Selamat Datang ke Laman Rasmi Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia atau lebih dikenali sebagai GAMUS.
Penubuhan blog ini adalah untuk menyebarkan idealisme mahasiswa-mahasiswa UiTM dari seluruh pelusuk kampus di serata Malaysia, dari Kampus Perlis hingga ke Kampus Tawau, Sabah.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang kritis dalam menghasilkan artikel mengenai mahasiswa, universiti dan hal2 akademik hantarkan artikel anda kepada kami melalui emel: gamusofficial@gmail.com

Segala artikel di dalam blog ini adalah hak milik setiap individu dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan yang diutarakan.

Facebook GAMUS | Twitter GAMUS
MASUK

Friday, 9 December 2011

#OccupyUiTM


Occupy UiTM, apakah itu? ramai yang bertanya mengapa nama #OccupyUiTM digunakan mengantikan Speaker's Corner di Dataran Cendekia, sebenarnya ianya hanyalah satu #hashtag di twitter untuk 'real time update' info mengenai apa yang berlaku di Sudut Pidato tersebut. Ianya diwujudkan hanyalah untuk melatih para pelajar berpidato, mengasah bakat mereka dalam pengucapan awam, sebagai wadah untuk memajukan Soft skill para pelajar.

Berpidato dan berdemostrasi adalah sesuatu perkara yang berbeza, apatah lagi jika apa yg dipidatokan adalah untuk menyokong usaha kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak, sedangkan kita sendiri tau, negara ini walaupun adalah satu negara yang demokrasi, tetapi demostrasi tetap tidak dibenarkan, malahan satu akta baru diwujudkan untuk pengekang perhimpunan aman dimana pihak yang ingin berhimpun perlu mendapat permit 30 hari sebelum hari berhimpun, jika dibandingkan dengan negara rejim seperti Myanmar, hanya memperuntukkan 5 hari sebelum permit diluluskan.


Situasi di Sudut pidato pada malam tadi juga, 8 dec 2011 dapat diketahui siapakah yang memprovokasikan keadaaan sehingga perlu campur tangan pihak Polis Bantuan UiTM, adakah pihak yang berpidato yang memulakan kacau bilau? jika ditanya saksi2 kejadian di kawasan tersebut, ramai yang menyaksikan MPP UiTM Shah Alam sendiri yang memulakan kekacauan bersama geng2 yang dikenali sebagai Hell's Engine, sepatutnya sebagai seorang mahasiswa, bukanlah kekerasan yang perlu digunakan, tetapi ilmu, debat ilmiah untuk menyelesaikan masalah, bukan untuk menutup masalah.

Kami di GAMUS, tetap menyatakan pendirian kami menyokong usaha AUKU di pinda oleh Kabinet, Dato Saifuddin Abdullah sendiri ada menyatakan kepada kami melalui twitter bahawa, jika AUKU dipinda, maka AKTA 174 yang mengongkong mahasiswa berpersatuan/berpolitik juga akan dipinda. Insyallah, akta ini akan dibawa ke Parlimen pada Mac depan.

No comments:

Post a Comment