" Air yang kita guna seharian untuk teruskan hidup - tercemar atau tidak, beracun atau tidak, ada toksik metal atau tidak, ada rasuah dan kronisme dalam tender projek paip atau tidak, polisi berkaitan air, kena bayar bil atau tidak, mahal bil atau murah, bocor bawah tanah sebab kualiti rendah akibat penyelewengan atau tidak, pembohongan tentang kandungan kimia membunuh dalam air atau tidak, dasar lestari alam sekitar dan air jangka panjang untuk anak cucu kita."Lalu, tahun baru pun panas bertunas;lalu, demo siswa pun ganas ditindas.- A.Samad Said ( 1 Jan 2012 )
Apa itu politik? Politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.
Segalanya ditentukan OLEH POLITIK. Segalanya ADALAH POLITIK. Kita HIDUP DALAM POLITIK. Peduli politik bererti PEDULI KELANGSUNGAN HIDUP KITA DAN ANAK CUCU. Peduli POLITIK yang membezakan kita dengan BINATANG YANG MELATA UNTUK MAKAN DAN MINUM.
Maka mahasiswa perlu belajar dan tak peduli politik? Nak harap generasi tua yang bebal buncit tak peduli rasuah dan maksiat akibat penentuan politik? Nak harap generasi bodoh dan bebal untuk prihatin nasib Ummah masa depan?
Kita juga mungkin terlupa atau tidak pernah tahu DS Najib & YB Rafidah Aziz menjadi ADUN pd usia seawal 21 tahun. DS Najib jd MB pd usia 28 tahun & YB Rafidah jd Tim Menteri pd usia 30 tahun. Mantan KPN ( IGP ) jd Ketua Polis Negara pd usia 32 tahun menjadikannya KPN termuda didunia. Arwah Aminuddin Baki jd penasihat pendidikan negara seawal 28 tahun cuma sayang org sebijak beliau meninggal pd usia muda. Usia bukan faktor utama tentang bicara kematangan.
Politik mengajar bagaimana untuk menyuarakan pendapat dan belajar cara bercakap di khalayak.
cth: Tun Mahathir, DS Anwar ibrahim juga berdemo semasa menjadi mahasiswa.
Cuba bayang kalau pemimpin masa depan hanya menaip kat facebook atau blog untuk bentang bajet negara, untuk lapor keadaan semasa dll.. *sebab jati diri tiada untuk menyuarakan pendapat di khalayak.. berjiwa tikus? adakah itu yang kita mahukan?
No comments:
Post a Comment