Selamat Datang ke Laman Rasmi Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia atau lebih dikenali sebagai GAMUS.
Penubuhan blog ini adalah untuk menyebarkan idealisme mahasiswa-mahasiswa UiTM dari seluruh pelusuk kampus di serata Malaysia, dari Kampus Perlis hingga ke Kampus Tawau, Sabah.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang kritis dalam menghasilkan artikel mengenai mahasiswa, universiti dan hal2 akademik hantarkan artikel anda kepada kami melalui emel: gamusofficial@gmail.com

Segala artikel di dalam blog ini adalah hak milik setiap individu dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan yang diutarakan.

Facebook GAMUS | Twitter GAMUS
MASUK

Wednesday 27 November 2013

BOIKOT BUKAN KERANA BENCI TAPI ATAS DASAR SAYANG PADA UiTM,DEMI UiTM.


Atas Nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.
Tulisan ini saya tulis atas rasa cinta pada UiTM, rasa sayang pada UiTM. Buruk- baik UiTM, ia sudah menjadi sebahagian dari saya, “alma-mater” saya. Dan kerana rasa sayang juga lah kita semua perlu boikot Pilihan Raya Kampus (PRK) UiTM. Kenapa?

SEJARAH

Teman teman semua, UiTM (dulunya ITM)  suatu ketika dulu cukup digeruni dalam pembawaan isu mahasiswa. Pemimpin pemimpin pelajar dari ITM seperti Ibrahim Ali dan Malek Hussin cukup lantang bersuara, kritis dan cakna.  Namun selepas akta 174 diguna pakai, mahasiswa ITM semakin lesu dan hingga sekarang, mahasiswa UiTM  sering dilabel sebagai mahasiswa yang “ignorant” terhadap isu semasa, sering dipandang enteng oleh masyarakat kerana dianggap pentingkan diri sendiri.

Malah kelesuan ini seolah olah diterajui oleh MPP sendiri.  MPP yang diberi amanat oleh kita semua,  untuk menjadi wakil kita, pelajar biasa, ke depan seolah lesu dalam membawa isu mahasiswa. Sehinggakan ada yang menggelar mereka Majlis Perwakilan Pentadbiran bukan Majlis Perwakilan Pelajar seperti yang sepatutnya. MPP sepatutnya menjadi entiti yang membawa masuk pembaharuan, progresif dan terbuka dalam mendengar suara kita semua tapi yang sebaliknya pula berlaku,mereka lah yang tertutup dalam menerima pembaharuan, mereka lah yang pertama melenting bila di kritik. Apa? Oh lupa, mengkritik bukan budaya kita dan pemimpin kita pantang di kritik!

Kenapa perlu boikot?

Umum mengetahui, MPP dilantik melalui proses Pilihanraya Kampus sepertimana universiti lain. Pernahkah teman-teman semua terfikir kenapa ia digelar pilihanraya bukan pemilihan? Bukan undian kampus? Kerana pada hemat saya, ianya mahu digambarkan seperti Pilihanraya Umum. Suatu proses pemilihanyang penting dalam menentukan hala tuju negara, proses  yang meriah, yang mendapat sambutan hangat tak kira haluan politik. Namun ianya hanya indah khabar dari rupa.

Kita semua tahu macam mana PRK berlangsung di UiTM dan betapa hambarnya PRK di UiTM dan malangnya  ia hanya berlaku di UiTM. Malah kalau ditanya pada mahasiswa, mungkin ada yang tidak tahu apa itu PRK. PRK sepatutnya menjadi satu acara yang dinanti-nantikan oleh kita semua, kerana masa ini lah kita sebagai pelajar  boleh menggunakan kuasa kita untuk memilih. Ini lah masanya untuk kita sebagai mahasiswa untuk meraikan hak kita. Namun hak ini seakan ditarik atau dinafikan melalui beberapa kepincangan yang sengaja dicipta untuk mengekalkan hagemoni sesetengah pihak. Ini boleh dilihat apabila 13 fakulti menang tanpa bertanding untuk PRK kali ini, lebih separuh daripada jumlah fakulti yang dipertandingkan.

Kepincangan.

Teman-teman semua, PRK kali ini hadir dengan penuh kejutan. Daripada tarikh-tarikh penting PRK hinggalah kepada jumlah fakulti yang menang tanpa bertanding. Tiada siapa yang boleh menduga bila PRK akan diadakan hingga lah beberapa hari terakhir sebelum  borang diedarkan. Malah syarat-syarat am untuk bertanding juga tidak dihebahkan kepada umum. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu akan syarat syarat untuk bertanding. Itu belum diambil kira “keperluan khas” untuk menjadi calon yang “direstui” oleh HEP. Berapa ramai dikalangan kita, pelajar biasa yang tahu akan kem-kem yang diadakan untuk menapis bakal-bakal calon? Kalau tahu pun tidak, masakan kita boleh menyertai kem tersebut?

Teman-teman semua, HEP tidak sepatutnya menapis bakal-bakal calon melalui kem-kem seperti ini kerana ia seolah menafikan hak semua mahasiswa yang lepas syarat am untuk menjadi calon, walaupun berbeza aliran dengan HEP. Biar kita semua yang tentukan siapa yang akan dilantik. Bukan HEP! Demokrasi yang dimomokan ada di UiTM adalah “Selected Candidates Democracy” bukannya “Elected Representatives Democracy”. Itu belum diambil kira calon-calon yang “dinasihatkan” agar tidak bertanding oleh sesetengah pihak dan yang ‘tidak sempat’ untuk dapatkan tandatangan dekan sebelum tarikh akhir penyerahan borang. Malah ada juga beberapa suara yang mendakwa e-voting yang diguna pakai di ‘manipulate’ oleh sesetengah pihak dan belum diambil kira latar belakang jawatankuasa SPRK UiTM.

Pembaharuan.

Teman-teman semua, demi menyemarakkan lagi PRK di UiTM,segala kepincangan di atas perlu di atasi dan kita semua perlu mencadangkan agar Kerusi Umum dipertandingkan. Kerusi umum adalah satu kerusi yang melibatkan semua mahasiswa, kita semua, tanpa mengira fakulti akan diberi pilihan untuk mengundi orang yang sama. YDP MPP (sepatutnya JPP) dan beberapa Majlis Tertinggi JPP perlu dikhaskan untuk calon yang memenangi kerusi umum ini. Kenapa mereka ini perlu datang dari pemenang kerusi umum? Kerana ianya akan meningkatkan lagi rasa tanggungjawab mereka terhadap kita semua tanpa mengira fakulti, kerana mereka dipilih oleh kita semua, bukan mahasiswa fakulti mereka sahaja. Contohnya, YDP sebelum ini datang dari Fakulti Kejuruteraan, berapa ramai antara kita dari fakulti lain yang  pernah bertentang mata dengan YDP selain di majlis-majlis rasmi yang mewajibkan kehadiran YDP?

Keduanya, perlu ada satu slot khas untuk calon calon, membahaskan manifesto mereka, debat ala “US Presidential Debate” akan memberi ruang kepada kita semua untuk menilai kematangan calon calon, bukan sekadar membaca manifesto dari kertas tanpa tahu apa yang mereka ungkapkan. Kita perlu melangkah ke depan dan Rapat Umum yang selama 30 minit untuk empat calon tidak cukup untuk itu. Ini akan menggalakkan para calon untuk tampil dengan manifesto yang lebih matang, bukannya manifesto “budak sekolah” .



“Renaissance Age”.

Beberapa tahun kebelakangan ini, mahasiswa UiTM semakin lantang dan semakin berani dalam menyatakan pendapat mereka. Tidak kisah lah berpaksikan aliran apa, yang penting berani untuk bersuara. Kita semua perlu meraikan kepelbagaian pendapat kerana dari pendapat, lahirlah sepakat.Dan saya sifatkan perihal ini sebagai zaman kebangkitan mahasiswa UiTM yang telah lama ditidurkan dia ianya sesuatu yang amat positif dan dinantikan oleh kita semua.

Disebalik kelesuan MPP kita, kehambaran PRK UiTM, kepincangan pemilihan, saya percaya, kita semua masih ada harapan. Kita semua tidak seperti yang diperkatakan oleh orang luar, PRK UiTM berpotensi untuk jadi lebih baik. Setiap manusia dilahirkan hebat, dan kita, mahasiswa UiTM juga tidak terkecuali kerana menjadi mahasiswa UiTM, bukanlah satu dosa, tapi satu rahmat.

