Selamat Datang ke Laman Rasmi Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia atau lebih dikenali sebagai GAMUS.
Penubuhan blog ini adalah untuk menyebarkan idealisme mahasiswa-mahasiswa UiTM dari seluruh pelusuk kampus di serata Malaysia, dari Kampus Perlis hingga ke Kampus Tawau, Sabah.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang kritis dalam menghasilkan artikel mengenai mahasiswa, universiti dan hal2 akademik hantarkan artikel anda kepada kami melalui emel: gamusofficial@gmail.com

Segala artikel di dalam blog ini adalah hak milik setiap individu dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan yang diutarakan.

Facebook GAMUS | Twitter GAMUS
MASUK

Tuesday, 10 January 2012

Sikap paranoid pentadbiran?


Episod kontroversi di UiTM Shah Alam bermula pada minggu ini dengan desas-desus khabar mengatakan terdapat DEMOSTRASI yang akan berlaku didalam kampus yang menyebabkan banyak sekatan jalanraya oleh Polis Bantuan diadakan baru-baru ini jelas menunjukkan sikap paranoid pihak pentadbiran, Ratusan Banner kelab/persatuan dengan design yang hampir serupa yang membawa mesej seperti 'UiTM Bukan tempat demo' 'Jangan Lupa Tangan yang memberi' dan pelbagai lagi boleh dilihat di dalam kawasan UiTM, perkara ini bagi kami adalah satu tindakan yang jelas menjatuhkan kredibiliti UiTM sendiri, adakah kita lupa akan episod demo ke bangunan SUK Selangor pada 2008? demostrasi mendesak Dato' Saifuddin Abdullah ( Timb. Menteri Kementerian Pengajian Tinggi ) meletak jawatan di Putrajaya? semuanya turut disertai oleh pelajar-pelajar UiTM dengan restu pihak pentadbiran atau khususnya HEP, episod banner di kawasan Kampus Shah Alam turut dijadikan bahan jenaka di laman sosial, seperti twitter.

Selain itu, penyebaran risalah 'Bebaskan Anwar' di Dataran Cendekia yang memaparkan logo KAMI dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) jelas berunsur fitnah dan kami percaya ini merupakan satu perang psikologi supaya pelajar-pelajar UiTM membenci gerakan-gerakan mahasiswa dengan mengaitkan politik kepartian, malah SMM dan KAMI telah menafikan tentang penyertaan mereka dalam risalah itu.

Episod kontroversi di UiTM tidak berhenti disitu sahaja apabila satu akaun twitter palsu Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib canselor UiTM dikesan kewujudannya bermula minggu lepas sebelum diberi amaran Dato NC sendiri dengan amaran untuk melaporkan tentang akaun palsu itu kepada pihak PDRM dan SKMM, akaun twitter yang menggunakan tweethandle @ayahandasahol itu telah dipadamkan, perlu diinggatkan Dato NC hanya menggunakan @datosahol sebagai twitter rasmi beliau.

Dalam perkembangan lain, satu kes telah berlaku semasa peperiksaan akhir melibatkan pelajar-pelajar dari FKPM di mana calon-calon peperiksaan dikehendaki untuk menduduki semula subjek 'Introduction to Mass and Communication ' apabila terdapat laporan dibuat dimana soalan midterm telah dikeluarkan semula untuk soalan final, alasan yang diberikan oleh pihak pentadbiran adalah untuk menjaga kualiti UiTM, sekali laporan telah dibuat, tindakan akan diambil, jika tiada laporan tiada tindakan perlu diambil, bagi kami ini merupakan satu kesalahan di pihak yang membuat kertas soalan, adilkan kesilapan yang dibuat oleh kakitangan, ditanggung oleh pelajar-pelajar? anda sendiri nilaikannya.

Sunday, 8 January 2012

Sudah Tiba Masanya Kuasa Autonomi Universiti Dikembalikan



Secara umum,universiti merupakan sebuah institusi pengajian tinggi untuk menimba ilmu. Universiti wujud sejak berkurun masa yang lampau, Universiti Al-Azhar (970 SM) dikenalpasti antara universiti terawal yang diwujudkan. Kemudiannya diikuti oleh penubuhan universiti-universiti yang ternama lain seperti Bologna,Oxford dan Cambridge. Universiti Malaya merupakan universiti tertua yang wujud di Malaysia diikuti dengan kewujudan pelbagai IPTA mahupun IPTS yang berkembang pesat dari semasa ke semasa.Namun dalam keghairahan kewujudan universiti tersebut sudah tiba masanya untuk kita melihat kembali apakah fungsi,peranan dan tanggungjawab sebenar kewujudan sesebuah universiti.

