Selamat Datang ke Laman Rasmi Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia atau lebih dikenali sebagai GAMUS.
Penubuhan blog ini adalah untuk menyebarkan idealisme mahasiswa-mahasiswa UiTM dari seluruh pelusuk kampus di serata Malaysia, dari Kampus Perlis hingga ke Kampus Tawau, Sabah.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang kritis dalam menghasilkan artikel mengenai mahasiswa, universiti dan hal2 akademik hantarkan artikel anda kepada kami melalui emel: gamusofficial@gmail.com

Segala artikel di dalam blog ini adalah hak milik setiap individu dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan yang diutarakan.

Facebook GAMUS | Twitter GAMUS
MASUK

Tuesday 2 October 2012

Analisis sedekad Keputusan Pilihanraya Kampus IPTA

“Pilihan raya kampus tidak ada kena-mengena dengan pilihan raya umum, jadi keputusannya juga tidak ada kaitan dengan pilihan raya peringkat nasional itu. Melalui pilihan raya kampus ini, ia dapat menjadi sebahagian daripada latihan kepada pelajar yang bakal menjadi pemimpin kepada masa depan,” - Ahli Majlis Profesor Negara, Prof Dr Jayum Jawan. 

Demam pilihan raya kampus bermula lagi. Pertembungan lama di kampus sejak 1960an antara mahasiswa nasionalis dan sosialis bersambung kembali. Episod baru pilihan raya kampus, bermula antara kumpulan reformis dan transformasi (perubahan) sejak 1999 lagi, ianya berlarutan hingga tahun 2012.

 Era aspirasi mahasiswa mengorak langkah seterusnya pada 2012 untuk mempertahankan kampus agar sentiasa berpihak kepada aspirasi mahasiswa. Bermula dengan pilihan raya kampus pada November 1999, di mana pada waktu itu hanya ada 9 universiti awam.

Arus reformasi begitu kuat pada November 1999, hinggakan pada waktu itu 8 buah IPTA jatuh ke tangan mahasiswa pembangkang kecuali satu universiti di utara yang mendapat kemenangan 13-8. Kemenangan yang sebenarnya mengejutkan sendiri Tun Mahathir yang pada ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia.

 Keputusan Pilihan Raya Kampus, PRK pada waktu itu adalah 1-8 dengan berpihak kepada front-front mahasiswa anti-establishment (Pro-Mahasiswa) . Hanya 11.1% dikuasai oleh Pro-aspirasi. UiTM dan UMS membuka kawasan putih baru untuk aspirasi mahasiswa bila menang pada November tahun 2000. Mengecilkan jurang penguasaan kepada 2-7, manakala di UUM tumpas akibat kurangnya peratus mengundi akibat hujan lebat.



1. Pada era pasca-Reformasi ’98 iaitu selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, masyarakat kampus secara mutlak menolak front-front mahasiswa yang pro-Barisan Nasional dan memilih front-front anti-establishment. Ada juga kampus yang dimenangi tanpa bertanding kerana front-front utama melakukan persefahaman politik sesama sendiri.

2. Pada ketika itu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan para menteri gusar untuk turun ke kampus kerana takut diboo dan dimalukan. Kebangkitan front-front yang dilabelkan pro-pembangkang menyebabkan pemimpin Umno/BN tidak senang duduk. Mereka perlu melakukan sesuatu.

3. Hasilnya, grand design dilakar dengan penuh cermat. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diwujudkan pada 27 Mac 2004 bagi kononnya untuk memberikan tumpuan kepada hal ehwal pengajian tinggi, sebaliknya meningkatkan campur tangan parti politik dal hal ehwal kampus. Sebelum itu, Kementerian Pelajaran menaungi Jabatan Pengajian Tinggi.

4. Beberapa wakil Pemuda Umno dan Puteri Umno bergabung tenaga untuk mencari jalan memenangkan front pro-BN. Front pro-kerajaan dijenamakan sebagai Aspirasi menggambarkan mereka sebagai kelompok yang mendokong aspirasi kerajaan Umno/Barisan Nasional. Naib Canselor yang neutral dan tidak bersedia menurut perintah Umno ditukarkan satu persatu. Di UM, Prof Datuk Dr Annuar Zaini Mohd Zain ditamatkan dan digantikan dengan Prof Datuk Dr Hashim Yaacob. TNC HEP dilantik dari kalangan ahli akademik yang terlibat aktif dengan Umno/Alumni Kelab Umno Luar Negara. Antaranya Datuk Dr Razali Agus dan Datuk Dr Azarae Idris.

5. Calon Aspirasi dilatih dan ditaja secara bersepadu di semua kampus. Minggu orientasi pelajar baru diisi dengan proses indoktrinasasi agar membenci front-front yang dilabelkan pro-pembangkang. GAMIS, SMM dan PMI dipotretkan seperti kumpulan pengganas yang menakutkan. Pilihanraya jawatankuasa tindakan kolej (JTK) dimansuhkan dan digantikan dengan perlantikan terus. Pelajar yang tidak menyokong Aspirasi diugut, disabotaj dan dibuang dari kolej kediaman. Proses pengundian dijalankan di kolej kediaman. Pengetua kolej kediaman dilantik dari kalangan penyokong tegar Umno. Berbagai-bagai lagi tindakan zalim dilakukan.

6. Kerana tekanan melampau, beberapa buah kampus akhirnya berjaya dirampas oleh Aspirasi satu persatu.

7. Pada PRK sesi 2001/02, front anti-establishment menguasai UM (36 – 12), UKM (30 – 2), UPM (36 – 3), UIAM (28 – 6), UTM(32 – 13), USM (21 – 16). Front Aspirasi pula menguasai UiTM (34 – 2), UPSI (9 – 8), UUM (27 – 0), UNIMAS (11 – 0), UMS (23 – 0), KUIM (11 – 0), KUITTHO (21 – 0). Daripada 13 kampus, front anti-establishment menguasai 6 kampus manakala Aspirasi menguasai 7 kampus. Kampus-kampus utama masih milik Pro Mahasiswa.

8. Pada PRK sesi 2002/03, front anti-establishment menguasai UM (34 – 5), UKM (23 – 9), UPM (31 – 14), UIAM (19 – 10), UPSI (13 – 11), USM (21 – 16). Front Aspirasi pula menguasai UiTM (36 – 0), UTM (27 – 15), UUM (20 – 7), UNIMAS (11 – 0), UMS (32 – 0), KUIM (8 – 3), KUITTHO (21-0), KUTKM (22 – 0) dan KUSTEM (12 – 3). Daripada 15 kampus, front anti-establishment menguasai 6 kampus manakala Aspirasi menguasai 9 kampus. Kampus-kampus utama masih milik front anti-establishment.

9. Pada PRK sesi 2003/04, front anti-establishment hanya berjaya menguasai UM (26 – 13) dan UIAM (21 – 1). Front Aspirasi berjaya merampas kampus-kampus utama yang lain seperti UKM (23 – 9), UPM (31 – 14), UTM (23 – 22), USM (20 – 19), UPSI (14 – 0). Di kampus-kampus yang lain, Aspirasi hampir membolot kesemua kerusi yang dipertandingkan. Daripada 16 kampus, front anti-establishment hanya menguasai 2 kampus sahaja.

10. Pada PRK sesi 2004/05, kampus UM akhirnya berjaya dirampas oleh Aspirasi kerana Gagasan Mahasiswa Universiti Malaya/Gagasan (nama lama bagi Pro Mahasiswa UM) memboikot PRK dengan tidak menghantar calon. Kesemua kampus dikuasai oleh aspirasi melainkan UIAM dan UPSI. Pada sesi ini, front anti-establishment hanya tewas tipis di kampus USM (18 – 19) dan UTM (20 – 25). Seorang perwakilan Umno dalam AGMnya mendesak agar kerajaan melakukan sesuatu bagi merampas kembali UPSI dan UIAM.

11. Pada PRK sesi 2005/06, Aspirasi menang mutlak di semua kampus kerana WUFI UIAM (nama lama bagi front anti-establishment UIAM) juga turut memboikot PRK. Aspirasi membolot kesemua kerusi yang dipertandingkan melainkan 2 kerusi di UM, 5 di UKM dan 2 di UNIMAS.

12. Pada PRK sesi 2006/07, Aspirasi masih menang di semua kampus kecuali UIAM.

13. Pada PRK sesi 2007/08, nama Pro Mahasiswa mula digunakan di Universiti Malaya. Walaupun gagal merampas MPMUM, kerusi-kerusi yang dimenangi meningkat iaitu pertama kali memenangi kerusi Umum (2 kerusi) selepas gagal selama 3 tahun. Begitu juga dengan kampus lain. UIAM masih milik Pro Mahasiswa di sana (WUFI).

