Semangat berkobar-kobar apabila mendengar cerita rakan-rakan dari universiti-universiti awam yang lain berkenaan Pilihanraya Kampus. Namun, semangat itu hilang apabila bercakap tentang PRK sendiri. Bagi yang sudah lama di UiTM, pasti sudah lali dan meluat dengan politik PRK UiTM. Saban tahun, perkara yang sama berulang tanpa variasi. Semenjak kuasa student union ditarik pada zaman 70-an, PRK di mana-mana universiti awam adalah satu bahan lawak.
Setiap tahun, Bahagian HEP akan menerima senarai nama pelajar yang mencalonkan diri untuk menjadi wakil dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Daripada senarai nama ini, bukan semua yang akan bertanding. Bertopengkan nama demokrasi, pelajar-pelajar yang didapati (setelah disiasat) tidak mengangkat aspirasi UiTM akan dihalang sama sekali untuk bertanding menjadi MPP. Tiada istilah "demokrasi" dalam PRK UiTM, semua calon telah dilantik terlebih awal supaya hanya pro-aspirasi sahaja yang menang.
PRK sepatutnya menjadi medan pelajar untuk melantik perwakilan yang dimahukan oleh pelajar, bukan perwakilan yang dimahukan oleh pentadbiran. Mari kita lihat semula proses pengundian yang berlaku di sini, adakah yang "dipilih" itu benar-benar pilihan kita? Benarkah proses "pemilihan" benar-benar berlaku? Bagaimana mungkin satu proses "pemilihan" yang telah di-set-up dinamakan sebagai demokrasi?
Ini bukan soal siapa yang menjadi MPP, ini merupakan soal sistem PRK itu sendiri. Jika sejak awal lagi kita dihelah supaya mempercayai bahawa PRK adalah satu demokrasi, maka kita telah tertipu dengan kata-kata manis dan propaganda-propaganda menyelewang yang bertujuan untuk para pelajar kekal tidur dan mendengar kata. Inilah yang dinamakan sebagai politik kampus. Betapa ramai calon MPP yang kononnya "menarik diri" sedangkan mereka tidak dibenarkan bertanding kerana mereka pro-mahasiswa. Pentadbiran sangat takut dengan mahasiswa progesif yang tidak mengampu dan membodek. Pentadbiran sangat takut dengan ide-ide untuk berdialog dan berwacana kritikal yang boleh menggugat kedudukan selesa para pegawai pentadbiran. Pentadbiran ugut kita dengan panggilan-panggilan "tak bersyukur" dan "pengkhianat" sekiranya kita menyuarakan sebarang ketidakadilan. Apakah peranan mahasiswa itu mengampu dan membodek atau menelopori wacana kritis bertaraf antarabangsa?
Sementara kita semua menanti pengumuman tarikh PRK, ramai yang hampir menyelesaikan pengajian sudah tidak peduli lagi. Kalaupun kita mengundi, kita tahu proses itu tidak absah kerana ianya bukankah demokrasi. Fakulti-fakulti bersungguh-sungguh menarik pelajar turun mengundi kerana fakulti diberi ganjaran sekiranya peratusan yang mengundi lebih daripada 85%. Sedangkan air dan roti "free" pula diambil dari peruntukan TAPA. Semakin senior, semakin sedar bahawa mengambil keputusan untuk terlibat dalam PRK dengan tidak melibatkan diri adalah lebih baik berbanding membantu politik kampus yang tidak sihat.
Sunday, 20 October 2013
Friday, 21 June 2013
Mahasiswa Peduli
Assalamualaikum wbt.
Pertama sekali saya ingin memohon ampun beribu ampun pada pembaca yang mengharapkan penulisan kritis dan kreatif dari saya yang naïf dalam bidang penulisan ini. Maaf saya pinta kerana terus terang saya jelaskan penulisan ini bukanlah sebuah penulisan yang tinggi nilai sasteranya, namun saya berharap para pembaca terutamanya golongan Mahasiswa mampu memahami mesej dan nilai yang ingin saya sampaikan.
Memegang gelaran Mahasiswa bukan perkara yang mudah. Mahasiswa bukan hanya tertumpu pada tugas belajar dan memahami pembelajaran. Namun Mahasiswa merupakan golongan yang amat penting dalam masyarakat. Mahasiswa sering diangkat sebagai “golongan harapan Negara”. Menjadi ayam tambatan sebuah Negara yang meningkat maju kini merupakan satu tanggungjawab yang besar. Justeru itu, memiliki keperibadian yang unggul merupakan kewajiban sebagai seorang Mahasiswa. Keperibadian yang ingin saya ketengahkan adalah sifat Mahasiswa yang peka terhadap masalah yang berlaku disekeliling mereka. Kepekaan terhadap peristiwa yang berlaku mampu meningkatkan kesedaran dan mematangkan Mahasiswa.
