Selamat Datang ke Laman Rasmi Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia atau lebih dikenali sebagai GAMUS.
Penubuhan blog ini adalah untuk menyebarkan idealisme mahasiswa-mahasiswa UiTM dari seluruh pelusuk kampus di serata Malaysia, dari Kampus Perlis hingga ke Kampus Tawau, Sabah.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang kritis dalam menghasilkan artikel mengenai mahasiswa, universiti dan hal2 akademik hantarkan artikel anda kepada kami melalui emel: gamusofficial@gmail.com

Segala artikel di dalam blog ini adalah hak milik setiap individu dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan yang diutarakan.

Facebook GAMUS | Twitter GAMUS
MASUK

Dari Meja Admin

Akta 174 UiTM.
Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010. 10.
(1) Seseorang pelajar suatu Institusi boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan
orang, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana mana undang-undang bertulis, sama ada atau tidak ia
di dalam atau di luar Institusi, dan sama ada ia di dalam atau di luar Malaysia, selain—

(a) mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang sama ada di dalam
atau di luar Malaysia; atau

(c) mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding
dengan Ketua Eksekutif, secara bertulis kepada Ketua Eksekutif sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan
kesentosaan pelajar atau Institusi itu.