14. PRK tidak diadakan pada tahun 2008 sebaliknya dianjakkan ke tahun 2009. Ia dikaitkan dengan kesan ‘Tsunami Politik’ yang melanda Umno/Barisan Nasional.

15. Pada PRK sesi 2009/10, Pro Mahasiswa UM berjaya merampas MPMUM dengan kemenangan tipis (21 – 20) hasil sokongan dua ahli MPM bebas dari Fakulti Undang-Undang. Pada sesi ini semua kampus masih dikuasai Aspirasi melainkan UM dan UIAM.

16. Pada PRK sesi 2010/11, Aspirasi berjaya merampas MPMUM juga dengan kemenangan tipis (21 – 20). Aspirasi mendapat kelebihan daripada kerusi fakulti walaupun Aspirasi hanya memenangi satu daripada 9 kerusi Umum. UIAM masih satu-satunya milik Pro Mahasiswa.

17. Pada PRK sesi 2011/12, Pro Mahasiswa memecah dekad gelap apabila kembali menguasai UM, UKM, USIM, UPSI,UMK dan UMS . Manakala Aspirasi masih menguasai USM, UPM dan UiTM dan kampus-kampus baru yang lain.

18. Terbaru dalam PRK sesi 2012/13, Pro Mahasiswa mempertahankan kampus UM (Pro M 20, Bebas 2, Gerak 19 dan 2 kerusi seri) dan UKM (GMUKM 19, Aspirasi 8 dan Bebas 1) manakala UIAM terpaksa menjalankan pengundian semula akibat kegagalan sistem E-Voting. Kampus-kampus lain masih dikuasai oleh Aspirasi. Senario ini dikaitkan dengan Ops 20/20 yang kini sedang hangat diperkatakan.

19. Sokongan terhadap front anti-establishment di kampus-kampus utama seperti UM dan UKM ini sudah tentu menakutkan pimpinan Umno/Barisan Nasional kerana kampus utama menggambarkan mood rakyat Malaysia secara keseluruhan lebih-lebih lagi komposisi mahasiswa UM yang mirip komposisi rakyat Malaysia. Mereka pasti tidak berdiam diri kerana bagi mereka, Pro Mahasiswa tetap pro-Pakatan Rakyat walaupun hakikatnya tidak.

20. Selamat maju jaya Pro Mahasiswa! 

Nota : Pro Mahasiswa adalah nama bagi front anti-establishment yang digunakan mulai sesi 2007/08. Pro Mahasiswa UKM menggunakan nama Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) manakala Aspirasi UM menggunakan nama Pengerak Mahasiswa. Nama Aspirasi pula digunakan mulai sesi 2003/04. Sebelum ini, nama front adalah berbeza mengikut kampus.

Sumber : LINK

Saturday 29 September 2012

Bajet 2013 : Manfaat untuk Mahasiswa.


Perkara-perkara dalam Bajet 2013 yang bermanfaat untuk mahasiswa

1) Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat 200 ringgit akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah.

2) Untuk PTPTN, bagi peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun selepas pengumuman ini, bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013, diskaun 20 peratus akan diberikan ke atas jumlah pinjaman mereka.

3) Untuk PTPTN juga, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan.

4) Untuk membantu graduan mendapat pekerjaan Graduate Employability Taskforce akan ditubuhkan dengan peruntukan 200 juta ringgit.

5) Program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti akan diteruskan. Nilai baucar akan ditingkatkan daripada 200 ringgit kepada 250 ringgit. Langkah ini melibatkan peruntukan 325 juta ringgit dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara.

6) Bagi membantu meringankan tanggungan kewangan ibu bapa, Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sedia ada bagi pendidikan tinggi anak-anak sebanyak 4,000 ringgit seorang sekarang ini, dinaikkan kepada 6,000 ringgit mulai tahun taksiran 2013.

7) Pelajar fakulti pendidikan kena alert dengan yang ini.
Peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matematik melalui pendekatan Higher Order Thinking Skills. Peruntukan ini juga merangkumi penubuhan Unit Pelaksanaan Pendidikan atau Education Delivery Unit bagi memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan transformasi pelan tersebut.

Friday 28 September 2012

Pro Aspirasi di UiTM? Mana Pro Mahasiswa-nya?


Pilihanraya Kampus (PRK) sudah seminggu berlalu di UiTM dan kini pembentukan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM telah pun dilaksanakan. Dalam tempoh seminggu, beberapa IPTA telah mengadakan PRK mereka dengan persaingan yang cukup sengit antara Pro-Mahasiswa (Pro-M) dan Pro-Aspirasi (Pro-A) di mana di 2 IPT Panas iaitu di UM dan UKM, Pro Mahasiswa berjaya membentuk Kabinet Kerajaan Mahasiswa mereka, manakala sedikit kontroversi di UIAM di mana Pilihanraya Kampus semula akan diadakan atas kegagalan sistem e-voting mereka di mana jumlah mengundi lebih banyak dari yang keluar keluar mengundi.

Apakah yang dimaksudkan Pro-Aspirasi dan apakah yang dimaksudkan sebagai Pro-Mahasiswa, Pro-A adalah sebuah pakatan Mahasiswa yang mendokong aspirasi Universiti dan menurut segala arahan Universiti yang dilihat akan memberi kebaikan kepada Mahasiswa, khususnya, Manakala, Pro-Mahasiswa adalah Gabungan Mahasiswa yang percaya akan konsep Kerajaan Mahasiswa yang berdiri sendiri dengan mengurus segala hal-ehwal mereka tanpa kongkongan dan kawalan dari mana-mana pihak, dimana Mahasiswa-mahasiswa ini lebih cenderung untuk memperjuangkan segala hal mengenai hak mahasiswa yang diambil hak nya oleh pentadbiran Universiti secara diktaktor.

Mengulas kenyataan Mantan YDP MPP UiTM Malaysia, Farid Zuhri, "Ketiadaan calon pro mahasiswa pada pilihan raya kampus UiTM bukan kerana pihak pengurusan tidak membenarkan mereka bertanding tetapi kerana tidak ada pelajar di universiti ini yang ingin hendak menyokong Pro Mahasiswa di universiti ini" adakah benar seperti apa yang telah dikatakan? seperti apa yang kita tahu, tiada Pro Mahasiswa atau Pro aspirasi di UiTM kerana menurut akta 174, calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar tidak dibenarkan membuat apa sahaja pakatan atau kelayakan bertanding mereka akan digugurkan. Di mana kontranya dapat dilihat apabila Pihak Pentadbiran Universiti sendiri mengumumkan Pro-Aspirasi Menang keseluruhan di UiTM seusai PRK UiTM selesai, perkara ini turut dicanang disegala Media Cetak arus perdana, walhal perkara sebenar adalah kontradiksi dari apa yang disampaikan, kebenarannya di UiTM, TIADA PRO-ASPIRASI, yang ada hanya wakil mahasiswa dari setiap fakulti dan bertanding secara individu.

Jika perkara ini terus ditidakkan oleh pentadbiran Universiti dengan mengatakan Pro-Aspirasi memang wujud dan menang keseluruhan di UiTM, kini tiba masanya untuk pembentukan sebuah Gagasan atau Gabungan Pro-Mahasiswa di UiTM untuk keseimbangan sistem pilihanraya supaya lebih telus, sudah tiba masanya Majlis Perwakilan Pelajar UiTM keluar dari kepompong "Kepimpinan Mahasiswa Terpimpin" atau lebih jelas sekali "Kepimpinan Mahasiswa yang diPimpin"

Sedikit kontroversi juga dapat dilihat situasi PRK di UiTM, antaranya seolah tiada penamaan calon dilakukan dan pelajar2 sendiri tidak tahu mengenai Pilihanraya Kampus yang akan dilaksanakan, banyak juga fakulti yang menang tanpa bertanding, dan banyak jugak calon-calon yang digugurkan kelayakan bertanding mereka atas alasan yang tidak munasabah, malah ada calon yang hanya berkempen dengan melekatkan Poster mereka tanpa rapat Umum dilaksanan, bagaimana mahasiswa ingin mengetahui akan Manifesto mereka?

Cadangan seterusnya adalah, Kerusi Umum patut diadakan dalam Pilihanraya UiTM, dimana kerusi Umum ini adalah calon yang boleh diundi dari mahasiswa-mahasiswa yang berlainan Fakulti, seterusnya tanggungjawab untuk turun mengundi dapat dicapai dikalangan mahasiswa, bagaimana jika fakulti tersebut calonnya menang tanpa bertanding? jadi, penglibatan mahasiswa di Fakulti berkenaan ditidakkan untuk menyertai dalam pembuangan undi mereka. Kerusi Umum sama seperti kerusi Parlimen dan kerusi Fakulti (sedia ada) sama seperti kerusi DUN.