Akhir kata dari saya, kita semua sayangkan UiTM, “alma-mater” kita, dan kita semua ada cara masing masing dalam menunjukkan rasa sayang kita. Ingatlah teman, apa yang kita buat ini bukan untuk keburukan, tapi untuk kebaikan bersama. Boikot bukan kerana benci, tapi boikot lah kerana rasa sayang pada UiTM.


Karl

*Karl merupakan ahli Mara Rennaisance Front dan juga pengasas GAMUS.

Friday 22 November 2013

Pilihanraya Kampus UiTM 2013 #DemiUiTM


Musim Pilihanraya Kampus (PRK) kini kembali, kehangatan PRK di IPTA lain seperti UKM, UM dan UIA begitu dirasai apabila mendapat tempat di akhbar-akhbar tempatan, tetapi berbeza dengan apa yang berlaku pada PRK UiTM, ini kerana mahasiswa UiTM sendiri tidak mengetahui dan mendapat info tentang bila PRK akan dilaksanakan.

PRK UiTM dilihat seperti sekadar simbol bahawa Universiti ini masih demokratik dan menjunjung prinsip demokrasi, walhal yang berlaku di sebalik tabir, satu tangan ghaib ( dibaca : Hal Ehwal Pelajar - HEP ) mengawal dan mencorakkan PRK ini,  setiap calon MPP sebenarnya telah dipilih awal-awal lagi dan setiap calon yang ingin bertanding perlu melepasi beberapa saringan kem rahsia ( menurut sumber : terdapat 8 Kem sepanjang semester ) , setiap mereka yang mengikuti kem ini tidak dibenarkan membawa sebarang alat komunikasi seperti telefon bimbit, mereka akan ‘dibrainwash’ sepanjang kem dan didalam perjalanan menuju ke Kem-Kem rahsia ini, setiap peserta diwajibkan menutup mata mereka menggunakan kain hitam, di antara lokasi kem ini diadakan adalah di Pantai Remis, Perak.

Pilihanraya Kampus (PRK) UiTM juga sebenarnya bersifat ekslusif dan dalaman apabila hari pengambilan borang Calon MPP, tidak diwar-warkan kepada umum, malahan kelibat Dekan Fakulti juga amat sukar untuk dijumpai oleh calon-calon bebas yang bukan dari calon pilihan HEP.  Tanpa pengesahan Dekan, maka kelayakan untuk bertanding telah gugur, hal ini dapat menjawab tomahan bahawa mahasiswa UiTM tidak peka dengan politik kampus apabila banyak Fakulti calonnya menang tanpa bertanding, tetapi hal sebenarnya, calon-calon yang bukan pilihan telah digugurkan dan yang dibenarkan bertanding hanyalah calon-calon mereka sahaja.

Seusai penamaan calon,  Calon-calon MPP yang mendapat kelayakan untuk bertanding ini akan dikuarantinkan dari pelajar-pelajar lain, jika di Kampus Induk, mereka akan dikuarantinkan di INTEKMA Resort, Shah Alam.  Sepanjang tempoh kuarantin, mereka sekali lagi akan ‘dibrainwash’ oleh beberapa pihak dan sewaktu kuarantin ini dilaksanakan, kelibat ahli politik UMNO juga dapat dilihat memasuki kawasan INTEKMA.  

Hari kempen calon juga amat minima, mahasiswa tidak mempunyai cukup masa untuk mengenali calon  dan apa manifesto yang dibawa mereka ( manifesto kebanyakkan calon MPP ini adalah agak sama dan terlalu umum ) , calon- calon seharusnya perlu untuk berdebat diantara mereka bagi mahasiswa atau para pengundi dapat melihat ciri kepimpinan yang ada pada seseorang calon tersebut selain mahasiswa dapat berfikir secara kritis terhadap sesuatu isu yang dibawa. 
  
Apabila tiba hari mengundi, semangat untuk mengundi dikalangan mahasiswa sendiri amat kurang dan merasakan ianya tidak penting, kerana seawal lagi PRK ini telah dinisbatkan kepada sesuatu yang tidak perlu bagi mahasiswa apabila tarikh-tarikh dan info penting untuk PRK tidak dihebahkan, sekadar menjadi hal bualan orang dalaman sahaja.  Apa perlunya untuk mengundi jika calon-calon ini telah dipilih?  Satu faktor yang menyebabkan PRK UiTM dilihat lesu adalah apabila kerusi yang dipertandingkan hanya lah kerusi Fakulti, PRK UiTM tidak mempertandingkan Kerusi Umum untuk calon-calon yang bakal merebut Ahli Majlis Tertinggi dalam Majlis Perwakilan Pelajar, MT MPP ini juga hanyalah dipilih melalui sesi undian angkat tangan sesama calon yang menang, tidak ubah seperti kanak-kanak Sekolah Rendah memilih ketua kelas bagi menjadi wakil mereka.

Selesai sahaja penamaan calon, terpampang di media cetak mahupun elektronik bahawa Pro-Aspirasi menang besar di UiTM, tetapi realitinya di dalam syarat untuk bertanding, calon JPP ini tidak boleh mengadakan satu pakatan, jadi bagaimana mereka boleh dilabelkan kepada Pro-Aspirasi? Jika benar hal ini dibolehkan, maka wajar sekali Pro-Mahasiswa atau Pro-Demokrasi diberikan hak mereka untuk bertanding.

Kesimpulannya, PRK UiTM ini hanyalah sekadar simbolik bahawa universiti masih demokratik, calon-calon MPP ini hanyalah boneka kepada tangan ghaib ini,  apabila mereka menjadi MPP, kebanyakkan manifesto tidak ditunaikan, aduan Mahasiswa mengenai sesuatu perkara juga dipandang enteng, dengan menggunakan skema jawapan yang sama supaya “bersyukur” , jadi apa relevennya mereka membuka kotak aduan? MPP juga dikatakan sebagai Majlis Perwakilan Pentadbiran, ini kerana jika terdapat kritikan dan cadangan tentang penambahbaikan sesuatu perkara, skema jawapan sama akan diberikan seperti “kami telah ajukan kepada pihak atasan”, “kami tidak boleh buat apa-apa kerana itu keputusan pihak atasan”.  Jadi apa objektif kami mengundi anda sebagai MPP jika anda hanya mengikut tanpa prinsip, anda mewakili siapa? Menjadi jurucakap pihak pentadbiran atau Wakil kepada Mahasiswa? Jika anda merasakan MPP ini adalah wakil mahasiswa maka buktikan dan jangan lah hanya menjadi “bagai Langau dibelakang Gajah ”. 

Sunday 20 October 2013

Refleksi Penantian PRK 2013

Semangat berkobar-kobar apabila mendengar cerita rakan-rakan dari universiti-universiti awam yang lain berkenaan Pilihanraya Kampus. Namun, semangat itu hilang apabila bercakap tentang PRK sendiri. Bagi yang sudah lama di UiTM, pasti sudah lali dan meluat dengan politik PRK UiTM. Saban tahun, perkara yang sama berulang tanpa variasi. Semenjak kuasa student union ditarik pada zaman 70-an, PRK di mana-mana universiti awam adalah satu bahan lawak.

Setiap tahun, Bahagian HEP akan menerima senarai nama pelajar yang mencalonkan diri untuk menjadi wakil dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Daripada senarai nama ini, bukan semua yang akan bertanding. Bertopengkan nama demokrasi, pelajar-pelajar yang didapati (setelah disiasat) tidak mengangkat aspirasi UiTM akan dihalang sama sekali untuk bertanding menjadi MPP. Tiada istilah "demokrasi" dalam PRK UiTM, semua calon telah dilantik terlebih awal supaya hanya pro-aspirasi sahaja yang menang.

PRK sepatutnya menjadi medan pelajar untuk melantik perwakilan yang dimahukan oleh pelajar, bukan perwakilan yang dimahukan oleh pentadbiran. Mari kita lihat semula proses pengundian yang berlaku di sini, adakah yang "dipilih" itu benar-benar pilihan kita? Benarkah proses "pemilihan" benar-benar berlaku? Bagaimana mungkin satu proses "pemilihan" yang telah di-set-up dinamakan sebagai demokrasi?

Ini bukan soal siapa yang menjadi MPP, ini merupakan soal sistem PRK itu sendiri. Jika sejak awal lagi kita dihelah supaya mempercayai bahawa PRK adalah satu demokrasi, maka kita telah tertipu dengan kata-kata manis dan propaganda-propaganda menyelewang yang bertujuan untuk para pelajar kekal tidur dan mendengar kata. Inilah yang dinamakan sebagai politik kampus. Betapa ramai calon MPP yang kononnya "menarik diri" sedangkan mereka tidak dibenarkan bertanding kerana mereka pro-mahasiswa. Pentadbiran sangat takut dengan mahasiswa progesif yang tidak mengampu dan membodek. Pentadbiran sangat takut dengan ide-ide untuk berdialog dan berwacana kritikal yang boleh menggugat kedudukan selesa para pegawai pentadbiran. Pentadbiran ugut kita dengan panggilan-panggilan "tak bersyukur" dan "pengkhianat" sekiranya kita menyuarakan sebarang ketidakadilan. Apakah peranan mahasiswa itu mengampu dan membodek atau menelopori wacana kritis bertaraf antarabangsa?

