Thursday, 8 March 2012
Tarikh sebenar Pilihanraya Kampus UiTM dan status MPP?
Ura-ura yang mengatakan pada 8 Mac 2012 akan diadakan Pilihanraya kampus nampaknya tidak menjadi kenyataan, dari sumber dalaman, kami difahamkan bahawa pilihanraya kampus telah ditangguhkan sehingga Jun atau September.
Satu persoalan, adakah MPP dahulu masih memegang jawatan sehingga tarikh Pilihanraya atau jawatan MPP terbiar kosong? dari sumber lain, Ahli Jawatankuasa Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) terma yang lepas telah digugurkan status mereka dan diganti oleh 'care taker, tugas care taker adalah memangku jawatan MPP sehingga MPP baru dilantik, Sebagai sebuah jawatankuasa yang memangku dan sementara, seharusnya mereka adalah dikalangan yang neutral dan tidak termasuk dalam calon-calon pilihanraya akan datang.
Pihak Pentadbiran UiTM seharusnya mengeluarkan tarikh sebenar dan rasmi mengenai Pilihanraya Kampus bagi mengelakkan spekluasi seperti ini berterusan, kami pelajar-pelajar perlu tahu dan ingin tahu mengenai perkara ini.
Labels:
Dari Meja Admin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
http://fwenity3.blogspot.com/2012/03/lawatan-lawatan-hehe-enjoy.html hehe geng dpa.. :)
ReplyDeleteMpp yang terdahulu diganti oleh care taker.Mereka ini diamanahkan untuk memangku jawatan mpp sehingga mpp baru dilantik.Rasanya tidak ada masalah jika dikalangan care taker ini untuk bertanding di dalam pilihanraya kampus akan datang.Kerana mereka ini juga adalah dikalangan mahasiswa. Kebanyakkan dari mereka memang mempunyai kapasiti untuk menjadi mpp berdasarkan pengalaman dan jawatan yang disandang hingga dipilih menjadi care taker. Rasanya kalau isu ini nk dimainkan. Adakah semua calon yang diundi pelajar benar2 mempunyai kapasiti dan pengalaman yang cukup untuk menjadi mpp UiTM ?
ReplyDeletekem Aspirasi mula gusar dengan penjualan borang yang banyak..PADAN MUKA!!
ReplyDelete