Semoga pihak pentadbiran Universiti dapat mendengar dan mempertimbangkan cadangan ini supaya Kepimpinan Mahasiswa lebih efisyen dan mencapat taraf seorang Pemimpin yang berdaya saing. Dari mahasiswa, Untuk Mahasiswa, Kepada Mahasiswa. Salam Mahasiswa.

Link1 : http://www.sinarharian.com.my/politik/pilihan-raya-kampus-pro-aspirasi-kekal-kuasa-di-uitm-1.87033

Link2 : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/9/26/mstar_berita/20120925210318&sec=mstar_berita

Thursday 20 September 2012

UiTM dan Pro Aspirasi.

Saya baca blog milik salah seorang daripada Mantan YDP MPP UiTM, beliau mengulas mengenai pilihanraya kampus yang sedang berlangsung dan dengan yakin menyatakan bahawa Pro Aspirasi akan menang besar di UiTM.

Sewaktu saya bertanding dalam pemilihan MPP untuk sesi 2011/2012, saya mewakili diri sendiri dan fakulti semata-mata tanpa ada sistem parti. Calon yang bertanding pada ketika itu tidak dibenarkan untuk tubuhkan apa-apa pakatan bersama calon MPP lain yang turut bertanding. Sekiranya didapati tertangkap dan didapati bersalah, maka akan gugurlah kelayakan untuk bertanding.

gambar hiasan


Ini sebenarnya menjadi tanda tanya dalam diri saya, mengapakan beliau dengan yakin mengeluarkan kenyataan begitu? Akhbar-akhbar dan media juga sering mengeluarkan kenyataan yang sama sedangkan pihak UiTM tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan dan juga tidak membenarkan sistem dua parti ini wujud.

Dari segi corak politik mahasiswa, UiTM tidak sama seperti universiti lain. Kita tidak punyai sistem dua parti. Tiada Pro Mahasiswa, tiada Pro Aspirasi. Politik kampus kita boleh dikatagorikan sebagai ‘aman’ tanpa ada pecah belah di kalangan mahasiswa.



Seperti di UM, UKM, UTM dan lain-lainnya, mereka mengamalkan sistem dua parti. Setiap fakulti punyai calon MPP daripada Pro A dan Pro M. Contoh mudah, sama seperti design politik di luar, ada dua parti utama. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Parti mana yang menang majoriti kerusi di Parlimen, parti itulah yang akan menjadi pemerintah.

UiTM tidak mengamalkan sistem ini, di UiTM sesiapa yang bertanding dan menang, maka individu itu dilantik menjadi MPP sekaligus dilantik sebagai salah seorang exco dalam kabinet pemerintah mahasiswa.

Sepanjang mewakili fakulti dan mahasiswa dalam MPP, saya tidak pernah terlibat dalam apa-apa aktiviti Pro M atau Pro A. Saya Cuma berlegar di hampir seluruh UiTM dalam Malaysia. Justeru itu, saya tidak mahu mengulas lanjut tentang aktiviti, ideologi atau matlamat mereka.


Namun sekiranya pro Aspirasi boleh diwujudkan dalam UiTM, mengapa Pro Mahasiswa tidak boleh diwujudkan? Pihak pengurusan perlu bersikap adil dalam isu ini.



Faezuddin Puad,
Mantan,
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2010/2011
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Johor


sumber asal : http://third-force.blogspot.com/2012/09/pro-aspirasi.html

Saturday 18 August 2012

Aidilfitri Hari Kemenangan.


Assalamualaikum,

Esok merupakan hari kemenangan buat kita semua Umat Nabi Muhammad. Terasa pendek sungguh Ramadhan kali ini - petanda semakin hampir dengan destinasi yang pasti. Ramadhan kali ini benar-benar mendidik, Alhamdulillah. Semoga didikan yang diterima kekal berbekas di hati umpama besi yang ditempa, Amiin Ya Allah. Pendidikan Ramadhan ini umpama ibadah Haji juga, dilihat selepas berlalu musimnya - terdapatkah kelangsungan atau umpama hujan yang mengikut angin.

Ada hamba Allah yang pulang dari Haji tetapi hatinya tidak pernah kembali.
Ada hamba Allah yang pergi Haji tapi hatinya tidak pernah pergi.

Semoga hati kita semua hadir kepada Ramadhan yang 30 hari tetapi semangat Ramadhan itu tinggal menetap di dalam hati dan tidak pernah pergi. Amiin Ya Khaliq, kabulkanlah permintaan yang satu ini.

Dikesempatan ruang yang sempit ini, diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Mohon maafkan salah silap dalam menulis dan mengutara pandangan.

Ingatlah Allah di hari kemenangan.
Minal Aidin Wal Faizin - Semoga Allah menjadikan kita daripada golongan orang-orang yang kembali kepadaNya dan orang-orang yang beroleh kemenangan.
Amiin Ya Rahman.

“Apakah hasil yang kita harapkan selepas berpuasa di bulan Ramadan? Apakah bentuk manusia yang kita akan jadi selepas keluar dari ‘kem latihan’ Ramadan ini?”- ( Pahrol Mohamad Juoi, Buku Menjangkau Pasca Ramadhan )

Wassalam.
Admin 1
Gabungan Mahasiswa UiTM Se-Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H / 2012M

Sunday 15 July 2012

Tshirt GAMUS




Tshirt on sale, untuk tempahan hantarkan Nama, Size, Kampus ke 0176496366. Jualan untuk tempoh terhad sahaja. Tarikh tutup tempahan pada 25 Julai 2012.

Friday 22 June 2012

Konspirasi 2020, pilihanraya kampus, dan kebenarannya?



Pilihan Raya Kampus (PRK) adalah gula-gula politik pemimpin negara. Parti pemerintah melalui kementeriannya bertanggungjawab menggunakan mahasiswa sepertimana yang dikemuka dalam sidang media 11 Mei lalu menjelaskan bahawa keputusan melewatkan tarikh pilihan raya kampus merupakan strategi politik melalui "Opss 2020" yang didalangi Pejabat Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.

Pro-Mahasiswa Nasional, menerusi jurucakapnya Edikorp Lakip Sediyanto mengatakan, satu operasi khas ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana Menteri yang dinamakan ‘Opss 2020′ berperanan memastikan pilihan raya kampus (PRK) kali ini tidak berfungsi sebagaimana biasa dimanfaatkan mahasiswa Pro-Pakatan sebagai 'kebangkitan moral' untuk parti pembangkang ketika berdepan pilihanraya dalam negara.

Melalui operasi ini, kementerian menerusi pentadbirannya di setiap universiti berfungsi memastikan pilihanraya kampus kali ini tidak berupaya memberi kesan kepada kerajaan.
Antara cara yang digunakan adalah dengan menunda tarikh pilihanraya kampus yang akan diadakan selepas PRU13 supaya dapat mengurangkan peranan mahasiswa menyumbang sokongan moral kepada pembangkang.

“Jika diteliti, tahun 2007-2011, rakyat menyaksikan graf penurunan sokongan mahasiswa terhadap calon (Pro-Aspirasi) dan peningkatan sokongan terhadap calon pro-Mahasiswa memberikan motivasi kebangkitan moral kepada pembangkang dalam negara,”

"Operasi ini juga akan digunakan sebagai indikator dan simulasi bagi mempengaruhi undi anak muda memandangkan tidak akan ada lagi pilihan raya kecil buat masa ini sehingga PRU 13 berlangsung,"

Menurut PMN, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dipengerusikan oleh Mohamed Khaled Nordinmengadakan perbincangan dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar melibatkan 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) baru-baru ini memutuskan agar tarikh pilihan raya kampus bagi sesi 2012/2013 dilewatkan kepada September 2012.

“Hal yang sepatutnya tidak berlaku kerana Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipilih pada sesi lepas telah tamat tempoh berkhidmat pada Mac lalu,”

Opps 2020 jelas menunjukkan kerajaan pusat bertanggungjawab dan sangat licik memperalatkan seluruh jentera kerajaan sebelum berhadapan dengan PRU 13 khususnya melibatkan mahasiswa dan anak muda.