Sementara kita semua menanti pengumuman tarikh PRK, ramai yang hampir menyelesaikan pengajian sudah tidak peduli lagi. Kalaupun kita mengundi, kita tahu proses itu tidak absah kerana ianya bukankah demokrasi. Fakulti-fakulti bersungguh-sungguh menarik pelajar turun mengundi kerana fakulti diberi ganjaran sekiranya peratusan yang mengundi lebih daripada 85%. Sedangkan air dan roti "free" pula diambil dari peruntukan TAPA. Semakin senior, semakin sedar bahawa mengambil keputusan untuk terlibat dalam PRK dengan tidak melibatkan diri adalah lebih baik berbanding membantu politik kampus yang tidak sihat.

Friday 21 June 2013

Mahasiswa Peduli

Assalamualaikum wbt. 

Pertama sekali saya ingin memohon ampun beribu ampun pada pembaca yang mengharapkan penulisan kritis dan kreatif dari saya yang naïf dalam bidang penulisan ini. Maaf saya pinta kerana terus terang saya jelaskan penulisan ini bukanlah sebuah penulisan yang tinggi nilai sasteranya, namun saya berharap para pembaca terutamanya golongan Mahasiswa mampu memahami mesej dan nilai yang ingin saya sampaikan. 

Memegang gelaran Mahasiswa bukan perkara yang mudah. Mahasiswa bukan hanya tertumpu pada tugas belajar dan memahami pembelajaran. Namun Mahasiswa merupakan golongan yang amat penting dalam masyarakat. Mahasiswa sering diangkat sebagai “golongan harapan Negara”. Menjadi ayam tambatan sebuah Negara yang meningkat maju kini merupakan satu tanggungjawab yang besar. Justeru itu, memiliki keperibadian yang unggul merupakan kewajiban sebagai seorang Mahasiswa. Keperibadian yang ingin saya ketengahkan adalah sifat Mahasiswa yang peka terhadap masalah yang berlaku disekeliling mereka. Kepekaan terhadap peristiwa yang berlaku mampu meningkatkan kesedaran dan mematangkan Mahasiswa.

Peduli. Ambil tahu. Masuk campur. Tidak banyak beza antara istilah ini, saya cukup yakin para pembaca cukup memahami apakah maksud disebalik istilah yang saya nyatakan tadi. Namun, masalah kini, berapa ramai antara kita (saya khususkan kepada golongan mahsiswa) yang betul-betul peduli akan masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekeliling kita? Tanpa kita sedar, disekeliling kita terdapat pelbagai peristiwa yang memerlukan penglibatan Mahasiswa. Berdasarkan pemerhatian saya, Mahasiswa kini tidak mempunyai sifat “awareness”. Mereka lebih gemar menghabiskan masa menghadap game computer, melayari laman web social, dan bersosial di hujung minggu. Dimana hilangnya sifat Mahasiswa prihatin seperti yang terpupuk di jiwa Mahasiswa dizaman 60an dan 70an?

Suka untuk saya singkap beberapa sejarah Mahasiswa di zaman dahulu yang mana rata-ratanya, amat bersatu padu, prihatin terhadap isu-isu semasa, baik dari sudut politik, agama, dan ekonomi. Berdasarkan e-book Kalau Saya Mahasiswa tulisan Saifuddin Abdullah, pada tahun 1958, telah ditubuhkan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia (PKPM) yang menggabungkan pelajar-pelajar pelbagai kaum. Ia bertujuan untuk menjaga kepentingan-kepentingan pelajar dan memperbaiki kebajikan mereka dengan tanpa mengira jantina, bangsa, agama serta kedudukan sosial dan ekonomi. Bahkan, pada tahun 1965, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) sering mengadakan program-program bersama masyarakat, seperti ceramah, forum dan perbincangan. Mahasiswa Melayu ketika itu mula melibatkan diri dengan masalah penderitaan penoreh getah, petani dan nelayan. Kesedaran ini menjadi pembakar semangat Mahasiswa Melayu untuk memimpin bangsa Melayu yang mundur dan miskin itu ke arah kemakmuran, keadilan dan kebahagiaan. Selain itu, Pada tahun 1970, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya telah menganjurkan “Projek Perkhidmatan Masyarakat”. Dengan perbelanjaan sebanyak $8,000, 40 orang mahasiswa telah pergi ke-4 buah kampung iaitu: Pulau Kundur, Kota Bharu; Manek Urai, Kuala Krai; Gaong, Kuala Brang; dan Chalok di Terengganu. Objektif projek ini ialah untuk memahami masalah yang dihadapi penduduk desa dan membantu mereka menyelesaikan masalah itu. Bukti ini jelas menunjukkan satu ketika dahulu, Mahasiswa merupakan unit yang penting dalam penyelesaian masalah isu semasa. Namun kini, Mahasiswa lebih bersifat pasif, mengharapkan bantuan dan hanya pandai menerima arahan tanpa mahu membantu dalam mencari jalan penyelesaian.

Menurut Zul FIkri Zamir di dalam bukunya Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang, ilmu yang terbaik adalah ilmu yang kembali kepada masyarakat. Seharusnya, Mahasiswa melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasakan masyarakat dengan melengkapkan diri dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal dan golongan mereka yang tertindas. Menurut beliau, Mahasiswa kini dilanda sydrom “ignorance state” keadaan dimana mahasiswa tidak mampu turun ke masyarakat untuk menyelesaikan masalah masyarakat, berpartisipasi secara aktif serta bersikap tegas. Ringkasnya, “ignorance state” merujuk kepada keadaan mahasiswa yang tidak prihatin dan hanya mementingkan diri sendiri.

Balik pada diri kita sebagai Mahasiswa, berapa ramai antara kita yang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan di sekeliling kita? Contoh mudah, pelajar Non-resident yang menetap di taman-taman perumahan, berapa ramai antara kita yang sering mengikuti aktiviti penduduk setempat? Berapa ramai yang peduli dengan masalah tetangga? Saya yakin, rata-rata antara kita menganggap perkara sebegini merupakan suatu yang remeh temeh, bukan tanggungjawab kita sebagai pelajar untuk masuk campur. Namun, sedar atau tidak kita sebagai Mahasiswa juga sebahagian dari masyarakat. Sedikit pertolongan dan kefahaman yang kita hulur kepada penduduk setempat secara tidak langsung memberi beribu manfaat. Imej kita sebagai Mahsiswa dianggap bersih, mewujudkan suasana yang harmoni dikalangan masyarakat bahkan kita menghidupkan semangat saling membantu.

Ramai antara kita yang tidak sedar terdapat pelbagai usaha yang mampu kita lakukan dalam membantu masyarakat setempat. Tidak perlu berdemonstrasi jalanan, tidak perlu mengangkat senjata bahkan tidak perlu menggadai nyawa. Percaya atau tidak, kerjasama antara kita Mahasiswa mampu meringankan beban masyarakat yang memerlukan tenaga muda kita. Justeru itu, saya ingin memberi beberapa cadangan;

1. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) meningkatkan aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contoh, mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah pendalaman, dan membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran. Saya percaya, sehingga kini masih ramai lagi kanak-kanak yang tidak mampu menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengeja. Alangkah bagusnya andai kita sebagai Mahasiswa berganding bahu bersama guru-guru mendidik anak bangsa berbanding sibuk menganjurkan kursus kahwin.

2. Kelab dan Persatuan Pelajar yang menganjurkan majlis serta membuka tapak berniaga kepada penduduk setempat seeloknya mendahulukan peniaga-peniaga kecil yang memerlukan. Berdasarkan pemerhatian saya, kebiasaannya peniaga yang sama sering mendapat tapak berniaga di majlis-majlis yang dianjurkan. Mengikut kefahaman saya, majlis yang dianjurkan oleh pelajar didalam kampus (saya mengambil contoh uitm) tidak dikenakan bayaran oleh pihak Universiti. Namun penganjur dibenarkan untuk membuka tapak kepada peniaga luar (penduduk tempatan khususnya) dan mengenakan mereka bayaran sewaan tapak dan hasil kutipan sewa merupakan hak penganjur. Alangkah bagusnya, andai penganjur majlis (kelab dan persatuan pelajar) menyediakan beberapa buah tapak tanpa mengenakan bayaran kepada golongan yang memerlukan mata pencarian tambahan, contohnya ibu tunggal. Sudah pasti kita dapat membantu meringkan beban golongan sebegini tanpa mereka perlu menunggu bantuan dari kerajaan.