Peduli. Ambil tahu. Masuk campur. Tidak banyak beza antara istilah ini, saya cukup yakin para pembaca cukup memahami apakah maksud disebalik istilah yang saya nyatakan tadi. Namun, masalah kini, berapa ramai antara kita (saya khususkan kepada golongan mahsiswa) yang betul-betul peduli akan masalah yang dihadapi oleh masyarakat sekeliling kita? Tanpa kita sedar, disekeliling kita terdapat pelbagai peristiwa yang memerlukan penglibatan Mahasiswa. Berdasarkan pemerhatian saya, Mahasiswa kini tidak mempunyai sifat “awareness”. Mereka lebih gemar menghabiskan masa menghadap game computer, melayari laman web social, dan bersosial di hujung minggu. Dimana hilangnya sifat Mahasiswa prihatin seperti yang terpupuk di jiwa Mahasiswa dizaman 60an dan 70an?
Suka untuk saya singkap beberapa sejarah Mahasiswa di zaman dahulu yang mana rata-ratanya, amat bersatu padu, prihatin terhadap isu-isu semasa, baik dari sudut politik, agama, dan ekonomi. Berdasarkan e-book Kalau Saya Mahasiswa tulisan Saifuddin Abdullah, pada tahun 1958, telah ditubuhkan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia (PKPM) yang menggabungkan pelajar-pelajar pelbagai kaum. Ia bertujuan untuk menjaga kepentingan-kepentingan pelajar dan memperbaiki kebajikan mereka dengan tanpa mengira jantina, bangsa, agama serta kedudukan sosial dan ekonomi. Bahkan, pada tahun 1965, Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) sering mengadakan program-program bersama masyarakat, seperti ceramah, forum dan perbincangan. Mahasiswa Melayu ketika itu mula melibatkan diri dengan masalah penderitaan penoreh getah, petani dan nelayan. Kesedaran ini menjadi pembakar semangat Mahasiswa Melayu untuk memimpin bangsa Melayu yang mundur dan miskin itu ke arah kemakmuran, keadilan dan kebahagiaan. Selain itu, Pada tahun 1970, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya telah menganjurkan “Projek Perkhidmatan Masyarakat”. Dengan perbelanjaan sebanyak $8,000, 40 orang mahasiswa telah pergi ke-4 buah kampung iaitu: Pulau Kundur, Kota Bharu; Manek Urai, Kuala Krai; Gaong, Kuala Brang; dan Chalok di Terengganu. Objektif projek ini ialah untuk memahami masalah yang dihadapi penduduk desa dan membantu mereka menyelesaikan masalah itu. Bukti ini jelas menunjukkan satu ketika dahulu, Mahasiswa merupakan unit yang penting dalam penyelesaian masalah isu semasa. Namun kini, Mahasiswa lebih bersifat pasif, mengharapkan bantuan dan hanya pandai menerima arahan tanpa mahu membantu dalam mencari jalan penyelesaian.
Menurut Zul FIkri Zamir di dalam bukunya Sekolah Bukan
Penjara, Universiti Bukan Kilang, ilmu yang terbaik adalah ilmu yang kembali
kepada masyarakat. Seharusnya, Mahasiswa melibatkan diri dengan keputusan
kerajaan serta memperkasakan masyarakat dengan melengkapkan diri dengan isu
semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal dan golongan mereka yang
tertindas. Menurut beliau, Mahasiswa kini dilanda sydrom “ignorance state”
keadaan dimana mahasiswa tidak mampu turun ke masyarakat untuk menyelesaikan
masalah masyarakat, berpartisipasi secara aktif serta bersikap tegas.
Ringkasnya, “ignorance state” merujuk kepada keadaan mahasiswa yang tidak
prihatin dan hanya mementingkan diri sendiri.
Balik pada diri kita sebagai Mahasiswa, berapa ramai antara
kita yang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan di sekeliling kita?
Contoh mudah, pelajar Non-resident yang menetap di taman-taman perumahan,
berapa ramai antara kita yang sering mengikuti aktiviti penduduk setempat?
Berapa ramai yang peduli dengan masalah tetangga? Saya yakin, rata-rata antara
kita menganggap perkara sebegini merupakan suatu yang remeh temeh, bukan
tanggungjawab kita sebagai pelajar untuk masuk campur. Namun, sedar atau tidak
kita sebagai Mahasiswa juga sebahagian dari masyarakat. Sedikit pertolongan dan
kefahaman yang kita hulur kepada penduduk setempat secara tidak langsung
memberi beribu manfaat. Imej kita sebagai Mahsiswa dianggap bersih, mewujudkan
suasana yang harmoni dikalangan masyarakat bahkan kita menghidupkan semangat
saling membantu.