Tiga orang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat di dalam 'OPSS 2020'

Maka melalui siri-siri pendedahan ini "Opss Bongkar "Konspirasi 2020" ini akan mengemukakan bukti penglibatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat keputusan dalam "Opss 2020" untuk memperalat mahasiswa. Di antara butir-butir Mesyuarat adalah sepertimana berikut:

Agenda: Mesyuarat penyelarasan pemilihan MPP IPTA sesi 2012
Tarikh: 25 januari 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.
Masa: 9.00 malam - 11.00 malam

Pegawai yang terlibat :
1. SAC Mohd Sofian Bin Md. Makinuddin Pegawai Cawangan Khas PDRM,
2. SUPT. Mohd Rosli Bin Ab. Razak,
3. Insp. Azrin Bin Abu Bakar.


Info lebih lanjut, ikuti di : "Konspirasi 2020"

Tuesday 5 June 2012

Friday 25 May 2012

Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor.


Sempena Hari Belia Negara 2012 yang disambut diseluruh negara, GAMUS telah mendapat jemputan ke Himpunan dan Konvensyen Belia peringkat negeri Selangor, kepada sesiapa mahasiswa UiTM di negeri Selangor yang berminat untuk menyertai boleh lah mention kami di twitter @gamusofficial atau terus menghubungi Cik Nurazlyly Shahrin, Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor di talian 03-55117005 / 017 - 6487783. 

Butiran mengenai Himpunan dan Konvensyen Belia peringkat negeri Selangor adalah seperti berikut :-

Tarikh   : 26 May 2012 
Masa    : 7 Pagi 
Tempat : Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam Selangor.

Wednesday 23 May 2012

Debat PTPTN : YB Khairy J vs Rafizi R


“DEBAT ini merupakan satu mercu tanda kepada bermulanya politik sihat, politik matang, politik ide dan juga politik bersih yang diimpikan oleh majoriti rakyat Malaysia. Masyarakat sudah meluat dengan politik fitnah, politik identiti dan juga perkauman yang mendominasi dan cuba dipaksakan ke atas mereka.” 

Itulah ungkapan awal dari moderator ‘DEBAT SINAR : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ , Dr Maszlee Malik iaitu Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada permulaannya sebelum bermulanya debat ini.

‘DEBAT SINAR : Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ melibatkan 2 orang tokoh Politik Muda masakini iaitu YB Khairy Jamaludin (Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Saudara Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat).

DEBAT SINAR yang julung kalinya diadakan ini adalah anjuran bersama antara Kumpulan Media Karangkraf, Astro Awani dan radio Bernama 24 harus dipuji kerana inilah antara debat yang berani dipertontonkan secara langsung di beberapa saluran media.








Tuesday 8 May 2012

Istiadat Pemasyhuran Canselor UiTM

 

Istiadat Pemasyhuran Seri Paduka Baginda, Yang Di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Canselor UiTM akan berlangsung pada : 

Sabtu, 12 Mei 2012 ini di UiTM Shah Alam sempena Majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Kali Ke-76. Daulat Tuanku!

Friday 4 May 2012

Luahan dan warna sebuah Demokrasi di Malaysia.


Di sini kami kongsi sedikit luahan seorang rakyat Malaysia mengenai demokrasi di negara Tanah Tumpah kita.

"Kata la apapun...di Malaysia ini sgt pelik. Kita sebagai rakyat seolah-olah tiada pilihan. Jika kamu menyokong sedikit tindakan pihak selain BN...anda dislogankan PEMBANGKANG....yang diracuni pemikiran Melayu Kuno sebagai org yg berfikiran negatif, komunis dan sebagainya. Dari pengamatan politik saya, di negara ini jika kerajaan yg sedia ada membuat majlis menghimpunkan puluhan ribu penyokong....tidak mengapa tetapi tidak kpd mereka yg lain. Contohnya penyokong BN berdemo di Pulau Pinang dgn memberikan hadiah tahi...tiada sebarang isu. 

Di luar negara kebanyakan negara mereka jarang menyebut pembangkang tetapi hanya menyebut nama parti. Ini seolah-olah satu permainan minda utk mengatakan pembangkang adalah sebuah parti yg akn menjhanamkan negara. Di England mereka tak bercakap tentang pemimpinnya atau menyebut parti yg tidak memerintah sebagai pembangkang. Mereka bercakap tentang parti Buruh-Konservatif. Jika di Amerika tentang parti Republikan - Demokrat. Pemimpinnya tak penting. 

Tapi di Malaysia, kita cakap tentang Najib-Anwar. Kita tak seperti di England, kalau tak boleh buat, letak jawatan. Di Malaysia kita cakap tentang personalitinya bukan dasar ekonomi utk kesenangan rakyat. Di Malaysia pihak berkuasa seperti polis, SPR dan badan2 kerajaan yg lain dilihat sebagai parti politik. Sehingggakan rakyat keliru antara parti dan kerajaan, begitu juga antara duit parti dan duit kerajaan. Apa itu kerajaan pun mungkin sesetengah mereka tidak faham. 

Jika anda menyokong sesuatu usaha yg baik di mata dan fikiran anda yg diusahan oleh pihak yg bukan dari kerajaan anda akan di anggap bodoh, memusnahkan bangsa, ganas dan sebagainya. Dalam erti kata lain anda tidak boleh ada pilihan. Anda mesti memilih parti yg memerintah kerajaan itu selama-lamanya. Wujudnya parti yg lagi satu hanyalah sebagai bukti negara ini demokrasi. Saya hairan kenapa apabila saya menyokong apa yg dilakukan kerajaan, saya dianggap bijak, berwawasan dan sebagainya. Tetapi saya tak boleh menyokong yg lain selain daripada kerajaan. Hinggakan saya tertanya apa perlu parti yg lain selain UMNO, MCA dan MIC. 

Sedangkan Allah Yang Maha Bijaksana memberi saya pilihan samada ingin ke syurga atau ke neraka. Saya juga ke kedai buku di beri pilihan utk membeli buku atau akhbar yg saya inginkan. Begitu juga memilih isteri saya juga diberikan pilihan. Seperti yg saya katakan, beginilah if u choose to live in ignorance..then dont call other people stupid... Kamu duduk di rumah dan tidak menyokong BERSIH...tiada siapa yg peduli. Tiada siapa yg marah. Tiada siapa yg kata kamu bodoh. Jom Heboh yg membuatkan jalan raya sesak...kita tak marah kerana ada manusia yg ingin bersuka ria ke sana. Itu hak mereka. 

Nasihat saya jgn jadi peminat politik kolot atau kuno. Kamu hanya ada satu pilihan sepertimana Firaun. Kamu hanya boleh pilih Firaun sahaja sebagai Raja dan Tuhan kamu...tak mengaku Firaun Tuhanmu...kamu akn disiksa dan dibunuh. Jadi berilah hak sekali sekala utk org lain. Kata la apapun...saya tetap menganggap mereka yg turun semalam adalah sebagai wira....walaupun sejak berbelas tahun mereka tahu risiko dipukul, disimbah air kimia dan gas pemedih mata...mereka tetap turun menyatakan apa yg tersirat di hati." - Kredit kepada penulis

Pendapat ini merupakan satu pendapat yang tidak memihak kepada mana-mana pihak, tapi ia lebih kepada luahan untuk satu sistem demokrasi yang telah disempitkan melalui propaganda minda dan sebagainya.  Bagaimana kita hendak menuju ke satu tahap negara maju jika minda masih di kelas ketiga? ada kebenaran di sebalik pendapat di atas, baca dari sudut ilmiah bukan dari sudut kepartisan.  Apa pendapat anda?

Monday 30 April 2012

Akhirnya Mahasiswa Bebas Berpolitik.


Oleh : Dato' Saifuddin Abdullah, Timb. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia


Akhirnya, Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dipinda Dewan Rakyat pada 19 April lalu dan mahasiswa dibenarkan berpolitik.

Ia hasil perjuangan panjang banyak pihak. Antaranya ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), iaitu badan pelajar paling awal dan konsisten menentang Auku, serta Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM).

Ia disertai, contohnya, Solidariti Mahasiswa Malaysia, Alumni Round Table (bekas aktivis Aspirasi), Majlis Peguam Malaysia, Suhakam, Proham, Ideas, Pakatan Rakyat, Pemuda BN, gerakan akademia dan masyarakat sivil.

Sebelum ini, terdapat tiga mazhab tentang Auku. Pertama, ia tidak perlu dipinda. Kedua, ia perlu dipinda dan ketiga, ia perlu dimansuhkan.

Melalui Seksyen 15(1) yang baru, iaitu mahasiswa boleh menjadi ahli parti politik, maka, berakhirlah mazhab pertama.