3. Mahasiswa sendiri hendaklah memupuk kesedaran terhadap diri masing-masing. Buat lah apa usaha sekali pun andai tiada kesedaran dalam diri kita, usaha yang dilakukan pasti sia-sia. Sebagai Mahasiswa kita harus sedar, tanggungjawab kita bukan hanya pada diri dan keluarga, namun pada bangsa dan Negara. Tiada guna kita mendapat 4.00 CGPA dalam peperikasaan andai kita tidak mampu mencari jalan penyelesaian dan terlibat sama dalam proses menyelesaikan masalah yang ada. Untuk menyumbang harta saya yakin ramai antara kita masih tidak mampu, apa lah salahnya andai kita menyumbang tenaga dan sedikit masa demi mereka yang memerlukan kita.

Saya percaya, terdapat pelbagai lagi usaha yang mampu kita lakukan tanpa memerlukan pengorbanan yang besar. Sebagai Mahasiswa seharusnya kita belajar berdikari, tidak perlu menunggu aktiviti anjuran kolej atau universiti untuk melibatkan diri dengan masyarakat. Seharusnya, zaman pengajian kita dipenuhi dengan aktiviti yang memberi faedah kepada insan lain bukan dipenuhi dengan hiburan dan aktiviti sosial yang tidak memberi sebarang manfaat. Sekiranya 227,000 Mahasiswa yang ada kini prihatin terhadap isu semasa, membantu masyarakat setempat sudah pasti kita mampu meringankan beban Kerajaan, seterusnya mampu mengekalkan kestabilan ekonomi bahkan mampu mengekalkan keamanan yang kita ada kini.

Petikan bait Buya Hamka:

Kalau hidup sekadar hidup,
Babi di hutan juga hidup.
Kalau bekerja sekadar kerja,
Kera di hutan juga berkerja.

Sambungan Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang, Zul Fikri Zamir;

Kalau Mahasiswa setakat belajar,
Lembu di padang juga belajar.
(selain belajar membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)

Akhirkalam, apa guna Negara penuh bijak pandai andai masyarakat masih mundur ketinggalan.

Sekian.

Fatynbahrin
Fakulti Perakaunan.
UiTM Melaka.

Friday 14 June 2013

Kisah Cendol dan UiTM: Sebuah Kronologi

It all started with this,




and some students from UiTM commented these on her defense.



Though some people were not so happy...





Here came the footsoldiers, but thundered on what ground? Didn't they check before they tweeted these?  Account @Jelajah_UiTM - Official? Like this?






And later turned into this, which was not cool at all.
"Why did budak-budak Fakulti Law" become involved? Budak Law "tunjuk pandai"?




The question now is, was it true? Was it true that the curator wanted to suggest the opening of UiTM, her own alma mater, to non-Bumis? Let's see.


Here's what the curator said:

The curator was talking about 'bantuan kepada orang Melayu'. Then ? 




So what? Did all these mean that the curator was suggesting UiTM to be opened to non Bumis? 



So that was the whole narrative. But why did some people say that the curator was throwing the idea of opening UiTM for Non Bumis? Wait, there's more. The climax was when our beloved Ayahanda tweeted THIS.






But the action was denied and those tweets are gone now. (some claim it wasn't him who tweeted the above tweets but it was his assistant. But we believe he was hijacked :) )

So, not to worry. All is well, even the tweets are gone now. Our VC has assured us that he has always been careful. End of story, FIN.

Tuesday 7 May 2013

Catatan Hari Rusuhan


Setelah sekian lama menunggu akhirnya pada 5 Mei tiba hari penentuan iaitu kemuncak perayaan demokrasi yang berlangsung lima tahun sekali. Setiap rakyat sama ada yang cakna politik atau tidak pasti turut sama mengisi warna dan ritma perayaan ini. Benarlah kata Aristotle, ‘man is by nature a political animal’.
Malam tadi saya bersama beberapa teman ; Faris, Farid, Shah dan Syazmeer, kami singgah ke beberapa kawasan bagi melihat dengan mata kepala sendiri perilaku masyarakat Malaysia untuk PRU13 ini. Kami singgah ke kawasan Shah Alam, Sri Muda, Selat Klang, Bandar Klang, Pendamar, Teluk Gong serta beberapa kawasan lagi yang diwartakan ‘panas’. Bukan senang hendak melihat ragam yang berlangsung lima tahun sekali.

Di serata tempat begitu meriah dengan kebanjiran rakyat menunjukkan sokongan kepada parti politik masing-masing. Kenderaan kecil dan besar berpusu-pusu berada di atas jalan raya bertemankan panji politik dan juga hon bagi menyambut hari esok. Paling menarik ialah apabila berada di Teluk Gong, puas kami berbual dengan masyarakat di tempat bersejarah perjuangan mahasiswa itu. Sampai satu tahap seorang daripada mereka menyebut tentang cerita rusuhan 13 Mei yang popular itu. Beberapa hari lepas, saya agak terkejut apabila rakan sekelas terutamanya perempuan sibuk bercakap tentang rusuhan. Kata mereka ibu bapa masing-masing asyik mengingatkan supaya usah keluar rumah selepas keputusan PRU nanti. Bimbang perkara buruk atau rusuhan berlaku. Saya terkejut! Tulisan sebelum ini saya ada mengingatkan tentang isu-isu sentimen yang tidak sepatutnya dimainkan oleh pemimpin politik dan juga rakyat.

Hakikatnya, tanpa sedar masih ramai rakyat kita dibayangi peristiwa hitam yang lepas itu. Bukan saya kata kita harus melupai sejarah, benar sejarah perlu sentiasa diingati supaya kita tidak mengulang semula. Tetapi, zaman dan keadaan kadang-kala merobah dan dengan sejarah kita dapat membaiki perkara buruk yang pernah terjadi.
13 Mei terjadi disebabkan resah orang Melayu tentang ‘kuasa politik’ mereka. Sikap bangsa Malaysia ketika itu jauh berbeda dengan keadaan sekarang. Paling tidak masing-masing masih menyimpan syak wasangka antara satu sama lain. Tambahan pula ketika itu masih belum wujud ‘Pak Haji Google’ dan adik beradik maka maklumat mereka hanya berpaksi pada yang wahid. Jadi, mudah bagi sesetengah orang terpengaruh dengan dakyah orang berkepentingan. PRU kali ini menyaksikan bahawa sikap dan pembawakan politik di Malaysia semakin baik. Walaupun masih belum berada di tahap yang benar-benar matang, perubahan itu nampak jelas apabila masing-masing sudah mula menerima antara satu sama lain.

Isu perkauman bukanlah satu isu yang utama dalam PRU kali ini. Rakyat mahukan idea, nilai dan dasar yang  jelas supaya dapat memacu kearah kestabilan, kesaksamaan dan keadilan. Bagi mengelak sejarah berulang, rakyat haruslah membuang sikap taksub pada sentimen. Kali ini masing-masing sama ada dari pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat harus menghormati keputusan yang bakal diumumkan kelak. Tidak salah jika rakyat ingin meraikan kemenangan parti politik masing-masing. Tetapi ia haruslah disulam dengan kematangan dan sikap menghormati antara satu sama lain. Kata orang lain tempat lain ragam. Justeru, rakyat haruslah bertindak dengan bijak serta mengikut keadaan bagi mengelak kejadian ‘hati terbakar’ antara dua pihak.
Catatan menjelang terbit fajar ini dilakar sebagai harapan kepada PRU13 yang paling kritikal ini. Semoga hari esok membawa sinar kepada seluruh rakyat Malaysia  


KHAIRUL NAIM RAFIDI,
PENULIS MERUPAKAN MAHASISWA UNDANG -UNDANG UiTM SHAH ALAM DAN PEMIMPIN MAHASISWA MELAYU PROGRESIF (M.M.P)

Analisis Pilihan Raya Umum - 13

Pilihanraya Umum ke - 13 (PRU13) telah melabuhkan tirainya, walaupun berlangsung dengan lancar terdapat pelbagai insiden yang direkodkan oleh pengundi antaranya kes pengundi hantu, peti undi dibawa keluar, bekalan elektrik terputus dan banyak lagi yang perlu dibuktikan kesahihannya. PRU 13 ini telah menobatkan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan untuk 5 tahun lagi selepas berjaya memenangi 133 kerusi pada jam 12.45 pagi 6 Mei 2013. Pakatan Rakyat (PR) pula terus menjadi pembangkang di Dewan Rakyat apabila mereka hanya berjaya mendapat 89 kerusi parlimen.  Umumnya, PR telah menambah hampir 7 kerusi Dewan Rakyat berbanding PRU 12. Jika mengikut Undi Popular atau undi majoriti rakyat, Barisan Nasional hanya mendapat 5,237,033 undi dan Pakatan Rakyat mendapat 5,623,984 undi, kekuatan undi rakyat apabila diterjemahkan menjadi 46.66% untuk Barisan Nasional (BN) dan 50.10% untuk Pakatan Rakyat (PR).


