Selamat Datang ke Laman Rasmi Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia atau lebih dikenali sebagai GAMUS.
Penubuhan blog ini adalah untuk menyebarkan idealisme mahasiswa-mahasiswa UiTM dari seluruh pelusuk kampus di serata Malaysia, dari Kampus Perlis hingga ke Kampus Tawau, Sabah.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pemikiran yang kritis dalam menghasilkan artikel mengenai mahasiswa, universiti dan hal2 akademik hantarkan artikel anda kepada kami melalui emel: gamusofficial@gmail.com

Segala artikel di dalam blog ini adalah hak milik setiap individu dan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa pandangan yang diutarakan.

Facebook GAMUS | Twitter GAMUS
MASUK

Friday 16 December 2011

Himpunan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Berakademik


Menuntut Pemansuhan AUKU & Kebebasan Berakademik.

Turut Menyokong :

1. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
2. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
3. Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
4. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
5. Students & Youth Democratic Movement (DEMA)
6. Pro Mahasiswa Nasional
7. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
8. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)
9. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM)
10. Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) Unisel
11. Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI
12. Sisters In Movement (SIM)
13. Gabungan Mahasiswa Insaniah (GMI)

Anjuran Gerakan Bebaskan Mahasiswa ( BEBAS )

P/S: Gabungan Mahasiswa UiTM Se-Malaysia (GAMUS) turut menyokong himpunan ini diadakan.

Apakah yang anda faham tentang Autonomi Universiti/mahasiswa dan kebebasan berakademik?

"otonomi mahasiswa ialah mereka boleh melakukan aktiviti yg mereka fikir baik kpd mahasiswa dan juga masyrkt..dan otonomi kpd universiti utk memantau dan menyokong aktvty yg baik..termasuk kebebsan akademik utk membncgkan polisi, dasar dan apa jua isu tanpa sekatan" - farhan

"kebebasan dimana pelajar mampu membincangkan apa2 topic dan idea tanpa dapat sekatan dri mana2 pihak.diamana mereka mampu bercakap,menulis dan menyampaikan apa2 idea.krana inilah yang akan mengangkat aras pemikiran pelajar,iaitu kemahiran berfikir secara kritikal.tanpa kebebasan ni sampai bila2 pelajar akan berada di takuk sama tanpa boleh menyuarakan pendapat." - syed



"Autonomi mahasiswa bagi aku maknanya students handle sendiri sebab kita sendiri tahu apa yang kita nak. Bila ada autonomi, pihak Admin/Pentadbiran tak boleh campurtangan bukan macam HEP sekarang. Students handle sendiri maknanya, semua students buat sendiri, kumpul duit beli bas buat event, semua sendiri" - rafiq

"autonomi universiti bagi aku adalah pihak pentadbiran tidak terikat dengan mana2 pihak, tetap neutral tanpa kawalan pihak kerajaan, bebas dalam menyuarakan pendirian universiti tanpa takut digam, universiti berdiri di kaki sendiri, pensyarah bebas dalam memberikan pandangan dan kritikan berdasarkan bidang masing2.

autonomi mahasiswa pula bagi aku adalah segala aktiviti pelajar tidak dikongkong oleh pihak hep, semuanya diuruskan oleh mahasiswa, pilihanraya kampus juga patut diuruskan oleh badan bebas atau pun mahasiswa sendiri, bukannya HEP yg uruskan, mahasiswa bebas bersuara tanpa kongkongan dan ancaman di atas platform akademik, sistem pilihanraya di uitm harus ditukar dari satu pihak, mpp uitm kebanyakkan semua nya pro-hep/pro-aspirasi, suara mahasiswa hanya didengar sebagai suara hati tanpa ada apa2 perubahan yg dapat dilihat, manifesto pilihanraya oleh calon mpp yg mengarut, dan mpp tu sendiri ada yg tiada kredibiliti sebagai seorang pemimpin, pro-m wajar dan patut ditubuhkan di uitm untuk balancing the situation." - khairul
Hadir Beramai-Ramai !!!

3 comments:

  1. Tetapi jika hak kebebasan itu diberikan kepada pelajar sepenuhnya bukankah akan terjadi ketidakbijaksanaan dalam mengambil keputusan lantas akan menjejaskan nama UiTM itu sendiri. Ya setiap mahasiswa mempunyai hak tetapi hak itu perlu kena pada situasi dan batasnya... "RAFIQ" berkata kumpul duit sendiri and organize our own event tetapi mampukah event itu berlandaskan etika dan profesianalisme yang perlu ada dalam setiap mahasiswa dimana ia akan mencerminkan UiTM sendiri.. Jika hanya kerana ada hak bagi setiap individu itu, tidak semestinya sesuatu event mampu diadakan sepenuhnya tanpa pihak atasan campur tangan.... Ia perlu ditapis agar event tersebut tidak kearah rebellious and anti-goverment ataupun kearah yang lebih teruk .. Matlamat dan hak tidak semestinya manghalalkan apa2 cara..

    ReplyDelete
  2. Apa itu KEBEBASAN AKADEMIK?

    Kebebasan Akademik ialah hak dan kebebasan seorang mahasiswa dan kakitangan akademik untuk membincangkan apa-apa isu (politik, ekonomi, sosial, kebudayaan) dan mengemukakan pandangan tentang apa-apa topik dengan bebas dalam proses untuk belajar, mengajar, mencari ilmu dan mengembangkan pengetahuan tanpa sekatan, campurtangan atau ugutan hukuman dari penguasa universiti atau kerajaan.

    pada dasarnya saya juga kurang bersetuju dengan pendapat RAFIQ, mungkin RAFIQ lebih cenderung kepada keadaan 'student power' di era 60'an sebelum zaman AUKU, tapi pendapat saya, mahasiswa sekarang telah dirobotkan dan dibisukan tangan dan kaki, malah lebih teruk lagi kita didoktrin kan supaya memilih satu pihak saja, di mana kebebasan? demokrasikah kita?

    ReplyDelete
  3. Akta 174, bahagian IV Seksyen 10(6) Pelajar hendalah tidak dihalang daripada

    a)membuat kenyatan berbentuk akademik berkaitan subjek pengajiannya

    b) Kenyataan berbentuk akademik dalam seminar simposium yang bukan anjuran parti politik pertubuhan haram atau yang pertubuhan yang dinyatakan sebagai tidak sesuai oleh YB Menteri



    Apa yang anda faham dengan akta ini?

    ReplyDelete