Tetapi, sebahagian yang berpegang pada mazhab kedua, termasuk saya, masih belum berpuas hati. Ini kerana Seksyen 15(2)(d) melarang mahasiswa terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus. Justeru, gerakan meminda sepenuhnya seksyen ini dan beberapa seksyen lain akan berterusan. Mazhab ketiga juga akan berterusan.

Langkah terpenting yang menghasilkan kebebasan yang sekian lama dituntut ini datang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, iaitu, apabila pada tahun lalu, beliau mengumumkan Auku akan dipinda untuk membenarkan mahasiswa menjadi ahli parti politik, tetapi aktiviti politik kepartian tidak dibenarkan di dalam kampus.

Sekalipun Perdana Menteri ingin melakukannya, tetapi terdapat pihak berpegang pada mazhab pertama yang ingin menggagalkannya. Contohnya, dengan memasukkan 15(2)(c) melarang mahasiswa yang memegang jawatan parti politik daripada memegang jawatan badan pelajar di dalam kampus.

Mujurlah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dengan sokongan Ahli-ahli Parlimen BN, mencadangkan pindaan tambahan bagi menolaknya. Kabinet bersetuju dengannya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee mencadangkan pindaan tambahan lebih komprehensif. Di samping 15(2)(c), beliau menolak 15(2)(d) dan ingin meminda 15(3) dan 15(4). Dewan Rakyat meluluskan cadangan Khairy sahaja.

Auku meliputi IPTA. Supaya meliputi IPTS, UiTM, Politeknik, Kolej Komuniti dan sebagainya, maka, seksyen-seksyen berkaitan dalam Akta 555 dan Akta 174 turut dipinda.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, termasuk pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno tahun lalu, terdapat dua sebab utama untuk membenarkan mahasiswa berpolitik. Pertama, untuk melaksanakan haknya yang dijamin Perlembagaan Persekutuan dan kedua, untuk meningkatkan partisipasinya dalam proses membuat keputusan.

Ia sebahagian daripada transformasi politik untuk mewujudkan politik baru yang lebih sihat dan segar serta demokrasi yang lebih progresif dan matang.

Kini, dasar baru ini mesti dilaksanakan dengan sepenuhnya. Kepemimpinan universiti, terutamanya Hal Ehwal Pelajar (HEP), yang sebelum ini rata-ratanya berpegang pada pendapat pertama, mesti menukar cara berfikir dan bekerja. Manakala mahasiswa perlu menggunakan kebebasan ini dengan bijaksana.

Seksyen 15(2)(d), 15(3) dan 15(4) tidak boleh ditafsir semberono, contohnya, mengekang sokongan terhadap badan tertentu dan pendirian tertentu, mengawal aktiviti media baru, menceroboh hak peribadi dan melarang forum politik.

Makna keberkecualian kampus, yang menyebabkan wujud 15(2)(d) mesti difahami. Contohnya, ia bukan bermakna tidak mengizinkan mahasiswa tertentu bersuara. Sebaliknya, ia bermakna pentadbiran universiti tidak memihak kepada mahasiswa tertentu.

Hidup Mahasiswa Negara!

Saturday 28 April 2012

Debat PTPTN : Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Negara


SHAH ALAM - Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, 3 Mei ini, akan berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, di sini.

Bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, debat, yang anjuran Sinar Harian, akan bermula jam 8 malam.

Masuk adalah percuma.

Mereka yang berminat boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 019-3371066 (Rini).

Rafizi mempelawa Khairy berdebat dengan beliau mengenai isu PTPTN, yang menjadi isu hangat sejak awal bulan lalu, pada 13 April lalu.

Tengah hari tadi, Khairy, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Rembau, menyahut pelawaan Rafizi untuk berdebat menyentuh isu PTPTN yang hangat dibincangkan sekarang.

*bukan hendak mengajak kita berpartisan, cuma isu yang didebatkan melibatkan kita juga. sama-sama kita turun dan dengarkan hujah mereka.

Friday 27 April 2012

Emel Pelajar UiTM @isiswa.uitm.edu.my

 

Emel Pelajar ? Ramai sebenarnya yang masih tidak mengetahui akan kewujudan emel pelajar ini, adakah kerana kurang promosi? atau 'id name' untuk emel yang digunakan agak tidak bersesuaian, 'id name' untuk emel pelajar menggunakan number matriks pelajar dan sememangnya kurang releven untuk pelajar menggunakan emel ini secara kerap.

Setiap pelajar yang mendaftar sebagai pelajar UiTM dibekalkan dengan satu emel dengan menggunakan server hotmail.com dan domain name isiswa.uitm.edu.my, sebagai pelajar UiTM marilah kita eksploitasi kan emel ini untuk kegunaan kita dari menjadi satu projek 'gajah putih' untuk UiTM kerana projek emel ini menggunakan banyak dana yang telah dilaburkan.

Cara-cara untuk menggunakan emel pelajar  :

Login id     :  201xxxxxxx@isiswa.uitm.edu.my (number matriks@isiswa.uitm.edu.my)
Password  :  *Nombor Kad Pengenalan.

Login di sini > www.hotmail.com

Fungsi emel ini juga adalah untuk menjadi satu medium kepada pihak UiTM untuk memberikan segala info terkini melalui emel dan juga keputusan peperiksaan akhir pelajar, cadangan kami kepada Pihak pengurusan emel adalah - UiTM perlu untuk menggunakan satu page khas untuk emel seperti student Emel USM (rujuk:sini) supaya boleh memudahkan lagi pelajar-pelajar dan lebih mesra pelanggan. Tk

Wednesday 25 April 2012

Politik di UiTM


UiTM begitu dikenali sebagai satu IPTA yang mengongkong mahasiswanya terlibat secara terus dengan pelbagai aktiviti politik, tetapi dalam masa yang sama, segala aktiviti politik beraliran kanan dibenarkan, di manakah ketelusan dalam memberikan kebebasan berpolitik itu sendiri kepada mahasiswa yang rata-rata sudah matang dan melepasi umur layak mengundi.

Baru-baru ini, satu status update di dalam facebook pages Dato VC kita mengenai politik dimana Dato' menjawab dengan satu jawapan ringkas " Ayuna nak takut apa? Kita sama2 Melayu dan bumiputra." (rujuk: sini) Jika difahami melayu yang dimaksudkan disini adalah tidak bukan adalah parti politik beraliran Kanan, sehingga terdapat satu komen di wall tersebut dari Encik Amran Ahmad yang berkata "Sebagai seorang bapa keputusan saya hantar anak saya ke UiTM untuk di serap fahaman politik pro Kerajaan",

Status update tersebut mendapat respon yang meluas dari mahasiswa UiTM sendiri di mana rata-rata sudah muak dengan permainan politik dalam kampus, bagi kami pelajar2, sudah cukup matang untuk membuat pilihan, tidak perlu untuk menyogok kami dengan kata-kata kenang jasa dan sebagainya, segala jasa yang dilakukan itu adalah satu tanggungjawab kepada sesiapa jua yang naik menjadi kerajaan tidak kira dari aliran kanan mahupun kiri, kedua-duanya perlu untuk menjalankan tanggungjawab tersebut kepada rakyat.

Sebagai satu institusi pengajian awam, kita perlulah bebas dari segala anasir politik dimana sering dalam ucapan pemimpin2 negara yang tidak mahu mahasiswa menjadi kuda tunggangan mana-mana parti politik dan terlibat dalam politik sempit, bagi kami inilah politik sempit, dalam mengalas tanggungjawab sebagai sebuah institusi pengajian awam yang bebas dan neutral, kita perlulah bebas untuk menyuarakan pendapat walaupun bukan dari aliran yang sama, ini tidak, jika segala demostrasi yang membabitkan aliran kiri, mahasiswa dilarang keras untuk menyertai tetapi jika demostrasi melibatkan kepentingan aliran kanan, seperti mata ditutup segala akta yang disanjung entah lupa hilang ke mana

Kebanyakkan program yang diwajibkan di UiTM juga seperti modul, LDK, ceramah dan sebagainya jelas berunsurkan politik aliran kanan, di mana ketelusan yang dilaungkan selama ini? Jika melibatkan politik, kedua-duanya perlu dilibatkan, itulah konsep sebenar demokrasi.

Kita… jangan mudah terlupa pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita… jangan mudah terleka kemajuan, keamanan yang ada
Kita… berterima kasih pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur kerahmatan, kemuliaan dariNya

Bersyukur bukan kepada makhluk, tetapi kita bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa yang memberikan kita keamanan dan sehingga saat ini UiTM masih berdiri gah untuk menjadi payung yang memayungi anak bangsa.

Tuesday 3 April 2012

Perihal PTPTN


OBJEKTIF PTPTN

PTPTN diwujudkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 untuk memastikan masalah kewangan bukan lagi menjadi halangan untuk melanjutkan pelajaran bagi warga Malaysia.

