Selamat Datang ke Laman Rasmi Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia atau lebih dikenali sebagai GAMUS.
Penubuhan blog ini adalah untuk menyebarkan idealisme mahasiswa-mahasiswa UiTM dari seluruh pelusuk kampus di serata Malaysia, dari Kampus Perlis hingga ke Kampus Tawau, Sabah.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang kritis dalam menghasilkan artikel mengenai mahasiswa, universiti dan hal2 akademik hantarkan artikel anda kepada kami melalui emel: gamusofficial@gmail.com

Segala artikel di dalam blog ini adalah hak milik setiap individu dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan yang diutarakan.

Facebook GAMUS | Twitter GAMUS
MASUK

Thursday 20 September 2012

UiTM dan Pro Aspirasi.

Saya baca blog milik salah seorang daripada Mantan YDP MPP UiTM, beliau mengulas mengenai pilihanraya kampus yang sedang berlangsung dan dengan yakin menyatakan bahawa Pro Aspirasi akan menang besar di UiTM.

Sewaktu saya bertanding dalam pemilihan MPP untuk sesi 2011/2012, saya mewakili diri sendiri dan fakulti semata-mata tanpa ada sistem parti. Calon yang bertanding pada ketika itu tidak dibenarkan untuk tubuhkan apa-apa pakatan bersama calon MPP lain yang turut bertanding. Sekiranya didapati tertangkap dan didapati bersalah, maka akan gugurlah kelayakan untuk bertanding.

gambar hiasan


Ini sebenarnya menjadi tanda tanya dalam diri saya, mengapakan beliau dengan yakin mengeluarkan kenyataan begitu? Akhbar-akhbar dan media juga sering mengeluarkan kenyataan yang sama sedangkan pihak UiTM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dan juga tidak membenarkan sistem dua parti ini wujud.

Dari segi corak politik mahasiswa, UiTM tidak sama seperti universiti lain. Kita tidak punyai sistem dua parti. Tiada Pro Mahasiswa, tiada Pro Aspirasi. Politik kampus kita boleh dikatagorikan sebagai ‘aman’ tanpa ada pecah belah di kalangan mahasiswa.



Seperti di UM, UKM, UTM dan lain-lainnya, mereka mengamalkan sistem dua parti. Setiap fakulti punyai calon MPP daripada Pro A dan Pro M. Contoh mudah, sama seperti design politik di luar, ada dua parti utama. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Parti mana yang menang majoriti kerusi di Parlimen, parti itulah yang akan menjadi pemerintah.

UiTM tidak mengamalkan sistem ini, di UiTM sesiapa yang bertanding dan menang, maka individu itu dilantik menjadi MPP sekaligus dilantik sebagai salah seorang exco dalam kabinet pemerintah mahasiswa.

Sepanjang mewakili fakulti dan mahasiswa dalam MPP, saya tidak pernah terlibat dalam apa-apa aktiviti Pro M atau Pro A. Saya Cuma berlegar di hampir seluruh UiTM dalam Malaysia. Justeru itu, saya tidak mahu mengulas lanjut tentang aktiviti, ideologi atau matlamat mereka.


Namun sekiranya pro Aspirasi boleh diwujudkan dalam UiTM, mengapa Pro Mahasiswa tidak boleh diwujudkan? Pihak pengurusan perlu bersikap adil dalam isu ini.



Faezuddin Puad,
Mantan,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2010/2011
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor


sumber asal : http://third-force.blogspot.com/2012/09/pro-aspirasi.html

3 comments:

  1. Dato' VC baru sahaja komen yg Pro-A menang semua kerusi. WTF? saya mengundi tapi xde ape-ape parti pon.

    ReplyDelete
  2. tu la pasal.. UITM xde parti pon... same goes to unimap,utem,unisza.. xde parti.. cuma uthm ada pro-M.. tp diorg kata aspirasi sapu bersih 5 kerusi.. pelik.. diorg sapu 1 kerusi je

    ReplyDelete
  3. Yup, realitinya di Universiti yg diumumkan mereka menang keseluruhan dan sapu bersih tiada Pro M kecuali di Unimap dan UTHM, dari sumber rakan2 di sana, kebanyakkan calon Pro-M tidak mendapat kelayakan bertanding dan digugurkan kelayakan, sekaligus fenomena calon Pro-A/HEP menang tanpa bertanding dapat dilihat terlalu banyak sekali untuk PRK kali ini. something fishy happen, dimana ketelusan sebuah institusi pendidikan? ada tangan2 yang mengatur.

    ReplyDelete