1. Golongan muda merupakan lapisan
kepimpinan masa hadapan. Apa yang
berlaku dalam kalangan golongan muda ini memberikan gambaran awal dan gambaran
umum kepada kita bagaimana masa hadapan negara akan dibentuk. Jesteru amatlah
penting untuk kita mempersiapkan golongan muda sebelum mereka mula mengambil
alih tampuk kepimpinan negara.Tidak
dinafikan bahawa, manusia itu berubah dari semasa ke semasa. Perkara yang sama
juga tidak terkecuali kepada golongan muda. Namun itu tidak seharusnya menjadi
alasan kepada kita untuk tidak mempersiapkan golongan ini untuk masa hadapan.
2. Politik merupakan satu topik
yang luas. Secara umumnya hamper setiap urusan kehidupan kita melibatkan aspek
politik. Selain daripada topik yang luas, politik juga merupakan topik yang
sensitif bukan sahaja pada golongan muda malah buat masa ini. Di ambang pilihan
raya umum ke-13 ini isu politik ibarat potassium yang jika dilemparkan ke dalam
air akan terus menyejat.
Politik pada masa kini sering kali di kaitkan dengan rasuah, penyalah gunaan kuasa, kuda tunggangan, “macai” dan macam-macam lagi istilah yang tidak baik. Boleh dikatakan bidang politik ini sudah dianggap bidang yang “kotor”. Sudah menjadi perspektif masyarakat tiada yang tidak “kotor” jika perkara itu melibatkan politik.Namun adakah politik itu benar-benar kotor?
Politik adalah satu kerangka. Kerangka ini telah disediakan dengan bentuk-bentuk yang tertentu. Sekiranya kerangka ini diberi pengisian yang baik dan menepati garis panduan yang diberikan, maka ia akan mempunyai daya tahan yang lama (sustainability). Namun jika tidak sudah pasti ia akan rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Masyarakat adalah pengisian kepada kerangka politik tersebut. Bagaimana masyarakat mengisi kerangka politik itu bakal menentukan daya tahanya. Kita boleh ibaratkan politik ini sebagai karipap. Kulitnya adalah politik, intinya adalah masyarakat.

3.
Baru-baru ini kita dikejutkan
dengan speaker’s corner yang
dianjurkan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Acara ini telah menarik perhatian
ramai pihak terutama pihak pengurusan UiTM, Mahasiswa UiTM, dan Gabungan
Mahasiswa UiTM SeMalaysia (GAMUS) secara khususnya. Hal ini kerana pihak GAMUS
telah dikaitkan dengan penganjuran program ini tanpa pengetahuan pihak GAMUS
sendiri.
Sehubungan dengan itu pihak GAMUS mengambil tindakkan proaktif dengan menafikan penglibatan kami dengan program tersebut. Pihak GAMUS mengambil keputusan menafikan penglibatan dengan SMM dalam menganjurkan speaker’s corner ini kerana pada hakiatnya memang kami tidak terlibat. Nama GAMUS telah diheret dengan tidak beretikanya oleh pihak SMM seperti yang dinyatakan dalam flyers dan poster yang telah tersebar luas dalam laman sosial Twitter dan Facebook.
Dalam mengambil keputusan untuk menafikan penglibatan GAMUS dengan SMM, pihak GAMUS sudah pun dapat menjangkakan bahawa isu ini akan diputar belitkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika. Ternyata sekali jangkaan ini menepati apabila pihak GAMUS telah dikritik dan difitnah dalam laman Middle Voices (MV) “Suara Siswa Zon Tengah”.
Pihak GAMUS kesal dengan tindakkan dan kenyataan yang dilakukan oleh pihak MV kerana ternyata kenyataan-kenyataan tersebut merupakan fitnah semata-mata. Seperti yang telah dinyatakan dalam kenyataan rasmi oleh Biro Maklumat dan Komunikasi Korporat GAMUS , pihak GAMUS memang tidak terlibat dan bukanlah seperti yang dinyatakan oleh pihak MV.
GAMUS merupakan satu inisiatif untuk memperkasakan mahasiswa. Untuk pengetahuan umum, dalam GAMUS sendiri kami mempunyai pandangan politik partisan yang tersendiri, namun kami bersama dan bersatu untuk mengalakkan perbincangan sihat dan perkongsian pendapat yang berasaskan prinsip. Kepentingan Mahasiswa menjadi agenda utama kami. GAMUS sendiri tidak mempnyai kaitan mahupun hubungan rasmi dengan Pro-Mahasiswa ataupun Pro-Aspirasi ataupun mana-mana front politik kampus mahupun politik partisan yang wujud di Malaysia ini.

4. Kaitkan point 1, 2 dan 3. Pihak GAMUS kecewa dengan tindakkan MV yang
melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas kepada GAMUS. Hal ini
mencerminkan bahawasanya budaya politik fitnah itu wujud dalam kampus. Adakah
budaya politik seperti ini yang kita mahukan di peringkat kebangsaan dan masa
hadapan? Ingatlah bahawa kita golongan muda merupakan bakal pemimpin negara.
Maka, jika kita mahukan negara yang lebih baik dan matang praktikannya mulai
dari sekarang.
Jika tidak mempunyai asas yang kukuh usah direka-reka cerita hanya untuk mendapatkan perhatian. Budaya politik “if you’re not with us, you’re with them” ini perlu ditinggalkan. Jangan hanya kerana GAMUS mengkritik HEP yang mengadakan sekatan semasa Speakers’s Corner,sehingga menyusahkan para pelajar sedangkan masih ada alternative lain, GAMUS dilabel sebagai “anjing Pakatan”.Jangan lupa yang GAMUS juga mengkritik penganjur iaitu SMM dalam masa yang sama. Dalam zaman yang maju ini kita seharusnya bersikap matang dan memaparkan ciri-ciri masyarakat yang bertamadun. Salah satu ciri-ciri masyarakat yang bertamadun adalah belajar untuk menerima perbezaan pendapat. Selain itu, kita juga perlu mendokong konsep “hate the cause/action, not the person” .
Pihak GAMUS menafikan penglibatan dengan SMM dalam penganjuran speaker’s corner kini kerana pihak kami sememangnya tidak terlibat. Disamping itu pihak GAMUS juga tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh SMM dalam usaha untuk menganjurkan program tersebut. Kita hidup berlandaskan rule of law dan undang-undang ini perlulah dihormati. Ada tatacara tertentu yang perlu kita ikut untuk menganjurkan program-program, maka ikutlah tatacara tersebut dan paparkanlah kebijaksanaan kalian terutama bagi mereka yang bergelar mahasiswa.
Pihak GAMUS berharap penulisan ini sedikit sebanyak memberi pencerahan kepada mereka yang masih lagi berada dalam kegelapan.

Nur,
No comments:
Post a Comment