Benarkah begitu?

Purata mahasiswa/wi sudahpun mempunyai hutang sebanyak RM 30, 000, mengambil kira kos pembelajaran ketika Diploma dan Ijazah, walhal kita mampu untuk mempunyai sistem pendidikan percuma tanpa perlu kepada PTPTN. Lihat sahaja ketirisan yang berlaku dalam Laporan Audit Negara tahun ini sahaja, hampir RM 20 bilion bocor kerna salah guna kuasa dan rasuah berleluasa.

ISU PEMBERHENTIAN PINJAMAN PTPTN.

PTPTN berhasrat untuk menghentikan pinjaman dari tahun 2013 atas alasan untuk mengurangkan bebanan hutang tanggungan mereka, akibat dari keliatan peminjam untuk membayar balik pinjaman yang diberikan.

Adakah semata mata faktor begitu, hingga segera objektif PTPTN ditubuhkan segera dilanggar? Atau ekonomi Negara kita ini semakin terkesan akibat dari beban belanjawan yang menyebabkan hutang negara hampir RM 455.75 bilion?

Siapa yang akan menerima beban lanjutan dari cadangan pemberhentian PTPTN ini?

Kita, kita dan kita, lihat statistik di bawah.

MEREKA YANG TERKESAN DENGAN PEMBERHENTIAN PTPTN.

Ini seakan akan berlawanan dengan objektifnya, di mana warga Malaysia yang paling terkesan ialah mereka seperti :

2.5 juta bakal mahasiswa dan mahasiswi yang dijangka memohon PTPTN tahun hadapan melibatkan program sijil,ijazah dan diploma.Setakat ini, pinjaman diberikan berjumlah RM 41.6 bilion melibatkan 1.87 juta pelajar sejak 14 tahun lalu.

40% dari 28 juta rakyat Malaysia yang berumur 17-23 tahun yang masih memerlukan bantuan kewangan dalam pendidikan.

Mahasiswa/wi di 71 buah IPTA dan 630 IPTS seramai 731,698 dalam pelbagai bidang pengajian yang pastinya akan bertambah.(2006)

Keluarga berpendapatan kelas rendah dan menengah yang membentuk 70% rakyat Malaysia

i) dengan kadar kemiskinan tegar =gaji RM 500/sebulan

ii)masyarakat pertengahan =bergaji RM 1000/ sebulan dengan tanggungan seramai 5 orang.

PENDIDIKAN TINGGI DALAM BELANJAWAN NEGARA

Beberapa skop perlu diberi perhatian berkenaan pemberhentian pinjaman PTPTN ini,antaranya ialah :

1) Pengurangan peruntukan dalam belanjawan untuk sektor pendidikan tinggi yang makin lama, makin menurun, sebaliknya peruntukan untuk pertahanan meningkat beratus ratus kali ganda.
Yang mana lagi penting, pendidikan atau pertahanan?
Adakah kita ini di dalam landasan yang baik untuk mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan berteraskan pengetahuan tinggi, jika fokus belanjawan kita celaru?

2) Yang sistem pendidikan tinggi sedang melalui proses pengswastaan yang serius.
Di dalam Rancangan Malaysia ke-9, 20% daripada RM 20 bilion diletakkan di bawah projekPrivate Finance Initiative( PFI), di mana pihak swasta akan bertindak mengurus dan membina pusat pengajian tinggi, kesannya ialah, pasti akan ada peningkatan yuran dan kos pentadbiran.

3) Isu di dalam belanjawan tahun 2012 yang lepas.
Hampir tiada langsung peruntukan penambahan bagi sektor pendidikan tinggi yang mewakili 40% populasi penduduk Malaysia, sebaliknya fokus hanya diberikan kepada pendidikan menengah dan rendah yang hanya bersifat populis dan sementara.

BEBANAN HUTANG DAN KOS SARA HIDUP YANG DITANGGUNG OLEH ANDA:

Berdasarkan gaji purata iaitu sebanyak RM 2000/ sebulan oleh seorang graduan lepasan ijazah, (jika anda bernasib baik)!

di bawah merupakan beberapa perkara asas hidup yang ditanggung oleh anda, seorang bujang dan berangan angan untuk kahwin, fikirkan semula!

Perkara
Kos
Makanan Asas
RM 15/ sehari x 30 hari = RM 450

Tempat Tinggal
RM 250 / sebulan

Ansuran kenderaan (paling asas, Perodua VIVA)
Rm 450/ sebulan

Telekomunikasi
RM 100

Pakaian
RM 100

Belanja Am ( Barangan seperti sabun, minyak kereta)
RM 400

Belanja Am Perkhidmatan ( Servis kenderaan , Bil Elektrik, etc)
RM 150

JUMLAH
RM 1900

dan ini sebelum berlaku kecemasan atau apa apa perkara yang melibatkan duit, jadinya, di mana ruang untuk kita, pelajar yang baru memasuki alam pekerjaan untuk membayar semula hutang pinjaman PTPTN ?

dan ini sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kelak yang melibatkan semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai sebanyak 6%.
Dan ya, gaji dan pinjaman graduan kita masih akan berada pada takuk yang sama.
Jadi apakah cukup berbaki RM 100 dari gaji pokok RM 2000 untuk membayar hutang pinjaman secara terus menerus dengan kadar servis caj perkhidmatan yang meningkat dari tahun ke tahun.
Fikirkan!

CADANGAN DARI PIHAK KAMI UNTUK DIKONGSI BERSAMA :


1) Kos pentadbiran yang perlu diselaraskan, bukannya berubah rubah dan tidak sekata. Semua pinjaman harus diberikan kadar yang sama. Semua pinjaman wajib diselaraskan hanya 1 %.

2) Penetapan gaji minima sebanyak RM 1500 seperti yang dirangka oleh kerajaan Negeri Selangor untuk menggalakkan keupayaan untuk membayar hutang PTPTN.

3) Urus tadbir serta tata kelola kerajaan dalam menguruskan wang rakyat serta implementasi belanjawan yang baik. Setiap tahun, melalui Laporan Audit Negara yang dikeluarkan, ketirisan wang sebanyak hampir RM 20 Bilion akibat dari rasuah dan urus tadbir yang lemah.

4) Masa pembayaran semula pinjaman PTPTN, bukan 6 bulan selepas habis pembelajaran, sebaliknya dilanjutkan sehingga mahasiswa/ mahasiswi mencapai kestabilan dalam pekerjaan, iaitu kira kira setahun selepas habis belajar.

5) Keutamaan pendidikan tinggi dalam belanjawan negara perlulah diberi tumpuan, bukannya hanya peruntukan untuk pertahanan, yang mencatatkan peningkatan perbelanjaan sebanyak 722% dari tahun 2000-04 dan di dalam Rancangan Malaysia ke-10, perbelanjaan pertahanan ialah sebanyak RM 23 bilion.

Pada April 2010 sahaja, pihak kerajaan berbelanja RM10 billion di Ekspo Persenjataan Kuala Lumpur. Dengan nilai duit yang sedemikian, kita boleh membina memberi pembiayaian pendidikan yang percuma kepada hampir beratus ratus ribu pelajar!

Mahasiswa/wi sekalian, sedar dan fikirkanlah kesan dari sistem pendidikan tinggi kita ini. Marilah kita merasa bertanggungjwab untuk menyampaikan dan membincangkan perkara ini, agar beroleh oleh kita satu kesedaran, bahwa kita punyai tanggungjawab untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih baik!

Sampaikan dan berkongsilah makalah ini bersama rakan rakan yang lain. Terima kasih daun keladi.

Rujukan :
1) Laporan Belanjawan 2011 dan 2012
2) Laporan Rancangan Malaysia ke-9
3) Laporan akhbar Utusan Malaysia, portal akhbar The Malaysian Insider dan Malaysiakini.com
4) Laporan Stockholm International Peace Research Institute (Sipri) 2009
5) Laporan dari Majalah TIME


Disediakan Oleh: Ahmad Albab.

Thursday 22 March 2012

Penanguhan tarikh PRK di semua universiti seluruh Malaysia



Pendapat dari seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM, saudara Hafizul:

Org tanya pendapat saya mengenai penanguhan tarikh PRK di semua universiti seluruh Malaysia..

Penangguhan yg dibuat ini sebenarnya ada kaitan dgn Pilihanraya umum ke-13 yg akan diadakan sebelum September ini. Justeru, ia menampakkan hasrat kerajaan untuk menyekat momentum golongan muda terutama golongan mahasiswa/i. Langkah ini menunjukkan bahawa BN telah kalah awal sebelum bertanding.