Ramai antara kita yang tidak sedar terdapat pelbagai usaha
yang mampu kita lakukan dalam membantu masyarakat setempat. Tidak perlu
berdemonstrasi jalanan, tidak perlu mengangkat senjata bahkan tidak perlu
menggadai nyawa. Percaya atau tidak, kerjasama antara kita Mahasiswa mampu
meringankan beban masyarakat yang memerlukan tenaga muda kita. Justeru itu,
saya ingin memberi beberapa cadangan;
1. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) meningkatkan aktiviti
kemasyarakatan. Sebagai contoh, mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah
pendalaman, dan membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran. Saya
percaya, sehingga kini masih ramai lagi kanak-kanak yang tidak mampu menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengeja. Alangkah bagusnya andai kita sebagai
Mahasiswa berganding bahu bersama guru-guru mendidik anak bangsa berbanding
sibuk menganjurkan kursus kahwin.
2. Kelab dan Persatuan Pelajar yang menganjurkan majlis
serta membuka tapak berniaga kepada penduduk setempat seeloknya mendahulukan
peniaga-peniaga kecil yang memerlukan. Berdasarkan pemerhatian saya,
kebiasaannya peniaga yang sama sering mendapat tapak berniaga di majlis-majlis
yang dianjurkan. Mengikut kefahaman saya, majlis yang dianjurkan oleh pelajar
didalam kampus (saya mengambil contoh uitm) tidak dikenakan bayaran oleh pihak
Universiti. Namun penganjur dibenarkan untuk membuka tapak kepada peniaga luar
(penduduk tempatan khususnya) dan mengenakan mereka bayaran sewaan tapak dan
hasil kutipan sewa merupakan hak penganjur. Alangkah bagusnya, andai penganjur
majlis (kelab dan persatuan pelajar) menyediakan beberapa buah tapak tanpa
mengenakan bayaran kepada golongan yang memerlukan mata pencarian tambahan,
contohnya ibu tunggal. Sudah pasti kita dapat membantu meringkan beban golongan
sebegini tanpa mereka perlu menunggu bantuan dari kerajaan.
3. Mahasiswa sendiri hendaklah memupuk kesedaran terhadap
diri masing-masing. Buat lah apa usaha sekali pun andai tiada kesedaran dalam
diri kita, usaha yang dilakukan pasti sia-sia. Sebagai Mahasiswa kita harus
sedar, tanggungjawab kita bukan hanya pada diri dan keluarga, namun pada bangsa
dan Negara. Tiada guna kita mendapat 4.00 CGPA dalam peperikasaan andai kita
tidak mampu mencari jalan penyelesaian dan terlibat sama dalam proses
menyelesaikan masalah yang ada. Untuk menyumbang harta saya yakin ramai antara
kita masih tidak mampu, apa lah salahnya andai kita menyumbang tenaga dan
sedikit masa demi mereka yang memerlukan kita.
Saya percaya, terdapat pelbagai lagi usaha yang mampu kita lakukan tanpa memerlukan pengorbanan yang besar. Sebagai Mahasiswa seharusnya kita belajar berdikari, tidak perlu menunggu aktiviti anjuran kolej atau universiti untuk melibatkan diri dengan masyarakat. Seharusnya, zaman pengajian kita dipenuhi dengan aktiviti yang memberi faedah kepada insan lain bukan dipenuhi dengan hiburan dan aktiviti sosial yang tidak memberi sebarang manfaat. Sekiranya 227,000 Mahasiswa yang ada kini prihatin terhadap isu semasa, membantu masyarakat setempat sudah pasti kita mampu meringankan beban Kerajaan, seterusnya mampu mengekalkan kestabilan ekonomi bahkan mampu mengekalkan keamanan yang kita ada kini.
Petikan bait Buya
Hamka:
Kalau hidup sekadar
hidup,
Babi di hutan juga
hidup.
Kalau bekerja sekadar
kerja,
Kera di hutan juga
berkerja.
Sambungan Sekolah
Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang, Zul Fikri Zamir;
Kalau Mahasiswa
setakat belajar,
Lembu di padang juga
belajar.
(selain belajar membuang air, lembu juga belajar untuk
membiak)
Akhirkalam, apa guna Negara penuh bijak pandai andai
masyarakat masih mundur ketinggalan.
Sekian.
Fatynbahrin
Fakulti Perakaunan.
UiTM Melaka.
Friday, 14 June 2013
Kisah Cendol dan UiTM: Sebuah Kronologi
It all started with this,
and some students from UiTM commented these on her defense.
Though some people were not so happy...
Here came the footsoldiers, but thundered on what ground? Didn't they check before they tweeted these? Account @Jelajah_UiTM - Official? Like this?
And later turned into this, which was not cool at all.
"Why did budak-budak Fakulti Law" become involved? Budak Law "tunjuk pandai"?The question now is, was it true? Was it true that the curator wanted to suggest the opening of UiTM, her own alma mater, to non-Bumis? Let's see.
Here's what the curator said:
The curator was talking about 'bantuan kepada orang Melayu'. Then ?
So what? Did all these mean that the curator was suggesting UiTM to be opened to non Bumis?
So that was the whole narrative. But why did some people say that the curator was throwing the idea of opening UiTM for Non Bumis? Wait, there's more. The climax was when our beloved Ayahanda tweeted THIS.
So, not to worry. All is well, even the tweets are gone now. Our VC has assured us that he has always been careful. End of story, FIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)