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambarkan PRU13 sebagai "tsunami masyarakat Cina".Sabah dan Sarawak banyak membantu memenangkan BN di peringkat Persekutuan seterusnya membentuk semula kerajaan.  Walaupun ramai yang menyebut Pilihan Raya Umum-13 (PRU13) adalah "peperangan" untuk pengundi Cina yang inginkan perubahan namun kemaraaan mereka masih gagal merobohkan benteng Umno-BN di Putrajaya. Analisis awal pemerhati mendapati, Melayu bandar juga menolak BN sama seperti pengundi Cina.


Sumber : Wikipedia 

Kita dikatakan sudah mengalami politik polarisasi, masyarakat Cina menyokong pembangkang, Melayu sokong Barisan Nasional. Ini tidak tepat.  Buktinya, Kelantan masih kekal dibawah Pakatan Rakyat (PR) dan Terengganu cuma beza dua kerusi dari Barisan Nasional (BN), P48 Bukit Bendera, DAP vs Gerakan (74% Cina 14% Melayu) Calon DAP, Zairil Khir Johari berbangsa MELAYU menang melawan Gerakan Teh Leong Meng di kerusi majoriti CINA. Manakala di P80 Raub, DAP vs MCA (50% M, 40% C)Calon DAP, Ariff Sabri berbangsa MELAYU menang melawan MCA Ho Khai Mun di kerusi majoriti MELAYU. Di Parlimen Pandan juga berlaku perkara sedemikian, Rafizi Ramli menewaskan Gary Lim dengan majoriti 26,700 undi dimana peratusan pecahan mengikut bangsa dikawasan Pandan adalah majoriti Cina dengan 45% Melayu dan 7% India.

Trend pengundi Bandar kali ini lebih memilih kepada Pakatan Rakyat (PR) dan kebanyakkan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) adalah di luar bandar. Akhir kata, sebenarnya ini bukannya perlawanan Melayu lawan bukan Melayu, ini adalah mereka yang beraliran liberal menentang konservatif. Ini yang sebenarnya berlaku.

Tuesday 30 April 2013

Catatan Buat Aktor Politik Negeri Ini.



Tulisan ringkas ini adalah sebagai peringatan dan dokongan buat pemimpin dan pemain politik sama ada yang berparti atau tidak berparti. Tinggal beberapa hari sahaja lagi akan tiba waktu kemuncak dalam proses kita meraikan demokrasi yang berjalan lima tahun sekali.

Kempen yang diadakan dalam beberapa hari lepas menunjukkan bahawa senario masih tak berubah seperti musim PRU yang dahulu. Mudahnya, pengamalan politik yang kita jalankan masih berada di tahap kematangan yang rendah. Seperti biasa, sentimen dan persepsi dijulang lebih tinggi daripada idea dan dasar.
Ramai orang berkata bahawa PRU kali ini milik anak muda dan rakyat kerana memperlihatkan partisipasi yang lebih lincah daripada sebelum ini. Kita sedar bahawa anak muda dan rakyat pada hari ini inginkan perubahan, tidak kurang juga ada yang mahu kekal dengan apa yang ada. Itu hak masing-masing dan ia dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Namun begitu, apa yang tidak enak adalah apabila pemimpin-pemimpin politik memainkan drama sumbang di saat-saat genting pemilihan tampuk pemerintahan negeri ini.
Betul kata orang, kerana kuasa manusia sanggup lakukan apa sahaja termasuk membadutkan diri sendiri, menjual agama bahkan bercakap bohong tentang perkara-perkara penting pengurusan negeri ini.
Saya melihat bahawa dalam melalui bahagian-bahagian permainan kuasa ini, pemimpin politik harus sedar bahawa rakyat iaitu penyokong masing-masing telah bertungkus-lumus ‘bekerja’ selama beberapa tahun untuk pemimpin masing-masing.

Analisis sering juga menunjukkan bahawa PRU ini adalah paling kritikal disebabkan tempias gelombang kebangkitan sebelum ini. Dijangka akan berlaku pertempuran paling dahsyat antara dua koalisi ; Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Oleh sebab itu, aktor-aktor ini berusaha melakukan apa sahaja bagi menjamin kemenangan malah untuk memantapkan pengaruh parti dan blok masing-masing.Maka, jangan nanti dek kerana sikap pemimpin politik,  rakyat binasa dan derita kerana di akhirnya nanti rakyat yang akan menentukan..


KHAIRUL NAIM RAFIDI,
MAHASISWA UNDANG-UNDANG UiTM SHAH ALAM
PRESIDEN MAHASISWA MELAYU PROGRESIF (M.M.P)

Sunday 21 April 2013

Mahasiswa UiTM, Ubah!



Ramai yang menyangka mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu sifatnya pasif dan ‘lemau’ di dalam sudut pengetahuan isu-isu semasa terutamanya isu yang melibatkan politik dan tadbir urus negara. Apabila sebut sahaja UiTM, kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan UiTM ini universiti United Malay National Organization. Bagaikan isi dengan kuku, berpisah tiada. Mahsiswa UiTM hari ini, tidak lagi seperti zaman Mat Sabu dan Ibrahim Ali di mana sewaktu zaman mahasiswa mereka, lantang menyatakan hak dan menentang kezaliman pemerintah.

Sangkaan ramai itu mungkin ada benarnya. Hanya segelintir sahaja yang cakna dan sudi untuk menelaah isu-isu yang berlaku dalam negara ini. Bahkan isu melibatkan saudara kita yang ditindas di Palestin, Syira dan Rohingya pun ada diantara mereka yang tidak tahu.
Hal ini berlaku kerana pelbagai program-program yang ada kaitan dengan United Malay National Organization kerap dianjurkan di sini, di setiap cawangan UiTM. Mahasiswa semester satu yang baru mendaftar dan barisan kepimpinan yang ada di UiTM kebiasaannya akan dihantar ke Biro Tata Negara di mana program ini bertujuan untuk ‘basuh’ minda pelajar supaya menjadi seorang mahasiswa yang taat setia kepada United Malay National Organization dan juga menanam rasa benci kepada kaum cina dan india. Saya sendiri telah menyertai Biro Tata Negara sebanyak dua kali. Sahabat saya yang dahulunya neutral tidak bersama-sama dengan mana-mana parti politik hari ini sudah menjadi OKU ataupun ‘Orang Kuat UMNO’. Biro Tata Negara hakikatnya sebuah program yang baik untuk memupuk rasa cinta kepada negara, semangat patriotik dan semangat perpaduan namun hari ini telah disalah guna oleh United Malays National Organization.

Bukan sekadar itu, program-program dan aktiviti-aktiviti yang ingin dianjurkan oleh mahasiswa perlu ditapis oleh Hal Ehwal Pelajar terlebih dahulu. Proses penapisan kertas kerja pesatuan dan kelab berlaku dengan sangat tidak adil terutamanya melibatkan program yang berbentuk kerohanian dan ilmiah. Hal Ehwal Pelajar tentu dan pasti akan perhati, meneliti dan menyelidik sedalam-dalamnya siapakah penceramah yang bakal dijemput. Biodata penceramah perlu diserahkan terlebih dahulu. Sekiranya didapati penceramah itu ada sedikit unsur-unsur yang boleh dikaitkan dengan mana-mana parti pembangkang, maka akan terbatal-lah program itu atau diarahkan untuk mencari penceramah lain.

Sudah banyak kali berlaku, sahabat saya menganjurkan program dakwah dengan menjemput saudara Sham Kamikaze lalu permohonan beliau terbatal kerana kononnya Hal Ehwal Pelajar dapati penceramah yang dijemput ada kaitan dengan Parti Islam Se-Malaysia. Pengalaman seorang sahabat lagi, Nabilah daripada UiTM Cawangan Machang merupakan ketua projek bagi program ‘Cinta Remaja’ dan penceramahnya adalah novelis terkenal saudara Hilal Ashraf juga ditolak kerana alasan Hal Ehwal Pelajar penceramah itu ada kaitan dengan pembangkang.