Hak bagi seseorang pelajar utk memilih wakil mereka setiap satu tahun telah dinafikan selama 6 bulan. Sememangnya menunjukkan pihak berautoriti lebih mendahulukan kepentingan mereka berbanding kepentingan mahasiswa iaitu golongan pemimpin masa hadapan. ini adalah satu kezaliman dan penafian hak.

Menurut undang2 yg telah diperuntukkan dlm AUKU mahupun undang2 di setiap universiti, MPP akan memegang penggal selama 1 tahun. namun, pengertian ini telah ditafsir secara 'golden rule' iaitu interpretasi secara 'tersirat' kononnya, bg membolehkan langkah ini diambil. Bermaksud, 'someone over the law'

Pihak universiti sepatutnya lebih tegas dlm perkara ini dan mempertahankan hak pelajar dgn meneruskan pilihanraya kampus pada semester ini dan bukannnya pada semester dpn yg akan bermula setelah cuti 3 bulan. Langkah ini penting demi menjaga pendirian kita sbg badan berkecuali dan berakademik, dan bukannya mengambil langkah utk mjga kepentingan sesuatu pihak.

Hafizul Faris Che Razlan, MPP UIAM

Wednesday 21 March 2012

Isu PRK terjawab, pilihanraya bulan September





Dalam persoalan yang lepas yang kami timbulkan mengenai tarikh sebenar pilihanraya dan apakah status MPP sekarang telah dijawab oleh Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam.









Semoga segala persoalan selama ini terjawab,dan kepada pihak yang diberi amanah, jalankan amanah anda sebaik mungkin, Dari mahasiswa, Untuk mahasiswa, Kepada mahasiswa.

Thursday 8 March 2012

Tarikh sebenar Pilihanraya Kampus UiTM dan status MPP?


Ura-ura yang mengatakan pada 8 Mac 2012 akan diadakan Pilihanraya kampus nampaknya tidak menjadi kenyataan, dari sumber dalaman, kami difahamkan bahawa pilihanraya kampus telah ditangguhkan sehingga Jun atau September.

Satu persoalan, adakah MPP dahulu masih memegang jawatan sehingga tarikh Pilihanraya atau jawatan MPP terbiar kosong? dari sumber lain, Ahli Jawatankuasa Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) terma yang lepas telah digugurkan status mereka dan diganti oleh 'care taker, tugas care taker adalah memangku jawatan MPP sehingga MPP baru dilantik, Sebagai sebuah jawatankuasa yang memangku dan sementara, seharusnya mereka adalah dikalangan yang neutral dan tidak termasuk dalam calon-calon pilihanraya akan datang.

Pihak Pentadbiran UiTM seharusnya mengeluarkan tarikh sebenar dan rasmi mengenai Pilihanraya Kampus bagi mengelakkan spekluasi seperti ini berterusan, kami pelajar-pelajar perlu tahu dan ingin tahu mengenai perkara ini.

Monday 5 March 2012

Isu pemotongan Wang PTPTN


Rata-rata mahasiswa UiTM adalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ), dalam kesibukan warga kampus untuk memulakan semester baru ( Sarjana Muda ), mereka dikejutkan dengan kehilangan RM 200 atau RM 500 dari akaun mereka selepas PTPTN meng-kreditkan wang pinjaman kedalam akaun bank peminjam.

Satu persoalan kemanakah wang itu disalurkan atau dipotong? dari maklumat yang boleh dipercayai bahawa pemotongan PTPTN tersebut adalah dibuat oleh Pihak PTPTN merupakan wang Pendahuluan yang dipotong hanya pada semester 3 dan 4, dan pada semester 6 ianya dipotong semula bersama sedikit Insurans. Ini sangat menghairankan khususnya para pelajar yang berasal daripada keluarga kurang berada dan memerlukan duit pinjaman tersebut apatah lagi mereka perlu membayar jumlah yang mereka tidak menerima pinjaman yang sepatutnya.

Ini juga sekaligus menimbulkan pertanyaan, ke manakah sebenarnya pergi duit yang kononnya sudah ditolak daripada jumlah penuh, tetapi perincian hutang masih menunjukkan keadaan sebaliknya. 'Duit pendahuluan sudah habis dibayar, tetapi akaun kami masih dipotong'

Kami berharap pihak atasan atau pihak yang lebih tinggi dapat memberikan respon dan jawapan sewajarnya. Pihak PTPTN juga harus memberikan maklum balas rasmi mengenai perkara ini, kerana itu adalah hak pelajar dan hak tersebut pula terpaksa di bayar dengan kadar yang lebih tinggi selepas caj perkhidmatan.

Saturday 3 March 2012

E-Book Tentang Auku







Penulis adalah Zharif Badrul, mahasiswa Bachelor of Legal Studies, UiTM Shah Alam, blog beliau boleh diakses di http://pre-lawrian.blogspot.com

Monday 27 February 2012

8hb Mac Pilihanraya Kampus UiTM?



Di kala kesibukan warga Kampus di kalangan pelajar Diploma untuk menghadapi Peperiksaan akhir dan kekusutan pelajar Degree untuk memulakan semester baru, terdapat ura-ura mengatakan Pilihanraya Kampus pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM akan diadakan pada 8 Mac ini, adakah releven diadakan pada waktu tersebut?

Jika ini berlaku peratusan keluar mengundi akan merundum jatuh dimana pada waktu itu pelajar2 Diploma sedang dalam cuti study week! pelajar2 degree juga baru sahaja memulakan kuliah mereka, adakah perkara2 seperti ini dipandang ringan oleh pihak atasan? (jika benar pilihanraya pada 8 mac) Di mana demokrasi kampus yang sebenarnya? Malah, calon2 MPP juga telah dipilih sebelum pekeliling mengenai hari penamaan calon atau pilihanraya dikeluarkan!

Adakah Calon2 bebas bukan pilihan HEP turut dibenarkan bertanding untuk kali ini? jika tidak, ini merupakan satu percabulan hak dan demokrasi kampus itu sendiri, calon2 bebas dari kalangan pelajar sendiri harus perlu diberi peluang untuk bertanding, bukan hanya calon2 tapisan HEP, jika ini berlaku, tukar saja nama Majlis Perwakilan Pelajar kepada Majlis Perwakilan HEP, lebih tepat bukan? sudahlah dengan perlaksanaan E-Voting yang dibantah oleh Mahasiswa tetap diteruskan, walaupun dengan sistem itu ketelusan pilihanraya kampus dipersoalkan.

Tarikh yang diura-urakan juga sangat tidak tepat kerana faktor-faktor diatas, dimana waktu untuk calon berkempen? dimana waktu untuk pengundi mengenali calon mereka? kerana masing2 sedang sibuk dengan peperiksaan akhir dan kelas-kelas yang baru sahaja bermula, adakah perkara ini boleh dilihat sebagai satu propaganda atasan untuk mengekalkan suara pilihan dan calon robot mereka sahaja yang tidak berani bersuara secara lantang bagi hak-hak mahasiswa?

Tidak hairan jika pihak-pihak luar mengatakan bahawa pelajar-pelajar UiTM tidak cakna dalam isu-isu semasa mahupun isu-isu politik kerana sedari kampus telah diajar sebegitu rupa, hanya menjadi pak turut walaupun kadangkala sesuatu isu itu terkena pada batang hidung sendiri, bak kata pepatah "sudah terantuk baru terngadah".

Wednesday 1 February 2012

Puisi Anak muda untuk penguasa.



Ini zaman telitinya anak muda menilai bangsa itu siapa.
Ini zaman tekunnya anak muda merisik politikus itu apa.
Ini zaman khusyuknya anak muda melihat parti itu bagaimana.
Ini zaman tulusnya anak muda melambak kebebasan itu di mana.

Ini kata paling syahdu buat generasi-ku,
yang semakin hilang di bilang sayang dan gersang.

Ini kata paling rindu buat generasi-ku,
yang semakin pupus ghaib dalam penjara yang ter-aib.

Jika anak muda ini bilang bahawa bangsa itu salah,
mereka akan di-anggap penderhaka.

Jika anak muda ini bilang bahawa politikus itu korup,
mereka akan di-anggap musuh dalam selimut.

Jika anak muda ini bilang bahawa parti itu penindas,
mereka akan di-anggap pemijak parti lainnya.

Jika anak muda ini bilang bahawa kebebasan itu sepatutnya perlu,
mereka akan di-anggap pemberontak negara tercinta.

