Selamat Datang ke Laman Rasmi Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia atau lebih dikenali sebagai GAMUS.
Penubuhan blog ini adalah untuk menyebarkan idealisme mahasiswa-mahasiswa UiTM dari seluruh pelusuk kampus di serata Malaysia, dari Kampus Perlis hingga ke Kampus Tawau, Sabah.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang kritis dalam menghasilkan artikel mengenai mahasiswa, universiti dan hal2 akademik hantarkan artikel anda kepada kami melalui emel: gamusofficial@gmail.com

Segala artikel di dalam blog ini adalah hak milik setiap individu dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan yang diutarakan.

Facebook GAMUS | Twitter GAMUS
MASUK

Friday, 24 October 2014

PRK: Bukan Setakat Pro-A atau Pro-M

UiTM ialah satu-satunya IPTA dalam negara yang tidak membenarkan langsung calon PRK dari gerakan mahasiswa pro-Mahasiswa (pro-M). Saban tahun, PRK UiTM akan dimenangi mahasiswa pro-Aspirasi (pro-A) 100 peratus. Kerana tiada budaya keterbukaan dalam UiTM, PRK di sini selalunya satu gelanggang perlawanan antara pro-A dan pro-M.

Namun begitu, dikotomi pro-A dan pro-M tidak sepatutnya menjadi satu-satunya wacana dalam kampus. Apa yang kita perlukan adalah sikap keterbukaan kepada para pelajar tanpa mengira ideologi. Sikap anti-keterbukaan adalah satu petanda bahawa kita masih takut berdepan dengan ideologi yang berbeza dan progresif. Malahan, dalam konteks pilihanraya kampus, penghalangan mahasiswa pro-M untuk bertanding adalah satu tindakan tidak demokratik.

Gerakan pro-Aspirasi didefinisikan sebagai mahasiswa yang mengangkat aspirasi pentadbiran universiti, seringkali tanpa kritis dan tanpa soal. Sebagai alternatif kepada Pro-Aspirasi, gerakan Pro-Mahasiswa sepatutnya bertindak sebagai agen semak dan timbang kepada sumber maklumat yang ada. Media arus utama seringkali hanya melaporkan idea-idea yang memihak kepada kekuasaan (hegemoni) mereka.

Sudah tentu terdapat kebaikan dan keburukan dalam kedua-dua jenis pemikiran ini. Namun harus diingat, terdapat banyak jenis pemikiran yang ada dan kesemuanya patut diberi peluang untuk ditimbangkan oleh pelajar. Kewujudan PRK sebenarnya adalah untuk mewujudkan budaya perdebatan sihat dalam kampus, dan yang lebih penting, tidak terhad kepada wacana picisan yang tidak kritis dan cakna pada isu semasa negara.

(Bersambung...)

5 comments:

  1. Sistem pemilihan di UiTM tidak harus diganggu gugat oleh anasir yang cuba memecah belahkan mahasiswa di UiTM. Setakat ini graduan UiTM cukup baik dikalangan majikan. Sistem sekarang perlu diteruskan. UiTM tidak seharusnya dilihat seperti mahasiswa di IPTA lain yang suka berdemo dan mengkritik sebab pengurusan UiTM memberi ruang & peluang yang cukup baik kepada mahasiswanya.

    ReplyDelete
  2. GAMUS harus menjadi sebuah badan yang menyatukan mahasiswa bukan memecah belahkan mahasiswa. HENTIKAN ARTIKEL MENGHASUT MAHASISWA!!!!

    ReplyDelete
  3. Gabungan Mahasiswa!!!

    saya suka bila gamus wujud masa mula2,
    tapi bila lama2, saya rasa ada yang xkena. bro..

    mcm ni la nama yg dgunakan untk gabung kan mahasiswa,
    jadi tlng la hentikan untk pecah belahkan orang2 dlm uitm. please bro jgn la nak pecah belah n ganggu ukhwah., sbb kan statement bro yg pelik rakan saya ada yg renggang bro.

    ReplyDelete
  4. hurm gamus ni student ke?????
    ke orang lua yang cuba jatoh kan bangsa????

    sbb xpenah tahu siapa identiti

    ReplyDelete
  5. ala gamus ni setiap tahun agenda dia sama je nak condemn sistem prk uitm. saban tahun pun uitm pakai sistem yg sama tak ada masalah. buat apa nk bertukar kpd sesuatu yang sah2 membawa malapetaka. hentikanlah permainan politik kotor ni gamus!!

    ReplyDelete