Tetapi hal sebegini ini tidak berlaku kepada persatuan yang pro aspirasi atau senang kata pro kepada kerajaan. Salah satu contoh terdekat adalah persatuan KARISMA JASA. Mereka boleh menjemput siapa sahaja pemimpin dan ustaz daripada United Malay National Organization untuk menyampaikan ceramah. Di UiTM Induk Shah Alam dan UiTM Cawangan Jengka, Ustaz Fathul Bari mendapat lesen daripada  pihak pengurusan untuk masuk dan beri ceramah. Di UiTM Cawangan Segamat pula, Forum Hudud diluluskan atas nama akademik. Percayalah, jika persatuan lain mahu anjurkan program penerangan Hudud dan menjemput pemimpin atau ulama daripada PAS, pasti akan ditolak mentah-mentah oleh Hal Ehwal Pelajar atas alasan ‘mahasiswa tidak boleh berpolitik’. Jemput Ustaz Azhar Idrus? Lagi lah jangan bermimpi.

Hal Ehwal Pelajar tidak sepatutnya bertindak sedemikian rupa, tindakan seperti ini tidak adil kepada mahasiswa sedangkan Dato’ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Chanselor UiTM pernah mengeluarkan kenyataan bahawa, sesiapa sahaja daripada mana-mana parti politik dalam negara, luar negara tidak dibenarkan masuk UiTM bagi menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan Mahasiswa. Kenyataan yang dibuat oleh Naib Chanselor bertujuan untuk membersihkan mahasiswa UiTM daripada dipengaruhi oleh politikus-politikus di luar sana.
Sebab itu program dakwah, program agama di UiTM tampak sedikit terbantut. Bahkan ada juga pemimpin mahasiswa, salah seorang daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar di UiTM yang mencadangkan kepada pihak pengurusan supaya menggubal sahsiah rupa diri yang sedia ada kepada yang lebih Islamik dengan tujuan agar dapat membendung siswi daripada memakai pakaian yang tidak menutup aurat dan menjolok mata. Cadangan ini juga ditolak walaupun mahasiswa UiTM 90 peratus adalah Melayu Islam.

Sekiranya mahasiswa mahu edar risalah Islam, makanya isi kandungan risalah perlu ditapis terlebih dahulu agar tidak menyentuh isu-isu politik. Tidak menyentuh soal hudud. Tidak menyentuh isu yang boleh dikaitkan dengan salah laku pemerintah. Maklumlah, United Malays National Organization tidak melaksanakan Islam sepenuhnya. Mereka takut. Orang lain mahu laksana Islam, dihalang dan ditentang habis-habisan. Seperti biasa, program-program menyanyi dan menari sangat mudah untuk diluluskan. Konsert, pertandingan menyanyi dan sewaktu dengannya sangat banyak dianjurkan di seluruh UiTM.

Mahasiswa UiTM juga dihalang daripada menyertai apa-apa demonstrasi jalanan. Saudara Khalid Ismath daripada fakulti undang-undang UiTM Shah Alam digantung 3 semester kerana menyertai demonstrasi mansuh PTPTN tetapi didakwa atas dakwaan berpolitk dan memalukan nama UiTM. Saya hairan hanya saudara Khalid Ismath sahaja dikenakan tindakan, tetapi tidak mahasiswa lain. Bagaimana dengan mahasiswa yang menyertai demo ‘We Love PM’? Mahasiswa yang menyertai Pehimpunan Agong United Malays National Organization? Bukankah mereka juga telah berkecimpung dalam aktiviti politik? Saya tidak hairan apabila mahasiswa anti-kerajaan dikenakan tindakan kerana UiTM sendiri banyak bekerjasama dengan United Malays National Organization apabila menganjurkan program atas nama program khidmat masyarakat.

Begitulah ‘sebahagian’ cara United Malays National Organization menindas pemikiran mahasiswa UiTM. Saya rasa bertanggungjawab untuk tampil menceritakan kepada orang ramai sebahagian isu yang berlaku dalam UiTM dan ianya berdasarkan pengalaman 2 tahun saya menjadi salah seorang ahli daripada organisasi mahasiswa tertinggi dalam UiTM iaitu Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Tujuan tulisan ini dihasilkan bukan untuk memburukkan UiTM tetapi untuk menyedarkan masyarakat terutamanya mahasiswa UiTM itu sendiri.

Justeru itu, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa UiTM agar bangkit daripada lena dan mimpi ngeri ini. Buang istilah takut dalam diri kalian. Anda perlu sedar hak anda, hak untuk bersuara dan menyatakan pendapat walaupun ianya jauh berbeza dengan pendapat pemerintah. Kita perlu menghidupkan kembali sejarah mahasiswa ITM hebat zaman Mat Sabu dan Ibrahim Ali yang lantang menyatakan hak dan membantah kezaliman. Gunakan speaker corners sebaik mungkin untuk sebarkan berita yang benar, edar risalah dan anjurkan program yang beri manfaat kepada mahasiswa agar mahasiswa kembali sedar dan bangkit. Selagi mahasiswa UiTM tidur, selagi itulah mereka akan menindas pemikiran mahasiswa sekalian.

Yang sayangkan UiTM,

Zuddin 
-Mahasiswa UiTM Machang 2013 -


Sunday 14 April 2013

POLITIK MAHASISWA DAN PRU13



Rakyat Malaysia pelbagai golongan semua sedar bahawa PRU13 merupakan pilihan raya paling kritikal semenjak merdeka kerana ia akan memperlihatkan pertempuran dua koalisi besar iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.
Sekiranya kita menjenguk kembali garis masa politik di Malaysia, buat pertama kalinya Barisan Nasional gagal mempertahankan dua pertiga majoriti parlimen adalah pada tahun 1969 yang menyaksikan pertumpahan darah apabila peristiwa 13 Mei berlaku.
Umum sedar bahawa perkara ini terjadi disebabkan undi protes orang Melayu ketika itu yang marah terhadap pemerintahan Tunku Abdul Rahman. Menurut catatan Dr. Mahathir, orang-orang Melayu ketika itu begitu marah terhadap tindakan Tunku yang terlalu ‘memberi muka’ kepada orang-orang cina.

Namun begitu, sejarah juga memperlihatkan bahawa tanpa sedar golongan mahasiswa juga memainkan peranan besar ketika pilihan raya 1969 sehingga Perikatan gagal dalam mempertahankan majoriti parlimen. Mahasiswa ketika itu telah berkempen sekitar Malaysia sebagai golongan non-partisan. Mereka kemudiannya mencanangkan manifesto mahasiswa dan calon yang bagaimana sepatutnya diundi oleh rakyat.
Mungkin secara kebetulan, perjuangan dan manifesto mahasiswa ketika itu selari dengan dasar yang dibawa oleh parti-parti pembangkang ketika itu. Justeru, tindakan ini juga boleh dikira sebagai salah satu punca kekalahan kerusi-kerusi kuat Perikatan pada tahun 1969. Maka, terjadilah peristiwa 13 Mei yang sering dimain-mainkan oleh ahli politik konservatif hari ini.
Tindakan ini telah merungsingkan pihak kerajaan. Maka, terciptalah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang dicanangkan oleh Dr. Mahathir yang ketika itu bertindak sebagai Menteri Pendidikan pada tahun 1971 iaitu selepas dua tahun parlimen digantung.
Namun begitu, AUKU gagal meragut semangat mahasiswa untuk berjuang bersama rakyat apabila mahasiswa terus aktif sebagai golongan pendesak sehingga berlakunya Demonstrasi Baling 1974 apabila AUKU diperketat oleh pihak kerajaan.



Mahasiswa hari ini.
Hari ini mahasiswa tidak seperti dahulu. Mood dan partisipasi mahasiswa dalam politik juga berubah. Saya melihat bahawa AUKU tidak boleh disalahkan sepenuhnya dalam proses ‘kemandulan’ dan kepekaan mahasiswa pada hari ini. Mungkin buku tulisan Dato’ Saifuddin Abdullah “Kalau Saya Mahasiswa” dapat menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut.
Menurut pemerhatian saya, senario politik mahasiswa dahulu dan hari ini bagai langit dengan bumi. Jika dahulu, mereka bergerak dalam satu misi yang jelas iaitu bersama rakyat.
Kini, mahasiswa terpecah kepada empat ; mahasiswa pro –  kerajaan (sering dirujuk kepada pro-aspirasi), pro – pembangkang (sering dirujuk kepada pro – mahasiswa ) , mahasiswa neutral (ambil jalan tengah) dan mahasiswa yang tidak mahu campur tangan dalam hal-hal politik.
Peristiwa demi peristiwa memperlihatkan golongan kedua ; pro – mahasiswa adalah paling vokal dalam membawa isu mirip rakyat. Dalam usaha untuk membincangkan perkara ini, saya rujuk kepada satu koalisi iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang melibatkan beberapa fron mahasiswa.
SMM dilihat sebagai golongan yang radikal dan keras menentang pemerintah ; United Malays National Organisation/Barisan Nasional sehinggakan wujud kenyataan keterlaluan yang mengatakan SMM adalah ‘macai’ pembangkang, Pro – Anwar dan seumpamanya. Kenyataan seperti ini bukan perkara asing apabila siri-siri perjuangan SMM jelas menentang dasar-dasar yang dibawa oleh kerajaan hari ini.