Ini zaman telitinya anak muda menilai bangsa itu siapa.
Ini zaman tekunnya anak muda merisik politikus itu apa.
Ini zaman khusyuknya anak muda melihat parti itu bagaimana.
Ini zaman tulusnya anak muda melambak kebebasan itu di mana.

Ini sebuah puisi lara,
untuk ku tujukan,
pada sang penguasa,
anak muda - terutamanya.

Kerana sang penguasa itu ;
sudah lama hancur,
ditelan sikap anak muda luhur.

Karya : Petak Daud.

Sunday 29 January 2012

Relevenkah AUKU menurut Perlembagaan Malaysia?


Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971)  pernahkah kita terfikir mengapa terdapat segolongan Mahasiswa yang menentang AUKU mahupun Akta 174 UiTM?  Menurut kajian, kita mendapati bahawa AUKU dan Akta 174 bercanggah dengan perkara 4,5, 8 dan 10 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, turut menyalahi hak asasi manusia memandangkan Perkara-Perkara tersebut mengandungi peruntukan hak asasi manusia.

Apabila diteliti semula pada seksyen 15B (3) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, terdapat beberapa perkara yang boleh dikrititk dan dibahas mengikut Perkara 8 (1) Perlembagaan Malaysia.
Antara lain yang diterangkan di dalam seksyen ini adalah peruntukan kepada Naib Canselor/Rektor yang mempunyai bidangkuasa hal ehwal pelajar mewakilkan kuasa tersebut kepada Timbalan Naib Canselor. Kemudian, membentuk Jawatankuasa Tatatertib/Pihak Berkuasa TatatertibUniversiti. Kuasa yang digagaskan oleh AUKU untuk Jawatankuasa ini amat luas meliputi kuasa menyiasat, menjalankan pendakwaan, mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang di pertuduh didapati bersalah.

Pelajar- pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut tidak akan ada jaminan untuk mendapat perbicaraan yang adil. Ini adalah kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri daripada orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukan oleh undang-undang. Ini bermakna kebarangkalian berlaku penindasan dan keputusan yang berat sebelah adalah tidak mustahil. Hal ini jelas sekali bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persukutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undan-undang. Selain itu, hal ini juga amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semulajadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah dan tribunal.

Di samping itu, AUKU memepunyai unsur diskriminasi yang sangat ketara. Jika dikaji seksyen-seksyen di dalam AUKU secara mendalam, didapati tiada sebarang provisi pun yang memperuntukkan hak kepada pelajar yang didakwa untuk mendapatkan khidmat Peguambela atau Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan kakitangan universiti termasuk pensyarah yang didakwa atas satu pertuduhan tatatertib dibenarkan untuk diwakili oleh peguam. Ini jelas membuktikan ketidakadilan AUKU dan sama sekali bercanggah dengan perkara 8 (1),(2), (3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan yang secara rumusnya tidak membenarkan diskriminasi dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
Manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Selain daripada itu, seksyen 15 AUKU 1971 bersalahan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Merujuk kepada syeksen 15 (1) dan (2) AUKU yang tidak membenarkan setiap pelajar di universiti atau kolej universiti menyertai mana-mana parti politik ataupun kesatuan sekerja atau pertububahan kecuali dengan kelulusan Naib Canselor. Seksyen ini jelas bertentangan dengan Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan kepada semua rakyat Malaysia untuk berpersatuan. Sesuatu perkara itu tidak lagi dikira sebagai bebas jika perlu meminta izin atau kelulusan daripada seseorang. Jika dilihat populasi mahasiswa di setiap universiti di seluruh negera, mereka kebanyakannya berusia 21 tahun ke atas. Mereka telah pun mencapai usia majoriti(age of majority) Section 10. dan layak untuk mengundi seperti yang lain. Maka mereka perlu diberi hak kebebasan berpolitik dan berpersatuan sepertimana yang dinikmati oleh masyarakat umum.Oleh itu, ternyata di sini hak mahasiswa untuk berpersatuan atau berpolitik telah disekat oleh provisi yang terdapat di dalam akta ini.

Seterusnya, seksyen 15 (3) dan (4) AUKU 1971 pula tidak sejajar dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Provisi ini antara lain menyekat mahasiswa daripada menyatakan sokongan atau memberi simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik atau keatuan sekerja atau pertubuhan yang tidak diluluskan oleh pihak universiti. Sedangkan dalam Perkara 15(1)(a) Perlembagaan Persekutuan jelas membenarkan setiap warganegara berhak menyuarakan pendapat.

Manakala peruntukan dalam Syeksen 15D AUKU1971 pula menjadi ancaman utama kepada pelajar,terutamanya kepada pelajar universiti yang mengalami pertuduhan sebarang kesalahan jenayah untuk digantung pengajian dengan serta-merta sehingga kesnya selesai.Peruntukan ini ternyata jelas berlawanan dengan prinsip ”a man is innocent until proven guilty”kerana pelajar terbabit telahpun dihukum sedangkan kesalahannya belum dibutikan lagi.Syeksen 15D(2) pula memeruntukkan,jika mahkamah telah membuktikan pertuduhan yang dikenakan,pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah,akan diterima kembali menyambung pengajian.Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamh akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.Tempoh pengajian pelajar tenyata terjejas disebabkan perkara ini.Atas alasan inilah mahasiswa merasakan bahawa syeksen ini perlu dimansuhkan serta-merta.

Merujuk kepada Pelembagaan Persekutuan,Perkara 4 menyatakan bahawa perlembagaan ini adalah undang-undang tertinggi dalam Persekutuan dan menjadi undang-undang yang digunapakai dalam negara.Oleh itu,mana-mana perlembagaan yang bertentangan dengannya adalah tidak sah.Di sinilah terbukti relevan untuk memansuhkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Dan AUKU ternyata bertentangan dengan Perlembagan Persekutuan kerana jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Terdapat banyak percanggahan antara AUKU dan Perlembagaan Persekutuan menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa AUKU tidak relevan kepada Perlembagaan Persekutuan, sekaligus menggambarkan terdapat kelompongan dalam sistem undang-undang di Malaysia. Seharusnya sebagai sebuah negara yang sudah lebih 50 Tahun merdeka, kebebasan kita tidak sepatutnya disekat. Seolah-olah kita masih lagi terjajah dalam negara sendiri dan tidak bebas bertindak sebagai seorang rakyat yang merdeka.

. . . . . . . . . . 
p/s: Mengikut Undang-undang AUKU, Akta 155 dan Akta 174 UiTM adalah PARI MATERIA dimana berlainan akta tetapi sama dari segi intipati dan kandungan, jika AUKU dipinda mahupun dimansuhkan, AKTA 174 juga akan turut sama - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Thursday 26 January 2012

Salah guna Baucar buku 1 Malaysia.


Gabungan Mahasiswa UiTM Se-Malaysia (GAMUS) menggesa mahasiswa-mahasiswa yang belajar di pusat pengajian tinggi awam khususnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar tidak menyalagunakan sumbangan baucar Buku 1Malaysia (BB1M) yang diberikan kerajaan.

Baucar bernilai RM200 itu diberikan bagi meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian mereka dan bukannya untuk dijual, Baucar buku itu juga diberikan untuk digunakan bagi membeli barangan ilmiah seperti buku-buku dan alatan yang berkaitan dengan pembelajaran, bukan untuk disalahgunakan dengan membeli barangan komputer yang tiada kaitan dengan pembelajaran.


"baucar buku digunakan untuk buku turut ditawarkan untuk barangan komputer"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM200 kepada semua penuntut warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, matrikulasi dan pelajar Tingkatan Enam dan ia tidak boleh ditukar dengan wang tunai.

Bagaimanapun, terdapat laporan mengenai tindakan segelintir pelajar menjual atau melelong baucar itu menerusi internet pada harga lebih murah untuk mendapatkan wang tunai.

GAMUS mencadangkan agar kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu agar ia tidak terus menular.

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia Datuk Irmohizam Ibrahim pula berkata pelajar tidak sepatutnya melakukan perkara berlainan daripada tujuan sebenar baucar itu diberikan kepada mereka. Beliau berkata sikap pelajar yang menyalahgunakan pemberian baucar itu jelas menyalahi pengiktirafan yang diberikan kerajaan dan rakyat yang mahukan mereka membeli bahan bacaan yang berfaedah untuk kepentingan pengajian mereka.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Baucar itu adalah amanah kerajaan dan rakyat yang seharusnya digunakan untuk menambah ilmu pengetahuan dengan membeli sumber bahan bacaan, sebarang penyalahgunaan baucar itu wajar dihentikan segera.

Surat Terbuka Seorang Remaja kepada PM Malaysia


Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.
Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!
Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI
Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Muhammad Muizzuddin Bin Zaini