbabas dari landasan yang sebenar dalam menghadapi cabaran yang mendatang hari demi hari sepanjang kita menuntut ilmu. 

Pembelajaran Sejarah


Pembelajaran Sejarah
Oleh Muhammad Hafizan Bin Abdul Halim

Dalam pelbagai perkara, sejarah memainkan peranan penting dalam kesinambungan kehidupan supaya ianya berjalan diatas dasar yang nyata. Mana tidaknya, tiada dahulu tiada sekarang. Dalam melihat sejarah, terdapat pelbagai perkara yang dapat dilihat dengan jelas perjalanan sesuatu kehidupan supaya nyata atas dasar apa ianya berlangsung. Lalu, tiadalah dikatakan hidup tidak berprinsip.

            Bagi menjelaskan lagi konteks perbincangan ini, saya khususkan kepada penghayatan sejarah terhadap tamadun-tamadun terdahulu dalam membina satu pembangunan yang mapan pada zaman sekarang. Usaha membina asas pada zaman sekarang berdasarkan pengalaman-pengalaman masyarakat yang direkodkan dalam lipatan sejarah merupakan usaha yang bijak dan menguntungkan bagi beberapa aspek.

            Antaranya ialah sudah terlalu banyak tokoh-tokoh yang dinaikkan daripada lipatan sejarah untuk dibanggakan dan dicontohi kehebatan nilai-nilai dan semangat yang ada pada mereka. Namun, usaha mencontohi nilai kemajuan tamadun terdahulu amat sedikit dicontohi dan diaplikasikan dalam kehidupan bagi menuju pembangunan masyarakat. Dan kurang juga kajian bagi asas-asas pembangunan tamadun terdahulu tetapi yang hanya dibanggakan hanyalah hasil-hasil yang sudah sedia ditinggalkan oleh tamadun terdahulu terutamanya tamadun Islam terdahulu.

            Menjadi satu bahagian penting untuk dikaji oleh kita semua terhadap dasar-dasar yang telah membangunkan tamadun-tamadun yang hebat terdahulu. Dengan usaha ini sajalah dapat dilihat dengan jelas matlamat pembangunan yang kita impikan tanpa dirugikan oleh elemen-elemen yang merosakkan usaha ini. Malah dengan usaha kajian terhadap dasar dan usaha menteladaninya akan memudahkan usaha-usaha bagi merintis kemajuan yang diimpikan dengan lebih produktif dan efisien.

             Antara contoh-contoh tamadun yang berjaya dengan hebatnya dan terdekat dengan kita ialah tamadun Kesultanan Melayu Melaka. Yang suatu ketika dahulu mencapai kegemilangannya pada waktu zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Pada zamannya, pemerintahan dan urusan pentadbiran sentiasa terbuka dalam menerima nasihat dan teguran daripada para ulama. Ianya selari dengan tuntutan hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan perihal kepentingan hubungan antara umara' dan ulama. Pemerintahnya pula teguh berpegang dengan prinsip ajaran Islam, lantas memenangi hati rakyat dan meletakkan mereka semua sehati dan sekata dalam melaksanakan sesuatu usaha pembangunan negara.

            Asas-asas pembangunan sebeginilah yang seharusnya kita singkap semaksima mungkin dalam memahami dasar-dasar yang kukuh bagi sesebuah usaha yang hendak dijalankan supaya kita tidak membuang masa dengan dasar-dasar yang tidak berasas dalam usaha merintis sesebuah pembangunan yang mapan.

            Harus disedari secara bersama oleh kita semua bahawa dengan merenungi kembali sejarah kegemilangan tamadun terdahulu barulah kita dapat merencanakan kembali asas-asas yang kukuh dalam usaha pembangunan bagi setiap aspek penting seperti pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan seumpamanya. Pemahaman inilah yang sepatutnya diberikan oleh kita semua terhadap pembelajaran sejarah supaya dapat dimanfaatkan semaksima mungkin elemen-elemen penting ada dalam proses pembelajaran.

            Justeru itu, saya sangat bersetuju dengan pensyarah pengajian liberal saya iaitu Cik Salawati mengatakan dalam kuliahnya bahawa sepatutnya pembelajaran sejarah diwajibkan supaya semua orang dapat membawa satu perjalanan hidup yang lebih baik hasil daripada penelitian dan penghayatan pembelajaran sejarah. Ditekankan peri pentingnya peranan sejarah terdahulu dalam memandu masyarakat sekarang kearah yang lebih baik dan lebih kukuh.

            Berikutan dengan kepentingan sejarah dalam masyarakat, kita dapat lihat para pemikir-pemikir yang memajukan masyarakat merupakan individu yang mengkaji sejarah sehingga membuatkan mereka berpandangan jauh dalam mengeluarkan sesuatu pendapat dan idea yang secara jelas boleh kita lihat dalam beberapa penulisan mereka. Semua ini adalah hasil daripada perkaitan peristiwa sejarah lampau dengan situasi semasa mereka. Yang mana kita semua sedia tahu bahawa sejarah menerangkan konsep asas, cuma ianya berbeza situasi dan keadaan.

            Oleh sebab itu, penelitian dan penghayatan sejarah memainkan peranan penting dalam pembentukan pemikiran yang matang dan bersifat optimistik dalam membuat sesuatu penilaian. Lantaran itu, pembelajaran sejarah merupakan satu bahagian wajib dalam pembentukan pemikiran yang lebih dinamik dan progresif. Salah satu sifat sejarah ialah kita belajar dari kesakitan dan perit jerih generasi terdahulu dalam menempuh cabaran dalam kehidupan mereka.

            Perlu diingat bahawa sejarah bukan sesuatu yang diulang dan diulang apabila habis diceritakan. Begitu juga perihalnya, sejarah bukanlah sekadar satu subjek yang sekadar dihafal tarikh, nama tokoh, peristiwa yang berlaku atau seumpamanya. Tetapi ianya adalah sesuatu perkara yang sepatutnya difahami dan dilahirkan semula segala intipatinya dalam realiti kehidupan bagi dimanfaatkan oleh generasi sekarang. Bukannya sekadar menjadi tontonan buat generasi sekarang apabila membaca tentang sejarah tamadun terdahulu dan berbangga dengan kejayaan masyarakat terdahulu semata-mata.