Pindaan Seksyen 15 AUKU
Selepas terbentuknya Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), SMM lebih ‘jalang’ menentang Umno/BN apabila mendesak kerajaan memansuhkan terus AUKU serta membebaskan mahasiswa daripada cengkaman pihak pemerintah.
Idea ini memercik sehingga tercetusnya fenomena apabila Adam Adli (Aktivis Legasi Mahasiswa Progesif) menurunkan bendera Najib Razak dan menaikkan bendera BEBAS ketika usaha menyerahkan memorandum di PWTC.
Akhirnya, atas desakan ini AUKU telah dipinda apabila mahasiswa diberi sedikit ruang untuk berpolitik. Mahasiswa dibenarkan menyertai mana-mana parti politik dengan syarat tidak membawa pengaruh politik kepartian di dalam kampus.
Malangnya, apa yang saya dapat lihat kepekaan dan partisipasi mahasiswa dalam politik masih di tahap yang lemah. Ia tidak memberi impak kerana kebenaran berpolitik itu dirujuk kepada ‘masuk parti’ walhal kita sedia maklum bahawa tindakan menyertai parti politik itu tidak begitu populis dalam kalangan mahasiswa.

Menjelang “Hari Penentuan”
Menjelang PRU13 pada 5 Mei ini, pelbagai persoalan bermain di benak saya. Negara kita adalah sebuah negara demokrasi berparlimen. Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mereka yang menang serta mendapat kepercayaan rakyat boleh membentuk sebuah kerajaan.
Justeru, tidak hairan juga ada kemungkinan PRU kali ini menyaksikan perubahan besar sama ada BN terus menjadi jaguh atau PR menang buat pertama kalinya.
Antara persoalan yang bermain di fikiran saya adalah apakah nasib politik mahasiswa selepas PRU13 ini andai kata PR memerintah?
Maksud saya adalah mahasiswa selepas AUKU. Berkemungkinan besar impian mahasiswa ingin hidup tanpa AUKU itu menjadi kenyataan. Tetapi, adakah mahasiswa bersedia untuk menghadapi situasi tersebut kerana menurut hemat saya, SMM sendiri ditubuh sebagai simbol protes mahasiswa terhadap AUKU yang menjerut leher anak mahasiswa selepas 1971.
Dalam menghadapi transisi ini, saya kira mahasiswa perlu merenung semula garis perjuangan selepas ini. Tindakan GM13 untuk bertanding pada saya tidak menyelesaikan masalah yang mendatang.
Ini jelas apabila ramai anak muda seolah tidak sepakat dan bersetuju dalam isu ini. Bukan saya kata, mereka kata.



Peranan Mahasiswa Selepas AUKU.
Harus diingat bahawa andai PR memerintah, mereka akan menjadi sebuah kerajaan yang sangat kuat berdasarkan siri kecaman dan pengalaman-pengalaman lepas. Menumbangkan PR selepas kemenangannya bukan semudah itu sahaja.
Di sudut yang lain, Umno/BN pula berkemungkinan besar akan menjadi pembangkang yang sangat lemah selepas lebih lima dekad selesa menjadi pemerintah.
Dalam menghadapi saat ini, Umno/BN mungkin memerlukan masa yang sangat lama untuk menyediakan diri sebagai satu pihak yang memberi ‘check and balance’.
Justeru, mahasiswa harus mempunyai perancangan yang baru dalam menghadapi saat ini. Sudah menjadi lumrah, apabila satu badan atau organisasi itu sudah begitu lama dan ‘selesa’, kadang-kala perjalanan itu sedikit tersasar. Itu lumrah!
Kemungkinan alternatif lain perlu dibentuk bagi menyelesaikan masalah ‘kemandulan’ ini. Saya melihat bahawa terdapat golongan bahawa yang begitu peka dan rancak dalam melayan isu politik semasa. Tetapi, mereka tidak melibatkan diri kerana mungkin tidak bersetuju dengan pembawakan dan idea platform semasa.
Oleh itu, saya berharap supaya satu solusi dapat dibentuk demi pencerahan dan kepentingan masyarakat sivil. Jika tidak saya percaya perjuangan akan tinggal ‘perjuangan’.

KHAIRUL NAIM RAFIDI,
PENULIS ADALAH MAHASISWA UNDANG-UNDANG UiTM DAN PEMIMPIN MAHASISWA MELAYU PROGRESIF (M.M.P) dan GABUNGAN MAHASISWA UiTM SeMALAYSIA (GAMUS)

Friday 22 March 2013

Politik Pencerahan Bukannya Politik Persepsi.

1.       Golongan muda merupakan lapisan kepimpinan masa hadapan.  Apa yang berlaku dalam kalangan golongan muda ini memberikan gambaran awal dan gambaran umum kepada kita bagaimana masa hadapan negara akan dibentuk. Jesteru amatlah penting untuk kita mempersiapkan golongan muda sebelum mereka mula mengambil alih tampuk kepimpinan negara.Tidak dinafikan bahawa, manusia itu berubah dari semasa ke semasa. Perkara yang sama juga tidak terkecuali kepada golongan muda. Namun itu tidak seharusnya menjadi alasan kepada kita untuk tidak mempersiapkan golongan ini untuk masa hadapan.


2.        Politik merupakan satu topik yang luas. Secara umumnya hamper setiap urusan kehidupan kita melibatkan aspek politik. Selain daripada topik yang luas, politik juga merupakan topik yang sensitif bukan sahaja pada golongan muda malah buat masa ini. Di ambang pilihan raya umum ke-13 ini isu politik ibarat potassium yang jika dilemparkan ke dalam air akan terus menyejat.

Politik pada masa kini sering kali di kaitkan dengan rasuah, penyalah gunaan kuasa, kuda tunggangan, “macai” dan macam-macam lagi istilah yang tidak baik. Boleh dikatakan bidang politik ini sudah dianggap bidang yang “kotor”. Sudah menjadi perspektif masyarakat tiada yang tidak “kotor” jika perkara itu melibatkan politik.Namun adakah politik itu benar-benar kotor?

Politik adalah satu kerangka. Kerangka ini telah disediakan dengan bentuk-bentuk yang tertentu. Sekiranya kerangka ini diberi pengisian yang baik dan menepati garis panduan yang diberikan, maka ia akan mempunyai daya tahan yang lama (sustainability). Namun jika  tidak sudah pasti ia akan rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik.  Masyarakat adalah pengisian kepada kerangka politik tersebut. Bagaimana masyarakat mengisi kerangka politik itu bakal menentukan daya tahanya. Kita boleh ibaratkan politik ini sebagai karipap. Kulitnya adalah politik, intinya adalah masyarakat.

3.        Baru-baru ini kita dikejutkan dengan speaker’s corner yang dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Acara ini telah menarik perhatian ramai pihak terutama pihak pengurusan UiTM, Mahasiswa UiTM, dan Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia (GAMUS) secara khususnya. Hal ini kerana pihak GAMUS telah dikaitkan dengan penganjuran program ini tanpa pengetahuan pihak GAMUS sendiri.

Sehubungan dengan itu pihak GAMUS mengambil tindakkan proaktif dengan menafikan penglibatan kami dengan program tersebut. Pihak GAMUS mengambil keputusan menafikan penglibatan dengan SMM dalam menganjurkan speaker’s corner ini kerana pada hakiatnya memang kami tidak terlibat. Nama GAMUS telah diheret dengan tidak beretikanya oleh pihak SMM seperti yang dinyatakan dalam flyers dan poster yang telah tersebar luas dalam laman sosial Twitter dan Facebook.

Dalam mengambil keputusan untuk menafikan penglibatan GAMUS dengan SMM, pihak GAMUS sudah pun dapat menjangkakan bahawa isu ini akan diputar belitkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika. Ternyata sekali jangkaan ini menepati apabila pihak GAMUS telah dikritik dan difitnah dalam laman Middle Voices (MV) “Suara Siswa Zon Tengah”.