Impian semua adalah untuk menjadikan universiti kita ulung (Saifuddin Abdullah). Adakah universiti semata-mata menjadi ulung kerana memenangi banyak pingat emas pertandingan antarabangsa? Ataupun sudah cukup memadai dengan hanya berlumba-lumba mendapatkan rangking yang baik saban tahun. Hakikat yang perlu disedari bahawa universiti juga mempunyai tanggungjawab sosial yangcukup besar dalam bersama-sama membina negara Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.

Tetapi hasrat murni tersebut tidak mungkin mampu direalisasikan selagi universiti tempatan terus dicengkam oleh pihak-pihak yang berkepentingan.Universiti sewajarnya menjadi sebuah institusi yang bebas daripada segala keterikatan dan campur tangan politik. Universiti mesti diberikan kuasa autonomi dan ditadbir urus dengan penuh ketelusan mengikut acuan sendiri.Institusi ini mesti tampil sebagai penyelesai kepada permasalahan masyarakat, pencetus idea baru dan menjadi rujukan utama dalam segala keperihalan berkaitan masyarakat bersesuaian dengan pengiktirafan masyarakat umum yang memandang universiti sebagai sebuah institusi sosial yang terulung.

Universiti perlu memikirkan apakah sumbangan mereka kepada seluruh masyarakat dan negara dalam konteks yang lebih luas dan menyeluruh.Tembok di antara universiti dan masyarakat perlu dipecahkan dimana mahasiswa dan tenaga akademik berperanan menguasai ilmu di universiti dan kemudiannya mengekstrak keilmuan tersebut dalam bahasa yang mudah difahami oleh masyarakat umum, supaya masyarakat menjadi lebih celik dan tidak ketinggalan mendepani cabaran semasa. Sudah tiba masanya peranan dan tanggungjawab universiti tempatan dilihat kembali agar institusi ini terus relevan sebagai institusi perkembangan keilmuan kearah pembinaan peradaban manusia pada masa hadapan.

Muhamad Fazli Bin Abd Halim

Yang Dipertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Sesi 2011/2012
Universiti Malaysia Pahang

Thursday, 5 January 2012

A Message to Young People


“Whatever the imperfections of our system of government and representation, and I know and all of us as members of the parliament, that we need greatly to improve. We are, I think, proud that we have in this country a democracy. Politics, whatever you think of it and whatever you think of individual parties and whatever you think of particular leaders, does matter because it will affect you, your friends, your family and the future of your country.

1) The sort of economy we have,
2) the quality of education that we enjoy,
3) the scale of health service provision that we can offer,
4) the state of our transport infrastructure,
5) the effectiveness of our fight against crime,
6) the means that we adopt to protect and nurture our environment,
7) the state of our relations with other countries and
8) what we do to help the poorest and the most destitute of the people on the face on the planet,
all depend on the decisions that we make, the laws that we pass and the money that we spend. And that’s why politics matters.”

Whether or not you are a student undertaking a course at a university, as long as you are a youth that has concerns or issues about your life and the people around you, you are able and entitled to a say in our politics.

This message is, however, emphasized to those who do not understand what politics is. The way I see when it comes to politics, I do not look at your stands (whether you are a pro or oppo), I look at your issues and how they are affecting you or others.

Politics, by definition, is the way we govern our lives.
How we wake up in the morning, that’s politics.
How we handle our behaviors in society, that’s politics.
How we manage our time for class and other activities, that’s politics.
To a level of whatever else that constructs our nation, that’s politics.
It meant taking care of the people, pretty much a way of life.
That is why Islam is closely related to politics.
Whoever said that Islam has nothing to do with politics, don’t know what Islam is. Nor politics.

*Most people associate students in politics as connected to PKR or PAS. They couldn’t be more wrong. This is what I mean: http://www.youtube.com/watch?v=bH_AoU610IA

Young minds,

We the youth have the most valuable possession the older generation has used up along their lives: the creativity, the energy and the youth itself.
Look again at that video, what are these kids fighting for? (They’re 11-18 y/o mind you)
1) Free education
2) Free transport
3) Fighting crime
4) Unemployment
5) Vote at 16

Do you see anyone or anything that tries to benefit only ONE person? Or anything that only benefits ONE political party?
They brought up issues pertaining themselves, their troubles and their ideas.
In this case, the UK House of Commons made the right move by listening closely to their cries and suggestions.
Dear brilliant thinkers,
Do you see any demonstrations?
Do you see any paranoid police officers?
Do you see any beatings?


I think, one of the biggest problems that we have right now is the quality of communication between the young and the old generation.
There is a generation gap here that no one is trying to build a bridge to close that gap.
What the UK House of Commons did in the video was one way to build that bridge.
Alas, Malaysia. I love you so dearly.
If we could only put our differences aside and try to understand one another, I believe the situation of our youth today would be very much different.

By the way, I hope you read this Najib Razak.

Maryam Ramli
UiTM Student