Pihak GAMUS kesal dengan tindakkan dan kenyataan yang dilakukan oleh pihak MV kerana ternyata kenyataan-kenyataan tersebut merupakan fitnah semata-mata. Seperti yang telah dinyatakan dalam kenyataan rasmi oleh Biro Maklumat dan Komunikasi Korporat GAMUS , pihak GAMUS memang tidak terlibat dan bukanlah seperti yang dinyatakan oleh pihak MV.

GAMUS merupakan satu inisiatif untuk memperkasakan mahasiswa. Untuk pengetahuan umum, dalam GAMUS sendiri kami mempunyai pandangan politik partisan yang tersendiri, namun kami bersama dan bersatu untuk mengalakkan perbincangan sihat dan perkongsian pendapat yang berasaskan prinsip. Kepentingan Mahasiswa menjadi agenda utama kami. GAMUS sendiri tidak mempnyai kaitan mahupun hubungan rasmi dengan Pro-Mahasiswa ataupun Pro-Aspirasi ataupun mana-mana front politik kampus mahupun politik partisan yang wujud di Malaysia ini.


4.       Kaitkan point 1, 2 dan 3. Pihak GAMUS kecewa dengan tindakkan MV yang melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas kepada GAMUS. Hal ini mencerminkan bahawasanya budaya politik fitnah itu wujud dalam kampus. Adakah budaya politik seperti ini yang kita mahukan di peringkat kebangsaan dan masa hadapan? Ingatlah bahawa kita golongan muda merupakan bakal pemimpin negara. Maka, jika kita mahukan negara yang lebih baik dan matang praktikannya mulai dari sekarang.

Jika tidak mempunyai asas yang kukuh usah direka-reka cerita hanya untuk mendapatkan perhatian. Budaya politik “if you’re not with us, you’re with them” ini perlu ditinggalkan. Jangan hanya kerana GAMUS mengkritik HEP yang mengadakan sekatan semasa Speakers’s Corner,sehingga menyusahkan para pelajar sedangkan masih ada alternative lain, GAMUS dilabel sebagai “anjing Pakatan”.Jangan lupa yang GAMUS juga mengkritik penganjur iaitu SMM dalam masa yang sama. Dalam zaman yang maju ini kita seharusnya bersikap matang dan memaparkan ciri-ciri masyarakat yang bertamadun. Salah satu ciri-ciri masyarakat yang bertamadun adalah belajar untuk menerima perbezaan pendapat. Selain itu,  kita juga perlu mendokong konsep “hate the cause/action, not the person” .

Pihak GAMUS menafikan penglibatan dengan SMM dalam penganjuran speaker’s corner kini kerana pihak kami sememangnya tidak terlibat. Disamping itu pihak GAMUS juga tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh SMM dalam usaha untuk menganjurkan program tersebut. Kita hidup berlandaskan rule of law dan undang-undang ini perlulah dihormati. Ada tatacara tertentu yang perlu kita ikut untuk menganjurkan program-program, maka ikutlah tatacara tersebut dan  paparkanlah kebijaksanaan kalian terutama bagi mereka yang bergelar mahasiswa.

Pihak GAMUS berharap penulisan ini sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada mereka yang masih lagi berada dalam kegelapan.


Nur,
(Junior Counsel of GAMUS)


p.s Kritikan GAMUS berhubung Speakers' Corner boleh dibaca disini.



Wednesday 20 March 2013

Speaker Corner Angkara Siapa??


Semalam, sekali lagi, UiTM Shah Alam dikecohkan dengan insiden Speaker’s Corner yang saya gelar Speakers’ Corner 2.0. Poster telah disebarkan di twitter dan facebook sejak Ahad, sehari sebelum acara itu dijadualkan berlangsung. Isninnya pula, seperti yang dijangka, muncul pula flyers untuk acara itu di beberapa fakulti ‘terpilih’. Seperti tradisi, flyers ini seperti jatuh dari langit, kedua belah pihak mengaku tidak bertanggungjawab. Tapi yang waras dan arif dengan permainan politik kampus sudah boleh mengagak siapa dalang disebalik ‘hujan’ flyers ni. (bendera Pakatan Rakyat dan Academic Freedom juga dipaparkan pada flyers tersebut) .  Yang saya kesalkan apabila nama Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia (GAMUS) turut diletakkan sebagai salah satu front yang akan menghantar wakil berucap.  Pendedahan itu mengejutkan ramai student UiTM kerana mereka sememangnya tahu, GAMUS tidak pernah membuat sebarang kenyataan berkaitan penglibatan mereka dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).



GAMUS juga secara tegas menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong dalam isu penglibatan GM13 dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 13 namun tidak akan menghalang kerana itu hak sebagai rakyat Malaysia.  Berbalik kepada isu Speakers’ Corner 2.0, hakikatnya, SMM atau wakilnya tak pernah berhubung dengan GAMUS mengenai isu ini, sama ada untuk menyatakan hal ini atau pun meminta izin untuk menggunakan nama GAMUS.  KAMI (Kumpulan Anak Muda Indipendent) juga menafikan penglibatan dengan acara Speakers’ Corner tersebut. Apa yang lebih mengejutkan saya adalah, apabila ada antara wakil daripada SMM yang kononnya ‘terlibat’ dengan Speaker’s Corner sendiri menafikan penglibatan mereka dengan penyebaran poster yang turut mengheret GAMUS dalam acara tersebut.


Gambar : Penafian dari wakil SMM mengenai poster.

Pihak UiTM telah mengambil langkah memperketatkan kawalan dan melaksanakan sekatan jalan raya dalam kampus UiTM (kali ni hanya 4 sekatan setahu saya).  Setiap keluar masuk yang berlaku dicatatkan, malah mahasiswa disiasat seperti 'penjenayah'. Ramai pelajar mengadu keadaan ini menyusahkan mereka dan menyalahkan SMM.  Analisis peribadi saya terhadap sekatan tersebut, pertama, sekatan jalan itu adalah kegagalan HEP yang paling ketara. Secara logiknya, jika HEP merasakan penangkapan adalah tindakan yang perlu, ia seharusnya dilakukan di Dataran Cendekia (tempat acara itu berlaku), bukan dengan mengadakan sekatan jalan yang menyusahkan seluruh warga UiTM Shah Alam yang tidak terlibat.


Gambar :  Nama GAMUS turut digunakan di dalam poster tanpa persetujuan.

Bagaimanapun, saya tidak nafikan kemungkinan kedua,  juga sekatan jalanraya dijalankan bukan untuk menahan ahli SMM, tapi untuk menimbulkan kemarahan pelajar terhadap acara tersebut. Ya, segalanya mungkin.  Namun, keadaan ini juga menunjukkan sikap paranoid melampau pihak HEP yang sekaligus memberi gambaran buruk kepada pentadbiran Universiti yang menguruskan hal ehwal pelajar.  Dalam kata lain, HEP sudah termakan umpan SMM. Kenapa saya katakan HEP sudah termakan umpan? Jika kita lihat poster jelajah kampus yang dirangka SMM, UiTM menjadi university pertama yang menjadi sasaran.
Ahli –ahli SMM bukannya tidak bijak untuk menyedari hakikat yang mereka takkan dapat masuk dan memberi ucapan dalam UiTM berdasarkan pengalaman lalu.  

Gambar : Poster rasmi Jelajah SMM dan GM13, UiTM universiti pertama, untuk apa? Kenapa?

Tetapi yang menjadi persoalan disini kenapa mereka tetap meletakkan UiTM sebagai 'open cage' atau pembuka gelanggang jelajah mereka? Adakah ini bertujuan untuk mendapat publisiti? Publisiti untuk ‘kickstart’ jelajah mereka.  Memang diakui, perhatian masyarakat sekarang terarah pada mereka dan yang tampak ‘jahat’ disini adalah HEP dan golongan yang pertahankan bangsa (Unless, they are not).  Tuntasnya, , heboh dikatakan SMM dihalang masuk ke UiTM oleh pelajar yang didakwa didalangi oleh HEP. Dalam kata lain, SMM menang publisiti, jadi golongan teraniaya, Pelajar dapat susah, “Pejuang Bangsa”  digelar  sebagai “hooligans” yang langsung tidak menggambarkan mahasiswa berintelek dan HEP sebagai ‘anti-demokrasi.  Tanyalah diri anda sendiri, siapa yang untung, siapa yang rugi dan kenapa?

 Karl.





-- Speakers's Corner 1.0 atau #Occupy UiTM yang pernah cuba diadakan di UiTM Shah Alam pada 8 Disember 2011 [ LINK ]